Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

Tips For Convocation

4 Flowers, 2 Teddies & 1 Chipmunk!
26-02-2011@PICC, Putrajaya

Ini adalah total gifts yang saya dapat. Eh kejap. Plus 1 Ferrero Roche. HAHA. Semua ini adalah sesuatu yang saya tak sangka. Sampaikan kereta jadi kedai bunga sekejap. Siap rasa boleh balik mandi bunga! :))

Yang comelnya sebab semua bagi bunga siap Teddy! Ya Allah, bukankah comel? Sebab, bunga nanti mati. Teddies tak mati. Teddies nanti saya peluk cium simpan elok-elok :')

Paling gembira sebab Kak Nadiah datang bawak Rizqin! Comel sangat Rizqin. Dah besar dan bermata bling bling. Mata yang innocent dan suka pandang tempat lain. HEHE. Innocent, he is. :)

Memandangkan belum lagi masanya nak goreng cerita konvo. Maka moleklah kita goreng cerita TIPS FOR YOUR CONVOCATION.

Berdasarkan pengalaman saya. Ewah. Tulis macam nak goreng cerita nikah! Ahaks

OK.

Sila baca (tulis dengan nada serius):

#1 - Pastikan tarikh convocation telah dihebah-hebahkan tiga bulan lebih awal. HAHAHA. Tak tak. Aku tipu. Takyahla sampai tiga bulan. Yang penting; hebahkan. ;)

#2 - Bagi wanita yang ingin kelihatan rupawan, selain vogue dan bergaya mutu keunggulan. Sila tempah make up. Eceh. Pastu jangan datang lambat. Bila datang lambat Mak Andam takes time dan pengakhirannya engkau akan berlari terhegeh-hegeh dengan jubah tapi wajah sangat wowness la! :))

#3 - Make sure handphone sentiasa dengan anda. Kesian orang-orang yang anda jemput. Sampai tapak konvo dah jadi anak ayam hilang direction. Terkial-kial tanpa hala tuju yang pasti :P In my case, handphone tercicir di sana dan disini. Tips # simpan dalam hood belakang jubah anda. AHAHAHA

#4 - Sila cek dengan Jabatan Kaji Cuaca samada cuaca sedap atau kurang enak untuk outdoor photoshoot. In my case, kami main hujan sikit-sikit tapi merepek-repek secara banyak. Sayangnya tak dapat foto dekat Taj Mahal. Sobsobsobbb.

#5- Pastikan bawak air. Air sangat penting sebab satu hari aku kekeringan. Pastu sampai petang tak lalu makan sebab kebulur air. My meal for yesterday cuma soup mushroom, air mineral & fresh orange. (Patutlah terasa ramping semalam. HAHA)

#6 - Whatever it is. Your family is your priority. Rancang dengan cantik perjalanan hari itu. Jangan kasi diorang berdiri lama-lama sebab nak photoshoot picture family. Kalau agak-agak dah lewat around 3, dahulukan lunch mereka. Kalau tak, bolehlah suruh diorang tunggu tepi sekejap sementara anda sendiri que up untuk family potrait.

In conclusion, hari saya berjalan agak smooth. Tapi sedikit serabut sebab saya make up boleh tahanlah lama. HAHA. However, my family sangat comel. Semua datang menjadikan picture family saya sangatlah berbaloi-baloiiii!

Million Thanks To:
My Family, Acu & Mak Su, Kak Nadiah & Abang Nizam, Zahidah Nasir, Abang Fazley, Imran, Apun Pital, Zue.

....Kerana menjayakan convocation Nursyuhada Azzman. Without you guys, my day won't be as great as yesterday! ;)

P/S:
To yang tak dapat datang, saya tetap sayang korang with all of my heart. Thanks for all the wishes & sms-es :)

Thursday, February 24, 2011

J For Joyful


Joy At Tummy!
.MACARON.

Apsal cakap Macaron?

Sebab sekarang ni trend, belajar buat macaron comel-comel. Warna warni. Buat hantaran. Makan sebagai kudapan sambil tengok Spongebob, err. Tak tak. Aku tak tengok Spongebob. :P

Selain macaron, saya juga suka Churros! *Drooling*. Tapi heh setakat Churros di Malaysia tak berjaya melelehkan salivaku. Cubalah bagi yang dekat Victoria. Cubalah! (Padahal memang nak yang itu. HEHE)

Churros ni macam cucur. Tapi nak kata cucur, macam cakoi. Pastu nak kata cakoi, macam donut pulak! HAHAHA watdehel engkau merepek ni Syuhadaaaaaaaaaaaaaaaaa?!

P/S:
Motif entry adalah nak cakap instead bagi bunga, apa kata bagi saya Macaron or Churros untuk convocation. HAHA. Instead of bagi bunga, apa kata bagi saya anything bermotif butterfly? Takpon anything bermotif New Beetle? (Amboih permintaaaan). Kalau nak bagi bunga juga pastikan bunga plastik yang kelihatan fresh. WAKAKAKA



Sunday, February 20, 2011

Lovely Kitchen

Siapa waktu kecik-kecik dulu suka main masak-masak? Raise up your hand!

Tapi semakin canggih zaman. Semakin tinggilah kehendak anak-anak masa kini. Eceh cakap apa ni Syuhada?

Kalau boleh. Semua budak perempuan nak dapur macam ni. Kalau bolehlah. Kalau dapat suami yang tangan kayu, err, maksud saya pandai bertukang. I think I'm going to make this one for my future daughter.

Sweet bukan? KAHKAHKAH (Rasa nak lempang pipi sendiri laju-laju)

#Look like a real one - Bukankah?

Padahal bukan real pon. Ini kitchen permainan kanak-kanak. Sesuai for 3 years old and above.

First: Cari almari macam di atas. Boleh di dapati di kedai perabut bundle. Or agak-agak rak tv anda nak barai dah. Also can. ;)

Second: Gunakan kertas pasir dan tonyoh-tonyoh sampai bersih. Kemudian cat dengan base putih. Seelok-eloknya tanggalkan bahagian belakang & paint seperately. Kalau malas hentam sajalah labuuuuuuu.

Third: TADAAAA! Hasilnya setelah cat. Tadaaaaaa! I love the colour & the details. So perfect! Nice kitchen. Cun cunnnnnnn. *drooling nak main masak-masak* HAHA. Oh ye. Jangan lupa fake sink. Tapi agak-agak hebat letaklah sinki betul. Heheee.

Forth: Hiaskan dengan dapur tipu, frame that act as window, and some tools for cooking! Siappppp! Dapur sedia untuk digunakan oleh anak gadis. HEHE

# Bahagian Dalam - Seriously Cool!

Boleh isi macam-macam barang. For me, saya lebih prefer letakkan biskut, some real food untuk kanak-kanak buat makanan comel-comel. I think this will nurture the passion to cook in future. HAHA.

Friday, February 18, 2011

Tomorrow

Esok Sabtu. Membawa kepada satu perasaan di mana tak payah susah payah buka mata mengadap census, screen ubat dan sorong troli. Bukankah ini Syurga? HAHA

Tapi

Meskipon esok bukan hari biasa tapi hari luar biasa. Eceh. Namun, tetap penuh berisi pelbagai aktiviti tidak semasa. Maknanya aktiviti yang jarang-jarang aku nak buat. Cuma julung-julung kalinya TERPAKSA BUAT.

Tahukah anda aktiviti apakah itu?

Ia adalah aktiviti; mencari rumah. HAHAHAHA. Tak kelakar pon. Apsal aku gelak neh?

Aktiviti mencari rumah adalah agak mencabar di mana anda akan sorang-sorang berpusing-pusing menggunakan kereta. Terdahulu, aku pusing-pusing cari rumah sambil makan betik dalam kereta. Itupon dibeli dari stesen minyak Caltex yang terdekat. Hahahaahaa loser sungguh bunyinya.

Dah tu?

Engkau nak suruh aku stop have a lunch dengan siapa? Beruk?

Eh rasanya dekat bandar susah nak jumpa beruk. Kutu banyak ah. Kutu rayau yang duduk atas tembok menebeng sampai subuh hari. Dahlah tak handsome. Kuat merayau jauh dari rumah pulak tu. Bosan bosan.

Luckily, esok someone akan menemani. Ah so wonderful. Kalau tak, buat benda bosan sorang-sorang memang terasa loser. Harapnya urusan settle before lunch. Bolehlah stop makan-makan sambil bergossip together.

Heh. Esok dating dengan perempuan daaa! Jangan coba membuat onar disini :P

Cannot wait. Sangat rindu. :)


Monday, February 14, 2011

Jangan Tinggal Daku

Baked Cheese Rice @ Padi - The Walk
Nyum Nyum Nyum

Apakah motif tetiba letak gambar makanan? HAHA. Takda motif pon. Saja buat penyeri. Macam orang bubuh kulit tembikai buat penyeri makanan pengantin. Agak-agak ada pengantin tak nak telan kulit tu? Eh tak kelakar.

Hari ni saya tumpas.

Punyalah penat sampai rasa nak pengsan selama 1000 tahun. Eceh. Pastu laptop kesayangan yang berjasa ni dah buat perangai. Dari pagi tadi merengek-rengek. Bunyi dia kalah bunyi dentist gerudi gigi patient. Aduhaiiiiiiiiiiii. Jangan macam-macam kamu.

Saya rasakan.

Dia (laptop ni) memang nak arwah dah. Tunggu saat dan ketika je. Tapi kalau boleh saya taknak beliau arwah dalam masa terdekat ni. I'm not ready yet! Ku tak sanggup melepaskanmu pergiiii.
Kerna sesungguhnyaaaa.... (sambung)

Kerna sesungguhnya begitu banyak benda nak kena bayar within this month. Tolonglah jangan buat gila. Please please please kamu jangan nakal.

Tolonglah meninggal bulan depan. Extend sikit hayat kamu tu. Meninggal bulan ni bukankah tak best? Bulan ni bulan Februari. Tak ong. Tetiba mana fengshui tah aku tabuh.

I hope kamu sihat laptop. Please. Saya sayang kamu. Dah bertahun kita bersama. Takkan tetiba kamu nak tinggalkan saya? :'(




Sunday, February 13, 2011

F.O.C

Sorry. Muka sendiri terlalu 'cantik' untuk dijaja. Jadi kita jaja separuh muka. Separuh lagi kita simpan. HAHA kan aku ni kedekut? ;P

Takpa takpa. Tak perlu emosi. Muka comel Amy siap sedia untuk tatapan semasa. Hehehe.

Oh ya. Entri ni membazir. Tak bermotif. Entri ni cuma nak cakap;

'You won't buy me, even If I say, I'm for free.'

Dalam bahasa, kalau aku cakap aku ni percuma pon engkau tetap taknak. Kalau aku lelong selonggok FREE selonggok FREE pon tetap tak laku. Haih.

I wonder; how to steal a heart eh?


Monday, February 7, 2011

Crying Teddy

Credit to Flickr

'I'm a crying teddy
I cry because it hurts'

---



Saturday, February 5, 2011

Instagram & Mee Udang Lipan

Sini sini!

Nak tayang gambar eventhough miskin camera. HAHAHA. I love ipod! Sungguhpon sudah kopak sebanyak er tak tahu nak bagitahu sebab sedih haritu dia crash, pastu adik tangguh-tangguh betulkan pastu stress dsb.

TAPI tetap berjaya upload gambar. Yahoooooooo.com.my!

Sebab?

Ipod ada instagram. Yang agak cool dan dapat bagi saya gambar ala-ala retro gitu. Eceh. Selain klasik, bolehlah, buat pengganti camera untuk tangkap peristiwa kami satu family ke Pantai Remis. Drive dua kereta selama 3 jam. Jalan dahlah sesak. Sampai-sampai kakak tu cakap gini;

'Dik, Mee Udang Lipan TAK ADA...'

'Whaaaaaaaaaaaaaaaaaat?? Sobsobsob' (Ceh drama)

Padahal...

'Err..takda? Urgh. Jomlah balik' HAHA aku buat muka kerek sampaikan adik-adik naik menyampah.

'Udang Lipan takdalah dik...Raya Cina habis...'

Aku terus tarik muka empat belas. Muncung kalah orang mengidam. Muahahaha. Tiba-tiba keajaiban berlaku. Tengah hirup last stroke of neslo ice, Mee Kari Udang Lipan secara magik hadir depan mata.

TING!

Aik? Tadi cakap takda Syuhada. Ni tetiba ada. How?

Eh yang tu karang aku story. Sila nikmati gambar hasil instagram. ;)

#Amyzahrah - Klasik kan?

#Anak Tauke Kedai - Peramah tak boleh blah. Nama dia Baby

#Mee Udang Lipan - Curry yang tidak heavy sebab kurang bersantan. Me likey likey!

#Dari jauh aku terliur. Tergoda. Termengada-ngada. HAHA

#Maisarah & Opah - Budak mengada-ngada kuat nangis!

Storynya adalah begini. Demi kami, yang konon-konon datang jauh dari Key El. Tauke kedai pergi cari Udang Lipan. HEHEHE. Sorrylah. I dua tiga menjak ni emosi. Cepat berasap dan mengada-ngada. HOHO

Thursday, February 3, 2011

Rindu Tak?

Rindu tak gadis di atas?

Rindu tak? Rindu tak? Kalau rindu nampak sangat TIPU sebab apalah yang ada pada gadis di atas selain jerawat serta parut. HAHA (ni apa motif penulisan sebenarnya neh?)

Pertama sekali; saya tak pernah sangka menjadi beg-holic adalah sumpah pyscho sekali. Macam ada satu perasaan berpusing-pusing dalam hati setiap kali lihat beg yang gorgeous. HAHA. Geram rasa nak makan-makan. Lagi-lagi bila dok ushar Coach Madison Satchel Bag. OK. Siapa pemurah boleh poskan. Dengan wide chest I terima. Hi hi hiiii.

Tapi

Jangan sangkalah saya gila nak beli beg mahal-mahal itu. Not to my standard pon. I think membeli beg berharga 3K adalah perbuatan gila. Beg je pon. Engkau nak bubuh apa dalam tu? Jongkong emas? Rumah? Kereta porsche? Heh. Memanglah tak muat.

Kedua sekali; Bye-bye D3100 and converter lense. Kedua-duanya sudah selamat terjual. Memang macam nak nangis melepaskan both of it. Tapi saya sedar, DSLR is out of my capability. Dahlah tak reti handle. Lepas tu takda masa nak belajar. Sobsobsobbb. Bye-Bye gaji pertama. Nanti saya ganti dengan compact camera sudah. HAHA

Ketiga sekali; sindrom penuaan. Sudah terjana di wajah. Selain jerawat, muka juga sudah kerepot! HAHAHAHA. Nasib baik still sweet without sugar. Kahkahkah. Dahlah. Macam tak boleh blah statement minah ni. Dia dah mabuk. Baik tidur.

Boi!

P/S:
Saya rindu Ucu. Rindu Eme. Rindu Sya. Rindu Iqa. Rindu Everyone! :)