Saturday, February 5, 2011

Instagram & Mee Udang Lipan

Sini sini!

Nak tayang gambar eventhough miskin camera. HAHAHA. I love ipod! Sungguhpon sudah kopak sebanyak er tak tahu nak bagitahu sebab sedih haritu dia crash, pastu adik tangguh-tangguh betulkan pastu stress dsb.

TAPI tetap berjaya upload gambar. Yahoooooooo.com.my!

Sebab?

Ipod ada instagram. Yang agak cool dan dapat bagi saya gambar ala-ala retro gitu. Eceh. Selain klasik, bolehlah, buat pengganti camera untuk tangkap peristiwa kami satu family ke Pantai Remis. Drive dua kereta selama 3 jam. Jalan dahlah sesak. Sampai-sampai kakak tu cakap gini;

'Dik, Mee Udang Lipan TAK ADA...'

'Whaaaaaaaaaaaaaaaaaat?? Sobsobsob' (Ceh drama)

Padahal...

'Err..takda? Urgh. Jomlah balik' HAHA aku buat muka kerek sampaikan adik-adik naik menyampah.

'Udang Lipan takdalah dik...Raya Cina habis...'

Aku terus tarik muka empat belas. Muncung kalah orang mengidam. Muahahaha. Tiba-tiba keajaiban berlaku. Tengah hirup last stroke of neslo ice, Mee Kari Udang Lipan secara magik hadir depan mata.

TING!

Aik? Tadi cakap takda Syuhada. Ni tetiba ada. How?

Eh yang tu karang aku story. Sila nikmati gambar hasil instagram. ;)

#Amyzahrah - Klasik kan?

#Anak Tauke Kedai - Peramah tak boleh blah. Nama dia Baby

#Mee Udang Lipan - Curry yang tidak heavy sebab kurang bersantan. Me likey likey!

#Dari jauh aku terliur. Tergoda. Termengada-ngada. HAHA

#Maisarah & Opah - Budak mengada-ngada kuat nangis!

Storynya adalah begini. Demi kami, yang konon-konon datang jauh dari Key El. Tauke kedai pergi cari Udang Lipan. HEHEHE. Sorrylah. I dua tiga menjak ni emosi. Cepat berasap dan mengada-ngada. HOHO

2 comments:

fazilah said...

rezeki..kalo dh tertulis tuk u..tetap tuk u jugak.. :)
tapi i xsangguplah tgk rupa udang lipan tu..
ala2 janggut sotong yg i xrela nk jamah..rasanya begitulah dia..

s.c.h.u.l.t said...

lain kali saya ajak akak makan. tapi nanti saya suruh makcik tu potong comel2. :P

biar akak tatau