Monday, February 14, 2011

Jangan Tinggal Daku

Baked Cheese Rice @ Padi - The Walk
Nyum Nyum Nyum

Apakah motif tetiba letak gambar makanan? HAHA. Takda motif pon. Saja buat penyeri. Macam orang bubuh kulit tembikai buat penyeri makanan pengantin. Agak-agak ada pengantin tak nak telan kulit tu? Eh tak kelakar.

Hari ni saya tumpas.

Punyalah penat sampai rasa nak pengsan selama 1000 tahun. Eceh. Pastu laptop kesayangan yang berjasa ni dah buat perangai. Dari pagi tadi merengek-rengek. Bunyi dia kalah bunyi dentist gerudi gigi patient. Aduhaiiiiiiiiiiii. Jangan macam-macam kamu.

Saya rasakan.

Dia (laptop ni) memang nak arwah dah. Tunggu saat dan ketika je. Tapi kalau boleh saya taknak beliau arwah dalam masa terdekat ni. I'm not ready yet! Ku tak sanggup melepaskanmu pergiiii.
Kerna sesungguhnyaaaa.... (sambung)

Kerna sesungguhnya begitu banyak benda nak kena bayar within this month. Tolonglah jangan buat gila. Please please please kamu jangan nakal.

Tolonglah meninggal bulan depan. Extend sikit hayat kamu tu. Meninggal bulan ni bukankah tak best? Bulan ni bulan Februari. Tak ong. Tetiba mana fengshui tah aku tabuh.

I hope kamu sihat laptop. Please. Saya sayang kamu. Dah bertahun kita bersama. Takkan tetiba kamu nak tinggalkan saya? :'(




2 comments:

Nadiah said...

hehehehe...surat cinta buat laptop...hehehehe

s.c.h.u.l.t said...

hahahaa. laptop yang sangat gila.:( sobs

sedihnya. uhuk2