Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 14, 2012

Ini Luahan


Ini cetusan peribadi. Maka kepada sesiapa yang rasa nak judge saya or whatsoever I don't care. You can just shoo away. Shoo shoo!

In life, anda pastilah expect kebahagiaan bukan?

Tak ada manusia yang cakap; "Aku ni nak hidup sengsara sampai mati". TAK ADA. I have dreams. Like orang-orang lain di luar sana. Orang-orang yang kadang-kadang cakap itu dan ini pasal life diorang padahal aku rasa ok je. Well, size kasut kita lain-lain kan?

No one will ever fit yours or mine. Err kalau kes yang sama size tu ampunkanlah. Itu kes tercuali. Lagipon, kalau kasut engkau sama size tak semestinya engkau akan selesa pakai kasut orang. Get the point?

Kadang-kadang saya akui, saya jealous tengok orang lain. Saya jealous tengok orang pergi Umrah dengan family waktu umur muda-muda lagi. Saya jealous tengok suami orang kacak, romantik, blablabla. Eh eh. My suami masih the bestest ever for me. Aku tak tahu ada lagikah manusia lebih baik daripada dia untuk menjaga aku. :)

Saya jealous tengok ibu orang lain wish birthday anak dia secara sweet dekat fb. Siap post gambar anak grad. Saya jealous tengok orang bergayut dengan parents dia cerita macam-macam while I didn't do all of that and I guess I will never....will. Tapi, be grateful la. Kita ni tak sama bukan? Rezeki orang lain-lain.

I have a big hope. Saya tak mahu anak saya rasa apa yang saya rasa. Highlighted here. With bold. Saya tak mahu anak saya rasa psycho or moody nak mampus macam mak dia. Me are not a good example for him/her. Saya mahu dia grown-up in the best condition I could ever afford.

Sedikit sebanyak, anoneemus mempengaruhi otak. Haha. Err tapi tidaklah nak kena ada 100K baru nak tunggu water-broke. Itu gila namanya. Eh sorry anonee terpanggil engkau gila.

Sebab?

Saya percaya setiap anak ada rezeki. Kalau dulu engkau pakai kapcai, insyaAllah bila dah ada baby anda mampu pakai kancil, walaupon cuma third-hand punya kancil. As long as tak ditimpa hujan bila bumi basah, haruslah kita bersyukur kan?

Plus, rezeki ni datang bila kita berusaha. Rezeki takkan datang bergolek. Rezeki takkan datang kalau anda malas macam siput babi. Eh siput babi malas ke? Hehe. Hentamlah labu.

Tapi.

Eh ada tapi lagi. Like anonee, I want quality, not quantity. Dan ye, as parents, kita ada hak dan impian untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak kita. Lagi-lagi bila engkau toleh belakang dan nampak kabur sangat pandangan :)

Jadi tidaklah 100% tolak pandangan dia yang lepas kahwin lek lek lu, tunggu steady baru ada baby. I love my baby! Kalau orang lain lepas grad ngidam nak beli kereta hebat-hebat, ngidam nak vacation best-best (which I love it too but too costly I tak mampu), in my case? Nehhh.

Saya rasa 25 adalah usia yang sudah tua buat saya. Haha. Tak kisahlah kalau orang lain cakap diorang tak puas lagi enjoy. Tak kisah langsung. In fact sejak houseman saya selalu buat ayat macam ni; "Eh. Tak boleh makan banyak-banyak neh! Tahun depan nak kahwin!" Cukup 44kali sebut rasanya maka teruslah saya dipinang dan berkahwin ;p

Pastu kau ngidam apa Syud? Saya ngidam baby. Hahahaha

Pendapat orang lain-lain. Serius. Bila orang tu rasa hidup dia dah cukup, maka dia selalunya takkan mencari lagi.

Saya? Saya memang terus mencari. Sebab hidup saya bergantungan pada kawan-kawan saya. Saya realize yang saya memang sangat-sangat bergantung kasih dan sayang pada diorang. Dioranglah yang buat saya gelak, nangis, emo, merapu-rapu etc etc. Sampai masanya, saya sedar diorang takkan selalu ada dengan saya, like forever.

Sungguhpun saya berharap diorang selalu ada. Tapi sampai masanya (lagi-lagi bila dah kerja pastu kau kena campak jauh-jauh). Harapan untuk selalu bersama tu semakin tipis :)

Last-last, saya pun bertemu Mr. Suami dan hidup happily ever after? :D

Itu...korang kena doakanlah.

Jap. Tadi cerita pasal anak. Tetiba melompat pasal kawan-kawan. Nampak sangat otak aku sedang kecelaruan perasaan. Hahahaha.

Ok ok. Come back.

Ingat nak ada anak senang? Ayat default; "Kita merancang, Allah menentukan" Ada orang kahwin berbelas tahun tak ada anak. Last-last dah ada anak angkat baru pregnant.

Maka kesimpulan cerita?

Rezeki lain-lain. Cerita lain-lain. Tidaklah nak mengiakan pendapat orang pendek akal kerja tak seberapa pastu nak anak satu lori. Nak bagi makan apa? Tunggul kayu?

Ohya. Berbalik pada masalah kecelaruan hati?

Bersyukurlah. Kalau aku ni makhluk tak cukup kasih sayang, at least aku cukup makan dan gemuk macam ikan buntal. Kalau aku ni makhluk tak cukup kasih sayang, at least bila aku sawan boleh pergi Coolblog beli Ice Blended with Pearl. Orang kat Somalia? Afrika? Jangan cakap kasih sayang, makanan pun susah nak dapat.

Err tapi sebab saya manusia berperasaan. Sekali sekala memang touching. Dah lama tak buat entri macam ni.

Lagipun, lately aku rasa aku penuh kasih sayang, sebab Mr. Suami selalu lapkan air mata aku dan dakap aku kemas-kemas bila aku nangis. Tak apa baby, Ibu rasa baby dah ada seorang ayah yang sangat-sangat baik!

InsyaAllah ayah akan jaga kita baik-baik :)


P/S:
Andai kata lepas baca entri ni anda rasa saya berkahwin sebab nak lari daripada masalah, you're totally wrong. Jodoh Allah dah tentukan sejak usia saya 4 bulan dari dalam rahim lagi. Saya percaya suami saya adalah jodoh saya. Titik.

4 comments:

Prinzessin said...

Heyya Mommy,

Don't give a damn whatever people said. They will stop once they tired with it.

Be strong and take care both of you!

-Alya-

s.c.h.u.l.t said...

hey alya,

thank you so much! insyaAllah :)

misha ahmad_faizal said...

Peduli apa orang nak kata Syud. So what kalau ada baby at the age of 25? You'll more time to watch them grow. it such a wonderful experience, trust me!

Mama Bear
mom of 3 Hiperbola-Baby Bears
:D

s.c.h.u.l.t said...

misha,

haha. kadang-kadang wondering, tapi tak kisahlah. at this moment pun dah very excited dengan perut belon neh! ;)

thanks for the support!