Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 14, 2012

A-Must-Have!


Orang lain sibuk dengan Big Bad Wolf. Tapi memandangkan saya ni tinggal di kejauhan, maka buku ini dibeli secara tiba-tiba waktu tunggu Mak shopping time JUSCO card day! :D

It 's a must-have-book!

Serious! Saya sangat sukakan buku ini. Pastu muhasabah diri since I'm no longer pengantin baru. Dah expired hoccay! HAHAHA.

Kalau ada kawan-kawan yang dah bertunang, anda, anda, anda *yang tengah baca entri ni*. Please please. Tolong hadiahkan mereka satu! Pastu hadiahkan untuk diri anda juga satu. Eh kejap Syud. Apakah engkau sedang membuat iklan disini?

Errr boleh jadi. Ala, benda baik apa salahnya share. Ye tak?

Kenapa jadi A-MUST-HAVE?

  1. Buku Shamsuddin Kadir ni mengajar kita perkara-perkara yang selalu kita terlepas pandang bila nak kahwin. Siap bagitahu since sebelum bertunang lagi apa yang patut kita tengok pada pasangan kita.
  2. Macam mana nak BIJAK BERBELANJA sebelum kahwin dan selepas kahwin. Selain mengelakkan kita terbuat benda-benda yang mengundang pembaziran dalam kenduri kahwin
     
  3. Harga dia berbaloi-baloi. Trust me ;)
Tapi tak dinafikanlah, kalau anda baca ada sesetengah bab tu macam kelakar. Haha. Pastu saya ni kuat berhujah. Habis Hubs kena dengar. Contohnya ada satu part tu dia cakap carilah cameraman dari kalangan kawan-kawan tapi dalam budget kahwin saya tengok kos untuk fotografer RM100-300 je. Ohooooo. That part, tak boleh nak agree sangat.

Why why? Porque?

Satu, time saya kahwin saya nak kawan-kawan saya turut serta rasa kemeriahan majlis. Makan sama-sama. Join ambil gambar (masuk sekali dalam gambar saya). Bukannya makan tak senang pastu kena sibuk-sibuk snap setiap moment.

Dua, of course kawan ada hal dia juga. Kita tak boleh nak harap dia ada untuk snap setiap kejadian. Nikah. Resepsi. Outdoor. Betul kan?

Tiga, RM300? Alahai. Percayalah. Pada masa kini *kan dah keluar baku aku*, you won't get that price. Engkau rayulah macam mana pon. Belanjalah makan Seoul Garden sampai photographer sengkak perut sekalipon. Takkan dapat punya jang oiiii!

Syarat saya in everything that I did. Jangan membazir. Itu je. Alhamdulillah, saya puas hati dengan majlis saya dulu. Saya syukur banyak-banyak sebab bila baca balik buku ni & muhasabah diri, I believe that there's nothing wrong with my majlis :)

Malah kalau pasal pelamin ke apa semua, saya rujuk ustaz dan bila ustaz cakap OK je dan mampu, maka tak ada masalah. Bukannya aku duduk pastu kena renjis-renjis dipilis pon :p

Plus, it's my mom punya request. Demimu ibuuuuu. Hohoho

Nak tengok tak review cost majlis saya? Here we go! *yang tak nak tengok boleh blah*

  1. Photographer - RM1000. The cheapest ever I got. Saya survey semua tempat. Untuk tiga kejadian, 3 events, you won't get this price. Saya dapat untuk nikah, resepsi & outdoor. Even tak adalah smart gila macam CST production or what-so-ever, ada aku kisah? Janji ada gambar untuk tatapan anak cucu cicit. Oh lupa, saya tak ada video. Membazir jek bayar 1K untuk video. Buang tebiat ke hape?

  2. Pelamin, Baju Resepsi, Baju Outdoor, Make Up 3X, Bantal Nikah - RM1400. Yang ini pon pergilah survey mana-mana pon tempat. Takkan dapat punyalah. Standard MUA semuanya RM500 above. Kalau make-up biasa pun yang tak berapa bernama RM150/session. Baju kahwin saja saya survey sepasang RM700. T__________T Sumpah tarik muka panjang-panjang pastu berikrar takmo ambil baju over glamer kalau setakat nak sewa. Baik aku beli baru! Saya terkejut bila tengok pakej-pakej dekat Kerja Kahwin KL, satu pakej dekat 5K-6K. Perghhhh. Hilang akal.

  3. Kenduri Kahwin (Ayah Sdn Bhd) for 1000pax - RM11,500. Yang ini daripada buku di atas, Shamsuddin Kadir cakap tanggungjawab Ayah. Maka saya pun berpesan pada Hubs, "Nanti ada anak kita nak kahwin awak kena readykan duit kenduri tau tau?" Yang lain-lain Mommy tak kisah ye anak. Itu anak punya hal. Pandai-pandailah cari duit kalau nak beregek sakan macam Mommy *ceh tetiba*

  4. Makan Pengantin & Family Bertandang - RM2000. Family Hubs adalah sangaaaaaat ramai! Maka nak cater dan sediakan all the seats adalah agak mustahil. Itu pon saya dan Hubs cari homestay dekat Nilai 3, sewa banglo sebiji supaya ramai-ramai boleh tergolek-golek. Haha. Yang budget makan pengantin ni pun dalam 30pax. Oklah makanan dia. :)

  5. Belanja Hangus & Hantaran - RM5000. Mungkin kurang. Tak pasti. Tak buat calculation betul-betul. Tapi aku kedekut. Hias bakul hantaran pon tangkap muat je. Beli bunga berapa kuntum je :)) Thank you Kak Gla & gegirls sekalian sebab tolong siapkan last minute :D

  6. Honeymoon! - RM1800/pax. Meskipon Shamsuddin Kadir cakap honeymoon oversea membazir tapi ada saya heran? Haha. I love travelling! Saya dah beritahu dari awal-awal berkenalan dengan Hubs yang saya sangat sukakan sight-seeing! Bagi saya, ini macam bonus untuk kitalah. Time tengah sweet-sweet berdua pergilah melancong. Nanti dah bertiga, berempat duitnya dah tak cukup dah :) 
Tips: Nak save ajaklah melancong ramai-ramai. Haha. Kalau anda pergi Beijing 6D5N anda takkan dapat harga bawah 2K. Standard RM2500. Haritu saya honeymoon saya angkut semua kawan-kawan saya! Hahaha. Sebab? Bila dah 10 orang maka dapatlah harga group. Selain meriah, kawan-kawan anda boleh tangkapkan gambar anda dan suami yang tengah angau tu! :)) 

Tak rasa save ke gitu? :p *Nasib baik laki aku tak kisah dia satu-satunya lelaki* Hihihi

OK dah. Nak siap-siap pergi kerja balik.

Tata!~~~~~~~~~



2 comments:

RieNa said...

good book! k riena nk copy gambar,nk tunjuk kat anak2 sedara dlm fb. boleh ke?

s.c.h.u.l.t said...

kak riena: eh boleh je! sila sila ;)