Tuesday, December 4, 2012

Surat Cinta

Bee,

I love you. I truly do. Kadang-kadang menangiskan air mata ini adalah yang termampu. Paling lebih boleh dibuat. Bee, thank you for all the love. Thank you sebab tak pernah mengeluh walaupun sekali. Cuma...err..incident satu pergaduhan tu saya faham. Awak pun manusia.

Bee,

I am crying. Entah. Sedihkah? Entah. Pedihkah? Malam-malam ni memang mengundang mereng yang keterlaluan. Padahal perut sudah penuh berisi sate dan nasi ayam Kg. Melayu. Saya, tak tahu apa lagi yang ada di depan kita.

Bee,

Kuat tak kita untuk tempuh hari-hari mendatang? Kuat tak kita untuk tempuh detik, waktu, saat mendatang? Kuat tak kita untuk jadi yang terbaik buat bakal caliph(s) kita?

Bee,

Saya begini adalah disebabkan masa lalu saya. Saya begini disebabkan pembawakan saya dari kecil. Saya begini sebab dah ada begitu banyak sakit yang melanda saya. Sebutkan apa saja. Saya dah lalui semua itu.

Bee,

Allah tak bagi apa yang kita pinta, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Saya perlukan awak. Tapi saya tak boleh nafikan permintaan hati saya. Oh, hakapnya diri ini. *nangis lagi*

Bee,

Ini surat cinta saya untuk awak. Tak ada ayat bunga-bunga. Yang ada cuma luahan perasaan. Saya menangis lagi. Entah untuk keberapa kalinya.

Bee,

Awak maafkan saya ye? Please. Maafkan saya untuk dosa semalam, hari ini dan yang akan datang.
Maafkan semuanya.

Bee,

Awaklah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya. Tapi saya harap akan ada banyak lagi perkara baik-baik di hari kemudian kelak.






P/S:
Tuhan, tolong dengar permintaan hati ni ye.

No comments: