Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 15, 2014

Tihani Turns One!


Bagaimanakah mahu memulakan karangan?

Err harus bagaimanakah? Baiklah. Kita mulakan dengan 28 SEPTEMBER 2014. Hahaha. Tiba-tiba sangat bukan? Ada apakah dengan tarikh itu? Public holiday? Anugerah Berita Harian? Saya naik pelamin? Eh kau. Semuanya pastilah bukan.

28 September adalah satu hari sebelum hari ulangtahun kelahiran Ainan Tihani. :)

Tarikh yang pasti diingati kerana pada pagi itu satu tahun yang lalu, saya telah menggesa Imran bangun seawal pukul 5 pagi lalu kami bergegas ke Putrajaya kononnya saya nak bersalin dah. HAHAHAHA. Kelakar kalau diingatkan. Dengan saya menahan rasa kontraksi. Dengan Imran pecut kalah Schumacer. Sampai-sampai HPJ, terus hilang rasa contraction :P

Hee. 28 September juga adalah ulang tahun kelahiran kenalan rapat kami di Edinburgh, Adilah. Kebetulan dia baru pindah ke rumah baru di area Broomhouse dan buat housewarming Ahad itu. In fact birthday girl ni beria-ia nak throw birthday party untuk Tihani yang disekalikan dengan housewarming. Orang lain punya birthday, Tihani pula dapat cake. Aha!



 Ini hobi birthday girl. Menyepahkan isi purse/bag. Kalau tak dibagi boleh mendatangkan kemarahan paling ulung. Nanti Ibu kena cakaran harimau T_______T




Ini birthday girl yang sebenar, Adilah. Haha. Birthday girl ni yang bersusah payah buatkan cake, deco meja, masak Nasi Tomato Super Pedas dan sebagainya.



Kedua-dua birthday girl bergabung. Maaf. Yang kecil tu memang tiada keinginan bergambar. Bagi dia janji perut kenyang. Kelihatan meja masih lagi ada dulang (dulang ke?) kosong sebab Shahmin tak sampai-sampai. Cupcakes Red Velvet gagal saya tayangkan sebab semuanya dah masuk dalam perut orang ramai waktu majlis.




 Supergirls!!!



Super family! :D



Alhamdulillah. Dah setahun jadi Ibu. Dah setahun Allah pinjamkan Tihani dekat Ibu dan Ayah :")


Ayah kissed Tihani. With much love, of course.


 Cake Topper Tema Hello Kitty!

Effort saya mencari,print pastu gunting comel-comel. Hehe. Sederhana tapi bermakna :)

Sebenarnya few days sebelum majlis Adilah dan saya berwhatsapp. Maka bersemangatlah birthday girl sebenar ni nak pakai tutu lepas tu nak tema Hello Kitty untuk Tihani. Ibu Tihani layan je. Haha



Decoration Cake By Adilah

Ibu Tihani tukang buat topper je. In fact tukang tampal topper pun orang lain. Thank you Fafa, Alia, Sheila sebab tolong celebrate birthday Tihani dekat party housewarming korang! 




My Beloved Daughter, Ainan Tihani. 


My Darling Husband :')


Can you detect her Teddie? Ye. Teddie Tihani tu siap tertinggal dekat rumah diorang. Haha. Nasib baik budak kecik ni tak menggagau cari Teddie dia waktu tidur malam, kalau tak....naya!


The Tuan Rumah




The birthday girl angkat Tutu!

Saya cuma dapat mengongsikan gambar sebelum majlis. Ketika majlis saya rasa huru hara. Haha. Plus masalah manusia bertaburan di mana-mana serta kepadatan penduduk membuatkan usaha mengambil gambar menjadi payah. Tambahan pula, saya sibuk mengisi perut dan menahan pedas. Kahkahkah. Err gambar gemuk haruslah disembunyikan bagi menjaga integriti diri. Harapnya sebelum pulang ke Malaysia saya akan kembali langsing. Harapnya juga harapan jangan tinggal harapan.

Saya taklah pandai nak approach orang. Sekadar nak bagi makan cake dan rasa ada sambutan birthday Tihani dah mencukupi. Tapi Adilah request semua orang nyanyi lagu birthday sambil dia dan Tihani potong cake. Oh sungguh comel!

Dear Ainan Tihani,

Selamat hari lahir yang pertama Sayang! Ibu dengan Ayah sayaaaaaaaaaaaang Tihani! Sayang sangat sangat sangaaaaaat. Hari-hari kami ada seribu satu macam dengan kehadiran Tihani. Tanpa Tihani dunia rasa kosong.

Tak ada satu hari berlalu tanpa Ibu memikirkan Tihani. Pergi sekolah mesti belek iphone tengok muka Tihani. Super kemaruk sampaikan whatsapp Ayah pun balik-balik tanya pasal Tihani. Kesian suamiku. Terabai. Haha

Ibu doakan Tihani jadi anak Solehah. InsyaAllah :)


Dengan ini saya sudahi entri dengan ucapan bye bye. Jam sudah menunjukkan pukul 7:11pm. Edinburgh kelihatan seperti sudah terlalu lewat malam. Eh sudah.

Bye. Sekali lagi.


Friday, September 19, 2014

Hi Belog!

Hi Belog.

Hari ni saya beremosi. Sambil menaip sambil menangis. Sambil menaip sambil menyusukan anak. Sangat pelik bukan?

Saya....entah. Sedih yang secara tiba-tiba sangat. Entah mana datang luka saya pun tak berapa pasti. Saya sedihlah. Lalu air mata ini mengalir bagaikan air banjir. Ye. Ibarat kuah dal yang mencurah-curah jatuh ke atas Roti Canai tatkala pelanggan order. "Ane! Roti Banjir satu!"

Ye. Begitulah ibaratnya.

Satu, ini mungkin disebabkan saya bakal/harus mengeluarkan £140 bagi membayar duit lebihan luggage seseorang. Saya pinta dia untuk bawa beberapa helai pakaian saya dari Malaysia. Terkejut bila dia bagitahu dia kena caj extra luggage almost 4kg. Itu baju akukah ataupun batu? Entah.

Kedua, saya rindu perasaan disayangi. Hmmm. Nampak sangat tak cukup kasih sayang. Sobs. Bila baca tulisan orang. Nangis. Bila tengok gambar orang. Nangis lagi. Kata orang, kalau kita hendak disayangi, kita perlu menyayangi. Nanti sayang itu akan berbalik kembali.

Betul ke?

Saya penat. Sedih. Kadangkala tertanya kenapa dan kenapa. Tapi sunyi. Tak ada jawapan.

Ketiga, mungkin sebab saya tengah 'red flag' maka emosi saya seperti roller-coaster. Entah apa-apa. Mungkinlah.

Kadangkala, saya rindu zaman kanak-kanak. Saya rindu arwah Along. Saya rindu rasa tak perlu memikul tanggungjawab. Haha. Ada banyak benda saya nak tapi saya tak dapat. Bila tak dapat saya kecewa sangat. Walaupun saya selalu pujuk diri saya, tapi bila nampak orang lain dapat benda-benda tu, saya sedih.

Ah. Sah ni sebab 'red-flag'

T____________T

Saturday, August 30, 2014

Missing Moment....



Hari ini...
Ainan Tihani genap 11 bulan.

Bulan depan...
Cukup setahun!

Ya Allah,
SETAHUN??!

Cepatnya masaaaaaaaaaaaaa!

Dear Ainan Tihani,
I love you mucho!

XOXO

----

Ibu

----

Sunday, August 3, 2014

Tips Beli Kereta Cash - Daripada Saiful Nang :)

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Wednesday, July 9, 2014

PERBEZAAN VITAMIN SINTETIK DAN NATURAL.


PERBEZAAN VITAMIN SINTETIK DAN NATURAL.

Tahukah anda lebih 95% vitamin di pasaran adalah sintetik? Jadi tujuan saya tulis post ini bukan untuk menghentam peniaga supplement, tetapi bagi menyebarkan pengetahuan supaya anda tidak tertipu.
Sebagai peniaga, sila bertanggungjawab sebelum membuat kenyataan bahawa produk anda adalah 'organik', 'natural' dan menakut-nakutkan pengguna bahawa vitamin/supplement daripada klinik/farmasi adalah tidak selamat seperti obimin/iberet dan sebagainya.
Masa untuk sesuatu ubat/vitamin mengalami 'disintegration' bergantung kepada formulasinya. Bukan bermakna bila vitamin itu cepat larut di dalam air, maka vitamin itu bagus dan yang lambat tidak bagus.
Disintegration time ataupun masa yang di ambil untuk sesuatu ubat/vitamin larut selalunya bergantung kepada absorption site (kawasan penyerapan). Semuanya telah di ambil kira ketika membuat sesuatu formulasi. Maka ada sesetengah vitamin/ubat larut minyak dan ada juga yang larut air.
Sebagai contoh, sekiranya vitamin/ubat itu diformulasikan untuk di serap di kawasan usus, vitamin/ubat akan mempunyai 'disintegration time' yang panjang dan tahan daripada asid dalam perut supaya tidak tercerna. Begitu juga sekiranya vitamin/ubat diformulasikan supaya 'sustain-released', masa yang diambil untuk vitamin/ubat berada di dalam badan akan menjadi panjang.
Bagaimana untuk mengetahui perbezaan vitamin sintetik ataupun natural?
Adakah vitamin sintetik berbahaya?
Vitamin sintetik berbahaya sekiranya di ambil secara berlebihan lebih-lebih lagi jenis larut minyak kerana ia boleh terkumpul di dalam tisu lemak. Pengambilan secara terkawal sepatutnya tidak mendatangkan masalah kerana vitamin yang tidak diperlukan akan dikeluarkan oleh badan.
Supplement tak kira apa juga jenama boleh digunakan asalkan anda tahu kepentingan pengambilannya. Ambil secara moderasi bukannya secara berlebih-lebihan.
Kepada ibu mengandung, vitamin yang selalunya diberikan adalah hematinic iaitu agen pembentukan darah yang terdiri daripada 4 jenis, folic, ferrous, vitamin b dan vitamin c (untuk membantu penyerapan ferrous).
Sekali lagi ditegaskan, tujuan post ini bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak akan tetapi untuk memperbetulkan persepsi dan salahfaham. Untuk mendapatkan vitamin secara organik adalah secara diet dan pemakanan, bukanlah daripada sebarang produk yang mengaku 'organik'.
Secara lojiknya untuk mendapatkan 10% bahan yang anda gelar 'pure' 'organik', masih akan terdapat 'impurities' dan bahan yang tidak organik di dalam formulasinya.


Nota kaki:
Organik hanya bila anda mendapatkan vitamin-vitamin tersebut daripada pemakanan, sayur, minyak ikan, daging dan sebagainya.



Monday, July 7, 2014

Perkhidmatan Kesihatan di Malaysia


PERKHIDMATAN KESIHATAN DI JERMAN VS MALAYSIA

Ada beberapa entri daripada saudara KA menjadi viral di dalam media fb seperti mengenai TAX serta PERKHIDMATAN KESIHATAN. Sebenarnya sistem Jerman tak jauh bezanya dengan United Kingdom. Cuma klinik di sini taklah se-gah di Jerman. Sebab di Jerman klinik dan hospital semuanya di swastakan.

Sebelum membaca entri saya ini yang insyaAllah akan ditulis secara formal, saya rasa ada baiknya anda baca entri daripada saudara KA. Link telah saya berikan di bawah gambar.

Sedikit terpukul dengan kenyataan  beliau seperti di bawah ini;

"Servis yang terbaik hanya boleh diberikan oleh pekerja kesihatan itu sendiri iaitu para jururawat dan juga doktor. Servis terbaik ini boleh dicapai melalui sikap amanah dan jujur ketika bekerja. Jika bekerja dijadikan satu ibadah, InshaAllah kita akan memberikan sepenuh tumpuan dan berkhidmat dengan penuh cemerlang. Jika bekerja dianggap hanya “makan gaji” untuk terima gaji setiap bulan, kita tidak akan dapat memberikan khidmat atau servis sebegitu. Kita tidak peduli dengan kerjaya kita, yang kita tahu cukup bulan dapat gaji."

Adakah ini bermakna kami di bahagian kesihatan tidak bersikap amanah? Tidak jujur ketika melakukan kerja? Adakah kami tidak mempedulikan kerjaya kami?

Lantas menyebabkan servis kami begitu teruk dan tidak seperti yang sepatutnya?

Jangan pukul rata sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu. Sebelum saya menulis lebih panjang, saya akan terangkan perbezaan sistem kesihatan Malaysia dengan Jerman dan United Kingdom, mengapa sistem di negara barat ini mampu memberikan servis yang lebih baik.

Sistem Temujanji

Antara perkara yang paling menggembirakan saya di United Kingdom adalah betapa amannya klinik serta bank di sini. Semuanya kerana sistem Temujanji yang tidak terdapat di Malaysia. Bukannya tidak terdapat tapi tidak dipatuhi oleh rata-rata rakyat Malaysia. Semuanya ambil enteng dan 'walk-in' sesuka hati. Sebagai contoh, pesakit kronik seperti Kencing Manis dan Darah Tinggi selalunya diberikan temujanji 3 bulan sekali akan tetapi kes-kes defaulted terlalu tinggi dan ramai yang datang bukan pada waktu sepatutnya.

Bagi mengurangkan lambakan pesakit, pesakit Kencing Manis sahaja selalunya diberikan temujanji pada waktu pagi tetapi ada saja pesakit Darah Tinggi yang datang tidak mengikut waktu yang telah ditetapkan. Ada juga yang sepatutnya datang untuk membuat BSP, mengambil darah pada waktu pagi tapi semuanya datang pada waktu petang.

Semua ini menyebabkan lambakan pesakit dan servis menjadi lembab.

Selain faktor tidak mengikut waktu temujanji sepertimana yang telah ditetapkan, di Malaysia orang ramai boleh ke mana-mana klinik kesihatan untuk sakit biasa seperti demam, batuk TANPA perlu membuat temujanji. Ini berbeza dengan keadaan di sini di mana pesakit akan diberikan temujanji walaupun cuma sakit biasa.

Sudahlah begitu, selalunya yang sakit seorang. Alih-alih satu famili sakit sekali.

'Multi-tasker'

"Terdapat pelbagai jenis klinik atau hospital yang menyediakan pelbagai jenis rawatan sama seperti negara lain di dunia ini. Setiap klinik di sini hanya memberikan khidmat yang berhubungkait dengan kepakaran mereka sahaja."


Tidak seperti di negara-negara barat seperti Jerman dan United Kingdom. Di Malaysia kami berkerja seperti 24jam lagaknya. Saya selalu membawa pulang preskripsi pesakit untuk pengiraan QAP dan KPI. Kadangkala hujung minggu secara tiba-tiba terpaksa membuat order bulanan ubat-ubatan atau vaksin disebabkan bajet tergempar dan harus diselesaikan segera.

Kenapa bawa pulang kerja ke rumah?

Sekali lagi ingin ditegaskan, lambakan pesakit. Selalu saja kami beroperasi pada waktu tengah hari sehingga 1:45pm. Pernah saja balik kerja pukul 6pm. Siapa kata kerja klinik balik waktu pejabat memang silap besar!

Ini saya terangkan dari segi perkhidmatan farmasi sebab kamilah kaunter paling akhir dijenguk orang tapi paling tidak dipedulikan dan profession yang dilupakan :)

Multi-tasker? Apa maksudnya? Maksudnya sayalah arkitek, sayalah penjaga budget, sayalah tukang sapu sampah, sayalah plumber, tukang baiki sistem QMS (calling number), tukang buat report KPI, QAP, medication error, tukang order ubat, tukang baiki pintu, tukang buat quotation dan sebagainya.

Adalah amat sukar untuk mendapat peruntukan membesarkan farmasi serta memperbaiki fasiliti sedia ada. Selalu sahaja mesin QMS (calling number) rosak, tidak diperbetulkan sehingga berbulan-bulan. Malah farmasi saya pernah rosak mesin QMS sehingga 6 BULAN lamanya!

Bayangkan, setiap hari kami terpaksa menjerit dan melaungkan nama pesakit sebab pesakit hilang entah kemana. Berbondong-bondong bakul ubat bersusun di atas rak. Bukan tidak dibuat aduan, tapi tindakan yang sampai adalah amat lambat. Jawapan yang selalu saya terima; 'Pejabat tak ada budget'. Walhal masalah quotation yang tidak relevan dan malas mencari supplier yang menyebabkan pengurusan kewangan tidak betul.

Bila QMS elok, masalah lain pula timbul. Pesakit meletakkan preskripsi atau buku mereka TANPA mengambil nombor! Walaupun terpampang 'signage' menyuruh pesakit mengambil nombor, masalah yang sama kerapkali berlaku dan berulang-ulang.

Hakikatnya, kebanyakkan mereka 'pelanggan tetap'. Lalu membuatkan saya berasa pelik. Kalau kita ke bank tahu saja mengambil nombor, bukan?

Di United Kingdom, sama seperti Jerman. Setiap orang mempunyai 'task' tersendiri. Health Officer adalah orang yang bertanggungjawab mengambil tahu tahap kesihatan pada bayi-bayi secara 'home-visit'. Mereka akan datang sendiri ke rumah. Malah mereka mengatakan mereka bukan jururawat yang sama di klinik NHS.

Tidak seperti di Malaysia, jururawat yang anda jumpa di klinik itulah juga jururawat yang akan melakukan 'home-visit'. Jururawat yang anda jumpa di klinik melakukan pelbagai tugasan. Ada banyak KPI yang terpaksa mereka capai yang bagi saya kadangkala memang di luar batasan. Ada pap-smear target, kelas antenatal, malah untuk kes kecemasan seperti 'home-labour' mereka jugalah yang akan bergegas secepat mungkin walaupun di waktu makan tengah hari!

Ada rakan bercerita ketika isterinya melahirkan anak di sini, setiap pekerja kesihatan yang datang melihat isteri dan anaknya adalah berbeza! Ada pakar pemakanan, fisioterapi, jururawat bahagian penyusuan dan sebagainya.

Setiap mereka punya tugas tersendiri.

Beban Kerja Yang Tinggi!

" Saya merasakan sangat jauh cara perkhidmatan atau cara kerja atau servis yang diberikan oleh doktor di sini. Saya pernah mengunjungi klinik keluarga, klinik gigi, klinik wanita, klinik kanak-kanak dan juga hospital."

Di Malaysia, tiada istilah specialization. Semuanya under 'one-roof'. Kononnya memudahkan. Memudahkan untuk rakyat, membebankan untuk kami di bahagian kesihatan! Di klinik kesihatan yang kecil itulah klinik keluarga, gigi, wanita dan kanak-kanak.

Betul tak?

Dengan segala-galanya di bawah satu bumbung dan tenaga kerja yang tidak mencukupi, saya percaya kadar stress kami di bahagian kesihatan adalah amat tinggi. Tambahan pula semua pesakit mahu cepat. Mahu segera pulang. Mahu segala-galanya siap dengan pantas. Tapi pesakit enggan berkerjasama, datang pada waktu yang tidak ditetapkan, memotong barisan serta tidak mengambil nombor. Pesakit juga kerapkali mengherdik dan membuat laporan yang tidak berasas kepada JKN.

Natijahnya? Kami terpaksa menjawab. NCR tepaksa di keluarkan kepada pihak atasan.

Di bahagian farmasi, ubat-ubatan datang bukanlah dalam bentuk siap berpack. Penolong Pegawai Farmasi akan unpack segala bulk-purchase dan repacking. Label kembali dengan tulisan, arahan baru dalam bentuk bekalan sebulan, dua, atau tiga bulan! Segalanya bergantung kepada temujanji dengan doktor. 

Tugas kami di farmasi bukanlah semudah, ambil ubat dan bagi!

Kami perlu screen, filling dan dispense. Akan tetapi tiga perkara ini adalah amat sukar dicapai sekiranya matlamat utama adalah mempercepatkan segala servis dengan adanya lambakan pesakit. Sebab? Terpaksa mengejar 30 minit masa menunggu! 

Farmasi kaunter akhir. Memang pesakit sudah 'hilang sabar' bila sampai di tempat kami :) Bayangkan, dengan jumlah pesakit yang keseluruhannya mencecah hampir 600+ sehari, kaunter farmasi saya cuma ada tiga orang. Dua dispense. Seorang filling. Seorang membuat kerja repacking. Seorang lagi membuat kiraan stock di stor.

Bila salah seorang dari kami bercuti, memang patah kaki dibuatnya!

Itu belum lagi bila sistem TPC (komputer) untuk preskripsi hang, ataupun saya terpaksa membuat kaunselling, menjalankan MTAC. Kaunter yang tadinya tiga orang tinggal dua! Bila yang packing ke kaunter, kerja packing pula tergendala.

Sistem kesihatan di Malaysia sangat mengecewakan saya. Cita-cita ingin memberikan perkhidmatan terbaik ketika di universiti punah sebaik saja saya melangkah ke dunia sebenar pekerjaan. Ianya tidak seindah mimpi.

Ubatan Percuma

Saya amat menyokong baik usaha membuat insurans bagi bidang kesihatan walaupun rakan baik saya, seorang doktor membangkang. Kata beliau, Malaysia dah memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik
dengan ubatan percuma!

Bagi saya, itu silapnya. Ubatan sahaja tanpa cara pengambilan yang betul, sikap yang betul tidak akan dapat membantu pesakit. Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai penyakit kronik bertahun-tahun lamanya akan tetapi mereka TIDAK TAHU mengenai penyakit mereka, cara pengambilan ubat serta dos mereka selalunya SALAH!

Walaupun telah diberitahu berulang-ulang kali, serta dilabelkan pada sampul ubat, saya kerapkali mendapat pesakit yang masih mengambil dos lama. Bila ditanya, "Saya dah bertahun dah makan ubat ni. Memang macam tu makannya".

Saya merasakan servis kami adalah amat rendah kualitinya disebabkan hanya mengejar KPI masa dan lambakan pesakit. Pesakit tidak tahu penyakit mereka, tidak makan ubat dengan cara yang betul, tidak mengamalkan diet yang betul malah....membazir.

Sekiranya kami melakukan HMR (Home Medications Reviews), pasti ada lambakan ubat yang tidak dimakan, luput tarikhnya, tidak disimpan dengan betul dan sebagainya. Sedih melihat jutaan ringgit terbazir begitu saja.

Bayaran RM1 tetapi minta layanan seperti Raja!

Kami dikerah supaya cepat, berikan ubat lebih dan sebagainya. Sekiranya tidak pesakit selalunya akan marah-marah dan membuat aduan kepada pihak atasan.

Kesimpulan

Di bandingkan dengan negara maju, Malaysia jauh ketinggalan kerana mentaliti kelas ketiga. Segalanya harus class, harus cepat, harus mendahulukan pesakit. Customer is always right. Akan tetapi sikap orang Malaysia yang menyebabkan sistem semakin tenat.

Bagi saya, insurans kesihatan serta dispensing seperation adalah perlu! Tiada istilah ubat percuma kerana apalah gunanya percuma sekiranya tidak dihargai. Apalah gunanya percuma sekiranya akhirnya ubat-ubatan luput tidak digunakan.

Malah, disebabkan ini juga penyakit kronik di Malaysia semakin menjadi-jadi. Sikap orang Malaysia yang tidak mengamalkan diet yang betul serta malas membaca amat mengecewakan. Belum lagi dikira sikap 'demanding'. Saya pekerja kesihatan tapi saya juga pesakit. Bila saya duduk di tempat pesakit tapi memahami keadaan pekerja kesihatan, saya bertoleransi.

Dengan dispensing seperation, pesakit boleh mengambil ubat dari mana-mana farmasi yang dia inginkan pada bila-bila masa.  Insurans kesihatan akan membantu kos perubatan. Secara tak langsung, beban kerja akan berkurangan di klinik kesihatan.

Malah, segala servis 'under one roof' yang kononnya memudahkan pesakit adalah tidak relevan sekiranya inginkan servis yang bagus. Kami manusia. Kami juga punya limitasi. Bukannya robot yang boleh memuaskan hati semua pihak.

Di Malaysia, kaunter kecemasan di hospital seringkali disalahgunakan. Kes-kes seperti demam dan batuk semata-mata untuk mendapat MC keesokkan harinya adalah taktik usang dan membosankan. Saya percaya sekiranya sistem temujanji untuk sakit biasa dipraktikan, lambakan pesakit dapat dikurangkan. Malah, yang ber'pura-pura' sakit dapat kita saring secara lebih praktikal.

Pernahkah anda sebagai pesakit, selami apa yang kami pekerja kesihatan alami?

Pernahkah anda ucapkan terima kasih ikhlas dari hati?

Pernahkah anda membaca dahulu sebelum bertanya?

Sekiranya pernah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih. Besar harapan saya agar suatu hari nanti sistem kesihatan di Malaysia dapat dipertingkatkan dan kami mampu memberikan servis terbaik bertaraf dunia!



***

Nota kaki:
Kita inginkan segalanya terbaik, namun adakah kita sanggup membayar 'harga'nya?




Saturday, June 28, 2014

Living Abroad (Hidup Di Perantauan)


Saya ada terima few email tanya pasal Living Abroad. Harap-harap entri ni dapat guide anda untuk GROCERIES SHOPPING. 

Nanti next entry saya akan guide pasal maybe line telephone? Broadband ke? ke pasal cari Kerja? Hehe. Boleh request :D *Ceh macam terror*

Ini tertakluk untuk bahagian Scotland, UK dan paling accurate untuk Edinburgh (sebab based on my experience ye)

Dekat UK ni ada banyak hypermarket. Jangan pergi Morrison atau Sainsburry's. Mahal tahap nak nangis. Tapi kalau mengidam nak ikan/seafood bolehlah pergi. Morrison banyak seafood. Ada section khas untuk seafood. :)

Di bawah ini adalah senarai-senarai market yang agak berpatutan harganya. Kita mulakan dengan yang menjual barangan tidak berjenama sangat. Err maksudnya saya pon tak tahu jenama apa. Haha



B&M BARGAINS 

Yang ini saya baru explore semalam. Harga not bad. Ada segala barangan rumah/makanan. Tapi barang basah tak ada ye. Kalau nak beli barang-barang rumah, toys, pinggan mangkuk, bolehlah. Affordable :)


HOME BARGAINS

Sama macam B&M, tak ada barang basah. Tapi barang-barang lain boleh dibeli disini dengan harga berpatutan. Ada banyak brand yang tidak diketahui. Haha. Again, affordable. Kadangkala kalau ada offer boleh dapat potato 2kg harga £0.50 je. Murah kot!


LIDL

Yang ini up sikit daripada B&M dengan Home Bargains sebab ada barang basah walaupun tak banyak. Cuma jangan beli daging-daginglah. Nak beli frozen seafood, sayur-sayur, roti, OK! Saya suka beli pastries. Hehe. Nyum nyum. Lagi-lagi kalau baru lepas masak. Sedapnyaaaa!


POUND WORLD

Sekiranya ada barang-barang yang anda rasa macam mahal dekat 3 kedai yang dah disenaraikan sebelum ini, maka moleklah ke Pound World. Semua barang harga £1. Tapi kena pandai juga. Sebab kadangkala kita boleh beli sabun basuh pinggan kat kedai lain harga £0.65 je. Buat apa membazir £0.25 kan kan? :P

Again. Judgement dan penilaian harian anda. Yang saya rasa murah dekat Pound World, ubat gigi, sabun, ubat-ubat,toys, cotton bud dan....coklat. Hehe


ASDA

Selain empat kedai yang dah tersenarai dekat atas. ASDA adalah tempat paling selalu kami beli barang groceries. Sebab? Semuanya under one roof! Kalau ASDA Chesser ada bahagian halal. Dapatlah ayam 2 paket £5. Murah! Sebab satu paket almost 800g. Sometimes ada juga ayam seekor harga £3 je. Kalau nak bandingkan dengan kedai Pakistan yang agak mahal. Tapi kena check juga expiry date sebab kalau dah nak dekat sangat takut tak fresh dah.

ASDA juga sesuai kalau nak beli buah-buah, sayur, pampers anak. Pampers brand ASDA selalunya ada offer 2 pack £10. Pampers brand PAMPERS tak payahlah. Nangis air mata darah nak bayar. Waktu baru sampai dulu kami naive. Beli pampers pastu sama je kebocorannya. Dahlah mahal! Huuu.

ASDA juga menarik kalau tengah ada EVENT atau LOCK PRICE. Kalau tengah event baby fair nanti semua barang baby jual murah-murah.Tapi kalau tak ada event jangan beli makanan baby...mahal!

Better beli makanan baby dekat Tesco. Murah even tak ada event :D

Errr tetiba lapar.

Nak pergi memasak. Selamat berpuasa semua! Kami di Edinburgh puasa lewat sikit (sebab beza kita 7 jam). Lepas tu puasa kami tahun ni hampir 20 jam! Heee. Harap-harap kuruslah sikit badan yang macam apam ni :p

Kalau ada apa-apa soalan just email saya ye; echamyda@hotmail.com

InsyaAllah saya bantu apa yang boleh :)

Thursday, June 26, 2014

Sneak Preview (Kononnya)



I really wanna write something in blog.
Oh rindu merepek walaupon tak tahu siapa baca.
HAHA

Ini sekeping foto
Ainan Tihani berlatarbelakangkan Linlithglow Castle.

Later on saya akan cerita
Pengembaraan kami tiga beranak ke UTARA Scotland.
InsyaAllah :D


---

Doakan :))

Saturday, June 21, 2014

Makna Ainan Tihani


Nanti bila besar, Tihani akan tanya; " Ibu Ibu...nama Tihani maksud dia apa bu? "




Jadi untuk dijadikan rujukan Ibu buat satu entri khas untuk TIHANI :)

Asal usul saya berkenan nama Tihani adalah daripada blog Hannah Johary. Saya suka sangat anak nombor dua dia, Tihani. Sebab? Saya anak nombor dua juga. Ceh tetiba sangat :p

Taklah. Sebab bila baca entri dia mengenai nama Tihani saya suka. Nama tu lembut. Makna dia KEBERKATAN/KEBAHAGIAAN. (Itu daripada blog dia)

Ainan?

Err saya dapat ilham daripada nama Ainan Tasneem. Haha. Betul tak tipu. Saya cakap dekat Imran, makna Ainan Tasnim tu sedap sangat. DUA MATA AIR. Tasnim, nama salah satu mata air di Syurga. Tapi err tidaklah nak bagi nama sebiji. Nanti orang cakap fanatik AT pula :p

Ejaan Ainan kalau betul-betul nak ikut arabic spelling adalah 'AYNAN atau 'AINAN. Tapi tak perlulah kot nak eja sebiji-sebiji walaupun ada ustazah tu cakap perlu.

Sebab?

Tergeliat lidah nak terangkan dekat orang ejaan nama. Plus AIN memang huruf 'Ain. Jarang perkataan Arab mula daripada Alif.


Seterusnya, kita teruskan kepada nama TIHANI. Bila dah berkenan nama Tihani dan dah buat surat beranak pun. Ada ustazah cakap Tihani tak ada makna. Aik? So tak puas hati. Kenalah buat research extra. Hoho

Di bawah adalah makna-makna Tihani :)

Ustaz cakap tak kisah asal dari mana nama tersebut janji maksudnya baik. Alhamdulillah. Nama Tihani baik maksudnya :)







Bagi saya, maksud terhampir sekali adalah paling bawah sekali iaitu YANG DIRAIKAN atau TAHNIAH. Sebab? Kalau anda google ucapan Ramadhan, anda akan terjumpa ucapan; Atyab At-Tihani..... (The most precious congratulation) Atyab bermaksud The most precious. Manakala Tihani congratulation. Bahasa Melayu? Tahniah. Hehe. Tahniah sebab dapat Mata Air :D

Tapi tak kisahlah mana-mana pun.

Saya boleh concludekan makna Ainan Tihani seperti berikut;

1// Mata Air Yang Di Raikan
2// Mata Air di Tanah Yang Begitu Lapang
3// Mata Air Yang Disayangi
4// Mata Air; Sentuhan Lembut Bunga-bungaan.

AINAN TIHANI,

Ibu dengan Ayah maksudkan segala-galanya dengan makna nama Tihani. Mata Air adalah panggilan orang dulu-dulu untuk Buah Hati/ Marka/Kekasih. Tihani adalah Buah Hati Ibu dan Ayah yang sangat kami raikan, kami sayangi. Yang kami harap sangat lembut akhlak seperti lembutnya bunga-bungaan dan menjadi penyelamat di tanah yang begitu lapang (ketika waktu sulit). 

We love you! :)

Monday, June 2, 2014

Of Holyrood Park

31st May 2015. 

Pagi tu saya masak awal. Sedikit keliru dengan jadual kerja suami. Rupanya dia tak kerja malam-malam buta! Jadinya sebab dah lunch awal saya cakap dekat Imran; "Nak jalaaaaan!"

Puas jugalah google dan berfikir nak jalan mana. Syarat utama mestilah FREE. Haha. So bila tengok ada member update Salisbury's Craig last-last cakap; "Jomlah panjat bukit!"


Salisbury's Craig, Holyrood Park dan Arthur's Seat semuanya sebelah menyebelah je. Tapi yang pasti kami tak ke Arthur's Seat lagi. Tu tunggu Tihani besar sikit. Semput nak mendaki.


Ketua rombongan tengok map :p


Holyrood Park


Teringat Broga. Tempat first saya dan Imran bertemu. Eceh


Over posing. Tapi anak sendiri tak nak tengok pon camera T____T


Cubaan memujuk yang tidak berhasil


FINEEEE TIHANI!


Ibu merajuk lalu duduk jauh dari Tihani (kononnya)


Bunga Atas Batu


Buah Hati Kami :)


Tihani tak reti berjalan lagi. Bayi 8m 2d ni baru boleh bertatih sikit-sikit. Berdiri dan menghenyak badan parents dia adalah skill paling terbaru. Boleh buat smack down tanpa dipinta serta mencungkil pipi Ibu sesuka hati dia hampir setiap pagi.


Bunga Kuning 


Ini bila dia enggan berkerjasama. 
Whatever Ibu.


Chapel di kaki bukit


Ibu dan Anak


Bunga lagi

Gambar sebenarnya di upload secara rambang oleh blogger. Tak ikut kronologi langsung. 

Yang atas ni after kami dah habis mendaki. Kami round satu Holyrood Park by car. 

Ada seorang mamat Singh ni bawa awek caucasian naik Ferrari merah. Lepas tu member dia follow naik Ferrari hitam. Terkedip-kedip mata tengok kereta dua ketul tu mengaum. Haha

Saya cakap dekat Im; "Mesti awek dia bangga kan kan?" Hehe


Ini Imran sepanjang kami mendaki. Si Tihani jadi 'joey'. Tapi joey sorang ni kejap je nak duduk dalam carrier tu. Sampai atas bukit laju-laju buat ragam. Ada masanya saya yang dukung. Sabar jelah anak oi.


Kalau sampai Holyrood Park, the first thing anda akan nampak adalah lots of doves! 


....serta Swan dan Seagull! 

Semuanya duduk bertenggek dekat dengan tasik which I suspect tasik buatan. Sebab batu-batuan keliling tasik elok terletak cantik.


Ini Tihani dan Ayahnya. Tihani bermood cantik sebelum kami mendaki :p


Our trail :D


This is me! 

Yang sudah semakin gemuk sebab sebulan cuti asyik makan tidur je. Sobsobsob. Ni tengah cuba untuk diet. No dinner for me. Sobs


Ini Tihani yang cuba buat muka comel (tapi memang comel pun) Haha


Subhanallah! Cantik sangat! :)

Bunga kuning lagi


Salisbury's Craig

Oh jangan tak percaya halfway naik bukit ni ramai je parents tolak stroller. Kagum jugalah sebab tak faham sampai ke tahap mana stroller boleh naik. Haha

Ada juga sweet-sweet couple bawa picnic mat, plastic penuh junk food dan duduk berpiknik. Yang dekat Chapel pula saya perasan satu group teenager ni bawa Budweiser sekotak. Duduk ramai-ramai atas batu. Sambil tengok city sambil minum.


Two most important person in my life :)


My little family :)


My beloved daughter. Muah muah!


Membesar jadi anak yang baik dan solehah ye Ainan Tihani :)


Bersantai dengan Ayah. Hehe


Sambil bersantai makan keropok. Baru feel :p



Errr okay. Ibu nak gambar pokok kuning berduri-duri itu.


Dah siap ada trail dan berpagar kayu. Im cakap maybe sebab pernah terhakis so tak boleh lalu betul-betul belah lereng bukit.


Rangka Chapel


Batu-batuan


Ini sejarah Chapel. Tapi tak ada cerita yang clear pun. Kenapa rosak pun tak cerita. Cuma cerita pope ada keluarkan duit untuk baiki Chapel tu. Err I wonder adakah orang mendaki bukit untuk ke Chapel? *semput*


"You'll never walk alone.
I will always by your side.
Like your faithful shadow."

- Love, Ibu


Cantikkan? 

Percayalah kalau anda datang sini, you will love it! Cantik dan bersih! :)

Habis mendaki kami lepak dulu makan sandwich. Piknik yang tak berapa pikniklah sebab main redah je duduk bawah pokok. Haha

Lepas tu nampak banyak pokok kuning comel-comel. Terus ambil Tihani untuk photoshoot.

The result? 

Err. Silalah lihat hasilnya :p


MUKA SERIUS!


Yelah Tihani. Yelah. Muak dah bergambar. Haha


P/S:
Sekiranya anda bertandang ke Edinburgh. Please do visit this place! Highly recommended. Lagi-lagi bila it's a sunny day! Best! Kalau datang by bus boleh ambil Lothian 35. Errr segala gambar di ambil menggunakan Lenovo serta Iphone 4S. Camera Canon S100 kami dah rosak. Sobs :'(