Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 29, 2012

Tips: Jimat Kad

Oleh kerana saya sungguh berdukacita Beribu Sesalan tidak menang AJL, maka saya bermurah hati nak share tips jimat kad. Eh? Ado kono mengono tak? HAHA.

Weekend ini membawa saya pulang ke rumah Bonda. Selain bilik yang masih tunggang langgang. Kami sekeluarga berhempas pulas menyiapkan kad kahwin re-design. :p

How does it work?

Mari saya share. Kad re-design adalah kad yang anda design kembali setelah anda menghabiskan duit untuk 1000pcs yang pertama (ini anda boleh share dengan tunang). Buatlah kad yang ada dua-dua map. Dua-dua jemputan :)

[Ini yang original]

Sorry tak faham apsal takley nak rotate. Isk. Serius tak faham apsal. Yang original ni size dia macam besar sikit.

[Re-design Card]

Kad di design kembali oleh tunang. Kami kecilkan sikit size dia. Tambah warna-warni. Print & potong sendiri. Lipat-lipat sampai tergolek-golek. Haha.

Hasilnya?
TADAAA!

Nice ait?

Bagi saya buat balik kad adalah nice dan sweet. Hehe. Sudahlah sweet. Effortness. Malah berbaloi-baloi dan jimat duit. It works like this, anda tempah, mereka design dan printkan. Anda bayar untuk artwork & they will email it to you.

Lagi jimat kalau anda buat sendiri semua kad. Tapi kami mahukan yang proper juga untuk kawan-kawan dan saudara mara. Yang re-design ni untuk jemputan-jemputan lain :)

Kalau kad biasa yang anda tempah, usually it will cost around RM0.70 - RM1.00 (design simple yang macam saya punya). Kalau anda re-design dan print sendiri, anda mungkin dapat new card dengan cost RM0.30 sekeping! :D

Sekian, itu sajalah kisah yang dapat dituliskan. Haha. Ini entri tersurat. Entri tersiratnya apa Syud?

Entri tersirat adalah siapa rasa nak kad di atas sila emel saya di; echamyda@hotmail.com ;)

Trimas!

Thursday, January 26, 2012

Guilty As Charged

'He’s not perfect. You aren’t either, and the two of you will never be perfect. But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold onto him and give him the most you can. He isn’t going to quote poetry, he’s not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don’t hurt him, don’t change him, and don’t expect for more than he can give. Don’t analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he’s not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don’t exist, but there is always one guy that is perfect for you.' - Credit: Nadya

Me?

I'm not stable and I hope he understands that. But I know, I'm over the limit. And he won't always be there to understand me while I'm the one who never understand him. I'm rude, selfishes and way too over.

Why am I too angry?

I did stopped twice in front of his gate. I did called him twice. He called me back but say nothing. At least I'm expecting him to say; "Tunggu saya dekat..." Anywhere! Maybe we had a different track and there you go, misunderstanding, miscommunication. Then, Miss Elmosi was on stage. She threw tantrums all over him.

Solution?

I don't know. I hate myself. I know he deserves someone better than me. Someone who is less emotional. More tolerance. Someone who won't burdening him with problems. Someone who is more sensible.

I'm guilty. Enough said. But still, words could hurt me back. And at this particular moment, I don't want to have any conversation.


End.


Update:

9:25pm. We had a peace meet-up. Me with my air suam and him with teo suam. Both of us are guilty as charged. We said sorry towards each other. We said we won't be perfect because perfectness is overrated. We said we are going to improve and be better in future. InsyaAllah. Amin amin.

Monday, January 23, 2012

Nikah Khitbah

Oleh: Ustaz Hashim Al-Maranji

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.

Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Isunya: Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, couplelah, tapi kena dengan cara yang halal, iaitu bernikah!.

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!”, “Saya masih belajar!”, “Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja, “Kamu wajib berkhitbah!”.

Khitbah

Secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak. Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber’coupling’ berakhir dengan keterlanjuran, kemudian putus dengan pelbagai alasan.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung” (bunyinya amat mengerikan?).

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda, duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja. Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Saya sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ‘nikah gantung’ ini dengan panggilan baru iaitu ‘nikah khitbah’, walaupun menghadapi sedikit masalah penerimaan. Ia semata-mata bertujuan untuk mengelakkan perkara maksiat yang boleh berlaku seperti berhubungan melalui telefon (melepas rindu dendam melalui telefon, sms, chatting, facebook, dll), bertemu antara pasangan walaupun ada mahram (tetap akan berlaku bertentang mata dan apa sahaja yang boleh menjadi muqaddimah kepada zina mata, tangan, hati dll.)

Saya sendiri bernikah gantung (nikah khitbah) pada 7/7/1979 iaitu 6 bulan sebelum majlis kenduri. Dengan tiket nikah saya tiada masalah untuk menemui isteri atau keluar bersama-sama (ber’couple’) kerana dah disahkan sebagai suami isteri (gantung – sebab tidak duduk serumah) yg lebih menepati khitbah secara Islam. Malah dengan tiket nikah itu membuatkan saya merasai beban amanah sebagai suami meskipun kami tidak serumah sementara menunggu majlis kenduri pada bulan Disember 1979. Saya mahu menjadi ibubapa yg awal pada zaman moden yang penuh kecelaruan dengan menjadikan nikah khitbah dipraktikkan oleh anak-anak saya yang belum berkahwin, insyaAllah doakan!!

Ulasan saya:
Demi Allah, saya amat menyenangi sesuatu seperti ini. Tapi saya tak mampu berbuat sedemikian rupa disebabkan pelbagai faktor. Lalu saya berharap suatu hari nanti anak-anak saya mampu berbuat begini. Amin amin :)

Friday, January 20, 2012

Dear Dina

Let me tell you a secret. Mari-mari saya kongsikan satu rahsia hati. Sedari berusia 16 tahun, saya amat jatuh hati pada nama IRDINA sejak diberitahu oleh Dr.House mengenai anak saudaranya. Bagi saya, nama Dina itu adorable! Malahan, kenapa saya suka IRDINA adalah disebabkan maksudnya; 'Harapanku' :)

Selain sebab memang cahaya mata itulah harapan hidup kamu, saya juga amat terpikat pada nickname DINA. Sebab asalan 'Deen' iaitu Agama :D

Pastu I pon main sorok-sorok nama. Kedekut mode activated. Bagi suggestion nama lain selain Irdina. Tup tup akhirnya dear cousin tetap juga dapat nama tu! HAHAHAHA




Buah Percintaan Pertama
(Mak Su & Acu)

Baby's Profile
Nama:
Nur Irdina Airis
Tarikh Lahir : 11.01.2012
Waktu: 10:12 am




Dilahirkan seberat 3.7 kg secara caesarean. Dina is a champ! Lihatlah pipinya yang montok dan gebu itu. Awwwwww. Kione kawaiidesu! Tak sabar nak jumpa, gomol-gomol pastu golek-golekkan si panda kecil neh. Eh?

Saya suka nama DINA. Amat-amat suka! Antara nama Dina yang telah tertera dalam kepala otak suatu ketika dulu adalah HADHINAH (Pendidik), MEDINA (Madinah) dan SAIDINA. Eh OK. Yang last aku tipu. Hahaha. Saidina merupakan permainan serupa Monopoli. Harap maklum :p

But since Maksu dan Acu dah pilih nama Irdina, haruslah aku mengusung diri dan mencari nama lain. Hahahaha so kesian. Why cannot Irdina again? Why why?

Eh haruslah anda prihatin akan persekitaran kanak-kanak itu suatu masa nanti. If ada dua Irdina meskipun memiliki nama hujung yang berbeza, mereka BESAR kemungkinan akan dipanggil DINA. Maka once kami menyebut 'Dina', kedua-duanya akan menoleh dan confuse siapakah yang sedang dipanggil.

Eh kejap kejap. Anak Maksu je yang dah ada, anak engkau entah bila tahun baru muncul Syuhada. Heee. Haha. Eh eh sukahati akulah nak tulis pasal ni. Tapikan...I love Dina! Boleh tak Acu & Maksu memanggil baby beliau Airis instead of Dina? :P

So Syuhada, alang-alang dah merapik. Bolehkah engkau sharing nama apakah yang engkau telah simpankan selama ini?

The name is; 'Irdina Amani' :)

Sebenarnya nak ada iras-iras Armani. Manalah tahu Armani Exchange nak ambil baby aku nanti as duta. HAHAHAHA ada hati ye kau Syud?. Eh gurau gurau. Sila jangan bawa ke hati.

But again, nama Irdina mungkin tidak akan jadi pilihan saya lagi bagi mengelakkan kekeliruan. Lagipon Acu nak rembat nama Irdina Amani tu kalau lepas ni baby nombor dua girl. Sobsobsob.

Jadi aku terpaksa pasrah dan membiarkan nama Dina menjadi kenangan abadi di kalbuku. Cehcehceh :))

Baru nak berangan Baby Deja boleh kawan-kawan dengan Baby Dina. Aik? Hahaha. Dahlah. Makin jauh aku merapik. Nak blah.







Babai :p


Friday, January 13, 2012

The Awesome Him!

Kenapa dia awesome?

1. Sebab dia sanggup tunggu saya di luar kereta, tunggu sampai saya turun tangga
2. Sebab dia suruh saya pakai sweater tebal-tebal takut saya demam lagi
3. Sebab dia bawak strawberries & coklat untuk saya. Hehe
4. Sebab dia jaga Snowbie waktu saya kat Bali
5. Sebab dia mandikan & betulkan plat kereta saya
6. Sebab dia bagi saya bunga bila hati saya berasa lara (cececeh)
7. Sebab dia tunggu dekat airport sampai 3 jam bila flight saya berputar-putar di udara.
8. Sebab dia transporter terbaik! =)
9. Sebab dia angkutkan barang-barang saya
10.Sebab dia cakap "tengok awak senyum buat saya senyum juga" *cair*
11. Sebab bila saya kerja extended hours dia belikan dinner. Sangat comel!
12. Sebab dia tak pernah hilang sabar dengan saya yang menguji kesabaran ni :p
13. Sebab dia nyanyikan saya lagu 'Belaian Jiwa' sambil saya nangis dekat phone
14. Sebab dia pakai kemeja kotak-kotak (yang saya beli) & our couple watch
15. Sebab dia jogging sekali dengan saya.
16. Sebab...

Eh banyak sangatlah. Tidak tertulis dek jari jemari daku, tak dapat dibilang bagai bintang beriiibuuuuu :p

Paling penting, saya rasa dia awesome sebab dia melengkapkan hidup saya :)

Tuesday, January 10, 2012

Heylo Beylo!

Engkau kelihatan sungguh terbengkalai. Seperti tidak ada pemilik empunya blog. Maafkanlah daku wahai belog *sambil tiup-tiup semua spiderweb* Hakhakhak.

Bagaimanakah kehidupanmu kini wahai Syuhada?

Excellante! Selain tinggal dua purnama mahu hidup sebagai gadis solo molo. Macam-macam kejadian telah berlaku lalu menumpahkan 500ml of tears. Sungguhpon begitu, aku tidak berasa tercabar langsung mahupun patah semangat.

Ayuh kahwin! *Haha bengong*

Malam ini dengan riang hatinya saya mahu berkongsikan tips mencari pakej Mak Andam bagi all bride to be di luar sana. Konon macam senang, tapi tak senang. Percayalah. Lagi-lagi untuk insan 'istimewa' seperti saya ini.

Mari kita mulakan. Let's!

1. Tetapkan Budget
Ini adalah sangat penting. Please please jangan goyah bila Mak Andam memberikan gambaran fantasi anda bakal kahwin di atas taburan bunga-bungaan. Lagipon, sungguhpun kahwin itu sekali seumur hidup tapi lepas kahwin engkau makan meggi je takda guna juga kan?

2. Tetapkan Warna
Jangan jadi macam saya. Oleh kerana rasa terlalu sibuk dan tengok harga Mak Andam semua macam nak menyumbat arteri, terus laju-laju decide Mak Andam tanpa survey baju betul-betul. At the end, terpaksa cancel off Mak Andam yang sebelum ni dan berubah pada Mak Andam lain.

3. Pastikan Anda Fit-In
YUP. Part ini terpaling penting. FYI (eceh), saya memiliki sepasang kaki unik berdiameter itik. HAHA. In fact dulu, ketika bersilat budak-budak lelaki suka menyepak seliparku lalu menghina-hina kaki aku yang dikira langsung tidak comel. Ceh! So, masalah terbesar saya adalah mencari kasut.

OK. Tiga je yang perlu kita highlightkan. Lain-lain lu pikirlah sendiri. Berbalik kepada masalah saya yang telah menyebabkan saya elmosi lalu tertumpah air mata atas keyboard, saya terus mencari solution. Iaitu, CANCEL-OFF the previous Mak Andam.

Yeah. You heard me right. Mak Andam sepatutnya adalah makhluk paling mesra alam. Dah kerjanya kena mesra-mesra kan? Tak payahlah nak berkira sangat dengan bakal pengantin. Apa diorang pikir kita bride to be ni cop duit hape?

Dahlah baju aku bukan colour yang dikehendaki. Dahlah kaki aku takda size (terpaksa beli sendiri if proceed on). Dahlah kedek takmo kasi baju extra untuk outdoor photoshoot. Dahlah macam tak bersemangat pastu asyik ugut-ugut cakap dia ada banyak lagi job waktu tarikh saya tu.

So I was like....Fineeeeeeeeeeeee! Ingat aku heraaaaaaan??!

Kepada Mak Andam di luar sana. Pleaselah faham kondisi kewangan kami. Jangan terlalu menekan. Lepas tu layanlah baik-baik sungguhpon kami (bride to be) ni banyak songeh. Yes. Kami banyak songeh sebab kahwin tu sekali je seumur hidup. Lainlah kalau dah pasang niat nak kahwin berkali-kali. Yang tu aku tak tau.

Harap-harap Mak Andam kali ni considerate dan boleh bertolak ansur dengan request saya. Nasib baiklah ada Encik Bakal Suami yang pergi deal balik dengan Mak Andam lama. I is very the gigil lutut. Dah tak boleh nak cakap.

Last-last aku ternangis di corong handphone. HAHAHAHA. Nasib baiklah dapat tunang sabar tahap melantun-lantun. Nasib baik :)

For the time being, saya berjaya induce tunang untuk sama-sama jog di petang hari. Pastu keciciran sebab semput. Kahkahkah. Nampak sangat tak fit. Nampak sangat dah lama jana lemak tepu berkilo-kilogram. Takyahlah jog sampai sejam lebih. Dapat satu dua round everyday pun dah cukup.

InsyaAllah, kalau kita istiqamah, by the time majlis kami, both of us will look like Merpati Tie The Knot. (Istilah buat sendiri) :P

Monday, January 2, 2012

Wedding Gift(s)

...or maybe my wishlist ;p

You name it. Kalau tidak berterus terang bukankah satu pembaziran orang bagi pinggan mangkuk periuk belanga walhal lepas kahwin engkau mungkin tidak perlukan mereka.

Eh saya perlu. Tapi bukan untuk waktu terdekat. Nanti bila dah ada rumah sendiri baru berfikir-fikir apakah yang perlu untuk melengkapkan sebuah rumah.

Untuk waktu sekarang, after menjadi seorang isteri (yang sengal-sengal ubi dan suka mencari pasal). InsyaAllah, what I really really REALLY want adalah kelengkapan sebuah bilik.

Actually tak banyak pun sebab bilik dah sedia lengkap. Cuma I love decoration things! Bagi aku mereka memang spesis comel. Mereka mencomelkan bilik sebagai hiasan. Haha (cakap bukan-bukan tambah belit-belit)

OK. Mari terus tanpa belok-belok.

Ini wishlist saya:

1) Lampu Tidur
Yang ini telah pon dibelikan oleh Cik Zahidah. I love you Sayang! *wink*

2) Blender
Tapi nak yang boleh blend ice. Hahahah. Demandnya engkau mak! Eh of course. Haruslah demand noks. Kalau dapat jenis yang ini tak perlulah I bersusah-susah beli Coolblog lagi Nyah. Blend dekat rumah je :p

3) Carpet
OMG! Aku rasa nak tampar diri sendiri laju-laju minta benda bukan-bukan. Kalau carpet haruslah kena bagi kotak sebesar sebuah kereta *exaggerate*. Hehe. Yang ni takyah :p

4) Comforter Set
Eh sebenarnya ini memang kegemaran terlampau saya. Kalau jalan-jalan pantang nampak bantal & cadar. Memang boleh menimbulkan sawan di hati. Hahaha. Tapi janganlah semua orang bagi cadar. Sumpah I tatau nak simpan celah mana nanti sebab koleksi sendiri pun dah sedia banyak. (dalam erti kata lain sebenarnya takyah)

5) Vas
Saya berniat untuk menghiaskan bilik dengan bunga-bunga tipuan. Tapi Tunang cakap nanti jangan jadi hutan khatulistiwa sudah. :)) In a way, yup. I need vases. Tapi berbahaya balut-balut pastu tak tampal sticker 'Fragile' dengan gambar pecah kaca pecah gelas. KAHKAHKAH. Err vas plastik? Takmo. *mengada-ngada*

Dah. Tu je. Jujurnya, I don't have any idea. Kalau orang tanya; 'Syud, nak hadiah apa Syud kahwin nanti?' dan some akan bagi double-hadiah *ceh konon* Eh of courselah. Hadiah kahwin & birthday. 2-in-1! Hehehehehe.

Tapi itulah. Idea yilek! Pochi'!



Kalau nak bagi duit pun best gak. Bolehlah digunakan di masa depan. Masuk tabung deposit future home :')

Sunday, January 1, 2012

Resolusi 2012

Saya sepatutnya mandi dan mensiapkan Tortilla untuk piknik di Desaru. Namun begitu, I is very the pemurah hati untuk sharing caring resolusi 2012 after membaca re-arrange-inc.com. (Adek, aku promote blog ko. Belanja Coolblog please! HAHA)

Baiklah. Tanpa berlengah, kita mulakan penaipan entri kita ini.

Resolusi 2012:

1) Berkahwin. Ini sebenarnya telah saya targetkan pada 2011. Malah setiap kali makan nasi macam anak kucing makan dalam 2011, saya selalu cakap 'Eh kan nak kahwin tahun ni. Kenalah diet' Kahkahkah. It's OK tak kahwin 2011. Kita slow & steady. Lagipun perancangan Allah SWT itu indah. Pada 01/01/2011 saya telah berdoa untuk berkahwin lalu menemui seseorang dan bertunang :)

2) Mempertahankan berat badan. HAHA. Apahal kau ni Syud? Azam macam nak kena lempang? Ya Allah tuan-tuan dan puan-puan, saya nak buat announcement neh. Kami (saya dan tunang) telah sepakat untuk hidup di rumah parentsnya sampai masa kami dah ready for our own home. Bukankah sepakat membawa berkat? Haha. Hidup di rumah his parents pasti mencabar keimanan daku yang bernafsu besar pada makanan. Please please. Doakan Syuhada tak gemuk.

3) Mengurangkan emosi. Yang ni takyah cerita. Takyah takyah. Siapa readers saya memang tahu this Syuhada is very verrrrrrrrrrrry The Elmosi! Tiap-tiap kali elmosi pasti engkau rasa nak siku. Hanya tunang antara orang yang mampu bersabar dan tak pernah marah saya. Sangat comel lah tak pernah marah. Hihihi. I love you. :)

4) Menaiktarafkan farmasi saya ke persada dunia. Cececeh ayat nak gempak macam apa. Tak tak. Serius. Saya nak buat SMS & AMBIL, MTAC (InsyaAllah), saya nak kick-out staff yang menyusahkan kehidupan, saya nak farmasi saya bagi perkhidmatan terbaik sungguhpun orang cakap aku duduk kat Ulu. Eh, ada aku kisah? :p

5) Bekerja dengan lebih gigih. InsyaAllah, I'm going to have a supportive hubby. Selama ini pun beliau sangat supportive dan tak pernah bersungut. Aku je banyak sangat sesungut. HAHAHAA eh shut up Syud!

OK sekian. Aku nak pergi mandi. Cukuplah resolusi 5 je. Kita kena letak benda yang insyaAllah tercapai. Jangan letak benda mengarut yang sampai kiamat pun belum tentu dapat.

Eh kejap Syud. Azam memiliki baby takmo letak? Oh, yang tu kita KIV kan. Lagipun, itu kerja Tuhan. Bak kata Tunang, 'Kalau Allah bagi rezeki anak, Alhamdulillah' :')