Engkau kelihatan sungguh terbengkalai. Seperti tidak ada pemilik empunya blog. Maafkanlah daku wahai belog *sambil tiup-tiup semua spiderweb* Hakhakhak.
Bagaimanakah kehidupanmu kini wahai Syuhada?
Excellante! Selain tinggal dua purnama mahu hidup sebagai gadis solo molo. Macam-macam kejadian telah berlaku lalu menumpahkan 500ml of tears. Sungguhpon begitu, aku tidak berasa tercabar langsung mahupun patah semangat.
Ayuh kahwin! *Haha bengong*
Malam ini dengan riang hatinya saya mahu berkongsikan tips mencari pakej Mak Andam bagi all bride to be di luar sana. Konon macam senang, tapi tak senang. Percayalah. Lagi-lagi untuk insan 'istimewa' seperti saya ini.
Mari kita mulakan. Let's!
1. Tetapkan Budget
Ini adalah sangat penting. Please please jangan goyah bila Mak Andam memberikan gambaran fantasi anda bakal kahwin di atas taburan bunga-bungaan. Lagipon, sungguhpun kahwin itu sekali seumur hidup tapi lepas kahwin engkau makan meggi je takda guna juga kan?
2. Tetapkan Warna
Jangan jadi macam saya. Oleh kerana rasa terlalu sibuk dan tengok harga Mak Andam semua macam nak menyumbat arteri, terus laju-laju decide Mak Andam tanpa survey baju betul-betul. At the end, terpaksa cancel off Mak Andam yang sebelum ni dan berubah pada Mak Andam lain.
3. Pastikan Anda Fit-In
YUP. Part ini terpaling penting. FYI (eceh), saya memiliki sepasang kaki unik berdiameter itik. HAHA. In fact dulu, ketika bersilat budak-budak lelaki suka menyepak seliparku lalu menghina-hina kaki aku yang dikira langsung tidak comel. Ceh! So, masalah terbesar saya adalah mencari kasut.
OK. Tiga je yang perlu kita highlightkan. Lain-lain lu pikirlah sendiri. Berbalik kepada masalah saya yang telah menyebabkan saya elmosi lalu tertumpah air mata atas keyboard, saya terus mencari solution. Iaitu, CANCEL-OFF the previous Mak Andam.
Yeah. You heard me right. Mak Andam sepatutnya adalah makhluk paling mesra alam. Dah kerjanya kena mesra-mesra kan? Tak payahlah nak berkira sangat dengan bakal pengantin. Apa diorang pikir kita bride to be ni cop duit hape?
Dahlah baju aku bukan colour yang dikehendaki. Dahlah kaki aku takda size (terpaksa beli sendiri if proceed on). Dahlah kedek takmo kasi baju extra untuk outdoor photoshoot. Dahlah macam tak bersemangat pastu asyik ugut-ugut cakap dia ada banyak lagi job waktu tarikh saya tu.
So I was like....Fineeeeeeeeeeeee! Ingat aku heraaaaaaan??!
Kepada Mak Andam di luar sana. Pleaselah faham kondisi kewangan kami. Jangan terlalu menekan. Lepas tu layanlah baik-baik sungguhpon kami (bride to be) ni banyak songeh. Yes. Kami banyak songeh sebab kahwin tu sekali je seumur hidup. Lainlah kalau dah pasang niat nak kahwin berkali-kali. Yang tu aku tak tau.
Harap-harap Mak Andam kali ni considerate dan boleh bertolak ansur dengan request saya. Nasib baiklah ada Encik Bakal Suami yang pergi deal balik dengan Mak Andam lama. I is very the gigil lutut. Dah tak boleh nak cakap.
Last-last aku ternangis di corong handphone. HAHAHAHA. Nasib baiklah dapat tunang sabar tahap melantun-lantun. Nasib baik :)
For the time being, saya berjaya induce tunang untuk sama-sama jog di petang hari. Pastu keciciran sebab semput. Kahkahkah. Nampak sangat tak fit. Nampak sangat dah lama jana lemak tepu berkilo-kilogram. Takyahlah jog sampai sejam lebih. Dapat satu dua round everyday pun dah cukup.
InsyaAllah, kalau kita istiqamah, by the time majlis kami, both of us will look like Merpati Tie The Knot. (Istilah buat sendiri) :P
No comments:
Post a Comment