Monday, January 2, 2012

Wedding Gift(s)

...or maybe my wishlist ;p

You name it. Kalau tidak berterus terang bukankah satu pembaziran orang bagi pinggan mangkuk periuk belanga walhal lepas kahwin engkau mungkin tidak perlukan mereka.

Eh saya perlu. Tapi bukan untuk waktu terdekat. Nanti bila dah ada rumah sendiri baru berfikir-fikir apakah yang perlu untuk melengkapkan sebuah rumah.

Untuk waktu sekarang, after menjadi seorang isteri (yang sengal-sengal ubi dan suka mencari pasal). InsyaAllah, what I really really REALLY want adalah kelengkapan sebuah bilik.

Actually tak banyak pun sebab bilik dah sedia lengkap. Cuma I love decoration things! Bagi aku mereka memang spesis comel. Mereka mencomelkan bilik sebagai hiasan. Haha (cakap bukan-bukan tambah belit-belit)

OK. Mari terus tanpa belok-belok.

Ini wishlist saya:

1) Lampu Tidur
Yang ini telah pon dibelikan oleh Cik Zahidah. I love you Sayang! *wink*

2) Blender
Tapi nak yang boleh blend ice. Hahahah. Demandnya engkau mak! Eh of course. Haruslah demand noks. Kalau dapat jenis yang ini tak perlulah I bersusah-susah beli Coolblog lagi Nyah. Blend dekat rumah je :p

3) Carpet
OMG! Aku rasa nak tampar diri sendiri laju-laju minta benda bukan-bukan. Kalau carpet haruslah kena bagi kotak sebesar sebuah kereta *exaggerate*. Hehe. Yang ni takyah :p

4) Comforter Set
Eh sebenarnya ini memang kegemaran terlampau saya. Kalau jalan-jalan pantang nampak bantal & cadar. Memang boleh menimbulkan sawan di hati. Hahaha. Tapi janganlah semua orang bagi cadar. Sumpah I tatau nak simpan celah mana nanti sebab koleksi sendiri pun dah sedia banyak. (dalam erti kata lain sebenarnya takyah)

5) Vas
Saya berniat untuk menghiaskan bilik dengan bunga-bunga tipuan. Tapi Tunang cakap nanti jangan jadi hutan khatulistiwa sudah. :)) In a way, yup. I need vases. Tapi berbahaya balut-balut pastu tak tampal sticker 'Fragile' dengan gambar pecah kaca pecah gelas. KAHKAHKAH. Err vas plastik? Takmo. *mengada-ngada*

Dah. Tu je. Jujurnya, I don't have any idea. Kalau orang tanya; 'Syud, nak hadiah apa Syud kahwin nanti?' dan some akan bagi double-hadiah *ceh konon* Eh of courselah. Hadiah kahwin & birthday. 2-in-1! Hehehehehe.

Tapi itulah. Idea yilek! Pochi'!



Kalau nak bagi duit pun best gak. Bolehlah digunakan di masa depan. Masuk tabung deposit future home :')

No comments: