Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 23, 2011

Kisah Tiga Gambar...

...yang actually takda motif pon kecuali nak bagitahu bestnya pulau. Bestnya bestnya! *Mereng*

Sungguhpon kulit sudah 5 tona lebih gelap daripada yang asal, tapi ada aku kisah? Yang penting, I had so much fun over there. Sudahlah dapat memeluk jerung (tipu). Dapat main kejar-kejar penyu (betul). Dapat memeluk bayi wangi (betul).

Eh kejap Syud. Motif bayi wangi masuk dalam entri ini? HAHA. Saja. Bayi wangi tu anak siapa entah. Tetiba je dapat peluk dan cium-cium sambil cakap wanginya wanginyaaa! Actually nak kiss pipi dia sikit tapi seganlah I. Anak orang kot. Kohkoh.

Saya suka snorkelling tengok coral and fishes. Saya suka dapat tengok shark makan. Lagi suka bila dia lalu bawah saya dan saya duduk diam-diam. Err suka ke nervous Syuhada? Hehe.

Both. :P

Paling marvelous waktu saya snorkel around the island. Kami jumpa sarang Nemo. Danial siap kasi kami pegang. OMG. Subhanallah. Dunia dalam air sangat indah! :)

After dinner kami main baby turtle. So comel rasa nak picit-picit. Dah siap rasa nak cium padahal bukan anak kucing pon. Kahkahkah.

Berikut (tiba-tiba); disertakan gambar untuk tatapan. Sekian cerita kita berakhir di sini saja. Saya mahu pergi Lala Land.


Bye bye!





No comments: