By: Mohd Asri Hj Zainal
Assalamualaikum w.b.t
“(Apakah kamu orang yang musyrik lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Saya ingin highlightkan tentang perbezaan orang yang TAHU dan TIDAK TAHU. Perbandingan ini Allah letakkan untuk cerita di awal ayat ini. Perbandingan antara yang kafir dan yang sujud kepada Allah.
Perbandingan yang Allah letakkan didalam ayat tersebut dengan memberikan pertanyaa apakah sama orang yang tahu (berilmu) dengan orang yang tidak tahu (kosong).
Maka, jawapannya adalah semestinya tidak sama. Kerana dihujung ayat itu Allah letakkan terus jawapannya dengan firmanNya yang bermaksud “Hanya orang yang berilmu (ulul albab) dapat menerima pengajaran”.
Maka dengan itu ternyatalah orang berilmu itu jauh berbeza dengan orang tidak berilmu sehinggakan Allah beri gelaran Ulul Albab.
Namunkan, adakah semua orang berilmu itu digelarkan Ulul Albab?
Jawapannya tidak !
Allah berfirman lagi di penghujung surah Ali Imrah ayat 190-191 menerangkan ciri-ciri Ulul Albab.
Firman Allah dalam ayat 191 yang menerangkan ciri Ulul Albab yang berbunyi :
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Zikrullah + Fikru Halqillah = Ulul Albab. Bermaksud untuk jadi golongan Ulul Albab ini bukan setakat mengetahui bahkan perlu TINDAKAN/ACTION (FIKRU HALQILLAH) rentetan dari Zikrullah tadi.
Jelas Allah mahukan golongan isitimewa Ulul Albab ini bukan setakat mengetahui bahkan dia perlu zahirkan ilmu(pengetahuan) dia itu dengan tindakan.
Subhannallah !
Lewat ini, ramai yang tahu/sedar kewajipan mereka sebagai seorang MUSLIM. Ramai yang tahu mereka golongan yang berilmu khususnya kita yang mempelajari ilmu agama dan dunia sejak dibangku sekolah rendah lagi. Bahkan ilmu kita ini bukan setakat mengetahu halal haram sesuatu perkara bahkan juga mampu meneliti kualiti sesuatu ilmu terseby. Tetapi, persoalannya adalah kenapa hari Ummat Islam Malaysia (tidak dikhususkan kepada melayu sahaja) makin hari makin hilang tujuan?
Jawapannya adalah kerana penyakit yang sedang melanda ummat islam hari ini.
Krisis identiti adalah masalah terbesar ummat islam malaysia. Semua seakan-akan tidak tahu Siapakah mereka, Darimanakah mereka berasal, Sampai bilakah hidup mereka. Senang cerita WH Question ! Who, When, What, Why and How !
Subhanallah !
Makin lama makin banyak kan ! Mesti semua perasankan? Hatta kita yang berada dalam kelompok mahasiswa/wi dan dalam kelompok persekitaran ilmu ini pun kadangkala tidak sedar kita juga mengalami krisis identiti ini.
Kalau diikutkan, berapa banyak sekolah agama di Malaysia ini yang telah melahirkan pelajar-pelajar agama?. Di Negeri Sembilan sahaja hampir berpuluh-puluh sekolah agama, sekolah tahfiz, sekolah agama sains dan banyak lagi. Jesteru itu, kalau diikutkan statistik tersebut dah bolehlah semua masjid di Malaysia ini dipenuhi saf-safnya dan dihadiri ramai kuliah-kulaihnya jika kita semua ini ULUL ALBAB.
Namun, macam disebutkan di atas tadi kerana krisis identiti diri menyebabkan hanya Tuam Imam yang bertugas dan Bilal mengikut giliran serta Siak yang bertugas sahaja mengimarahkan masjid-masjid kita.
Jadi dimana kita? Belum rasanya lagi masjid ini dipenuhi golongan muda. Hatta pelajar agama pun tidak memenuhi ruangan ini.
“Kami ke surau lah !”.
Tidak perlu hipokrit sebenarnya. Saya merupakan pelajar sekolah agama selama 6 tahun! Bukan ingin membuka pekung namun, hakikat yang perlu kita sedari bersama.
Subhanallah !
Krisis identiti ini ada ubatnya. Jika kita perasa dahulu ada pepatah arab yang popular sentiasa terpapar diruangan masjid. لكل داء دواء. Bermaksud setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.
Untuk masalah krisis identiti ini ubatnya ialah tanyakan kembali WH Question itu kepada diri sendiri.
Kalau ditanya Who Are You ? Jawablah, kita ini
Hamba Allah & Khalifah Allah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-baqarah ayat 30)
Jika ditanya Why Are You Here (Dunya)? Jawablah, didunia Allah jadikan kita
untuk memakmurkan bumi ini. (Albaqarah 30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-baqarah ayat 30)
Jika disoal What For? Jawablah,
kita memakmurkan bumi ini kerana beribadah kepadaNya (Az Zariyat 56)
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Jika ditanya kembali When You Start Believe in Allah ? Jawablah,
pengakuan beriman kepada Allah ini sejak alam ruh lagi. (Al-A’raf 172)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”
Jika ditanya How You Are Here ? Jawablah dengan
proses kelahiran iaitu dengan setitik ai mani yang hina. (Al Mukminun 14)
“Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
Jika ditanya untuk yang terakhirnya Where Are You Going After This? Jawablah, kembali
kediaman asal iaitu syurga. (AlHijr 46)
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”.
Kalau berminat untuk bertanya lagi, Tanyalah Who Is Your Enemy? Jawablah
syaitan yang bersumpah menyesatkan kita (AlHijr 39)
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Subhanallah !
Ayat-Ayat cinta Allah ini menerangkan sinaran jawapan pada kita. Namun, ingat jawapan ini bukan sekadar jawapan. Ianya perlu kepada usaha keras untuk mengembalikan identiti kita.
Moga selepas ini kita sedar tentang hakikat identiti diri kita sebenarnya. Jangan menjadi seperti kacang lupkan kulitnya apabila diberi nikmat kita Alpa tentang Dia. Wallahu’alam.
P/S:
Sharing is caring. I love every bits yang tertulis. Pastu mulalah menilai diri. Ya Allah, lembahnya HambaMu ini =(