Tuesday, June 19, 2012

My Amy

WARNING: THIS ENTRY MIGHT BE ANNOYING TO OTHERS. PLEASE PRESS ALT+F4 IF YOU DO FEEL SO ;P

Nah!

Siap bold dan merahkan mukadimah entri. Haha. Dalam bahasa mehla aku explain. Dalam bahasanya saya nak menulis entri bercirikan ke'kakak'an. I miss Amyzahrah. Uhuk uhuk uhuk *cry me a river*

Tadikan, waktu tengah nak pecah otak edit Fail Meja (eceh pecahlah sangat buat kerja mengedit), tetiba....

010-XXX-XXX (Tengah tak ingat nombor ni actually. HAHA) is calling.

"Hello Angah!"
Nada ceria si kecik tu as always la terus buat I rasa mencair-cair macam Cadbury dipanahi cahaya mentari. Cewah.

Dia pon cerita blabla dia tengah rehat, call guna public phone sekolah pastu aku tanya dah makan ke belum. Tup tup terdetik nak cakap camni;

"Eh, Amy call Angah kenapa?"

"Saja...Angah sihat?" ZASS! Terus rasa macam kena libas. Alah comelnya budak 7 tahun neh.

Gila terharu dia tanya macam tu. Rasa macam time tu gak nak terbang balik Selangor cium-cium dia puas-puas. She's my buah hati. Alolololo *touching dah haku neh*

You see.

Gini ceritanya, Amy lahir waktu saya dah berusia 18 tahun..eh ke 19? Jadi secara tak langsung dia membesar depan mata saya dan telah dijaga oleh saya juga. Tolaklah zaman aku busy dekat U, itu cannot do anything la. Tapi ada gak peristiwa bawak dia jalan-jalan pastu dia nangis dekat KL Sentral sebab nak SUSU! Hahahaha

Tu paling tak boleh blah 'cos saya terus bersila tepi escalator. Peluk dia kuat-kuat. Ambil botol dia dan tuang susu Dutch Lady satu kotak! :))

And everytime kalau angkut dia pergi mana-mana, orang akan assume dia tu anak aku! Hakhakhak

Orang mesti tanya gini;

"Ayah dia mana?"


Sebab dah malas sangat nak layan terus jawab; "Ayah dia busy. Meeting" :P



Nak kata 24 jam dia ni comel selalu. Idokle. Ada masanya she's a pain in neck! :P  Sebab manja maka usually akan buat perangai bila tak dapat apa dia nak. Tapi recently alhamdulillah. Dah makin matang dan tak mengada sangat. Hoho



Walaupon umur kami jauh sungguh bezanya. Dah macam anak sedara dengan mak sedara. Tapi kami super rapat! Saya ingat lagi time baru nak masuk U. Amy nangis macam nak rak. Tiap-tiap kali hantar saya ke Dengkil yang tak adalah jauh mana dari rumah, dia akan nangis sayu-sayu dekat tingkap kereta. Oh sungguh drama.


And the best part of her adalah....she never forget me :")

Aaa. Saya tak lupa dia jugak! Cuma saya ni ada masalah lazy bone. Iphone yang kengkonon canggih ni gunanya untuk kerja, bercinta dengan hubs and surf net je. Selain daripada tu saya memang very the lazy. Kalau saya teringat, si amy ni pulak tak angkat call! Haish.

Pastu kalau saya balik sekali sekala, dia akan hug takmo lepas. Hehehe. Amy amy, Angah rindu Amy :(



NAH!

I miss this moncong girl!

(Ni kalau dia nampak aku upload pic neh memang ngamuk la. HAHAHAHA)

P/S:
Thank you sebab call Angah. 5 minit pon rasa sangat bermakna :)

No comments: