I love pictures! Selain foto bercakap lebih daripada seribu perkataan. Foto juga adalah momento. Ada rasa manis, ada rasa pahit. Err. Kadang-kadang foto juga berasa kelat. HAHAHA. Maksud kelat di sini adalah bila engkau dah putus cinta, atapon sakit hati, ataupon rasa nak sekeh-sekeh beliau yang ada dalam foto. :p
Tapi, betullah kata Ibu. Foto dah tangkap, pastu simpan dalam almari sampai berhabuk. HAHAHA. Err, tapi maybe berbeza sedikit untuk Syuhada. Kalau Syuhada suka, dia akan simpan baik-baik. Letak dalam frame. Susun comel-comel atas meja. Pastu Amy angkut buat jadi harta dia. Kohkoh.
Hari ni saya mencutikan diri. Iaitu perbuatan sengaja-sengaja minta cuti. I have to be a professional babysitter. Jaga Amy. Jaga Opah. Lepak dalam hotel sambil tatap kabus atas gunung ni ha. Actually, kedua-duanya bukan baby.
Itu anda mestilah tahu bukan?
:D
Oh ya. By the way, saya perlukan bantuan. Adakah sesiapa tahu tempat apakah yang menarik untuk dijejaki? Sebab sumpahlah aku buntu. Satu; sebab aku bukan warga kota sejati. KL is so not my territory.
Dalam kepala otak. Tempat berdekatan yang orang cakap macam best adalah Taman Layang-Layang. HAHA. Setelah berabad lamanya tetiba nak jejak kaki main layang-layang. Comel sungguh perbuatan.
Lain-lain?
Tak tahu. Tempat shopping adalah so lame. Plus, bukan ada movie menarik pon. Kalau boleh (ini kalau bolehlah), saya tak naklah tempat bosan macam tengok movie selama 3 jam kemudian jalan-jalan makan-makan dalam shopping mall. Itu best buat dengan gadis-gadis saja. Sebab, girls & shopping mall adalah kamceng. Hihihiii. Lagipon, aku sengkek. Bukankah sedih masuk mall kemudian keluar tak bawa apa-apa hasil? :P
Mungkin patut panjat gunung. Berlari keliling jogging track. Dan main paintball? HAHAHA. Ya Allah, mencabar betul aktiviti dalam kepala otak aku! :))
Err. Sebetulnya aku takda idea. Biarlah takdir mensuratkan segalanya. Cewah. :))
Dahlah.
Habis merepek. Boii!
6 comments:
adah kat mana skrg nih???
dekat genting :D
ee nak cari tempat best utk honeymoon kah ? HAHAHA :DD
adikku: hish! ni apakah mengarut neh? :))
kahwin pon belum. tetiba cari tempat honeymoon? apakah? apakaaaah?
wah...bestnye gi genting.....
akak: haha. takda buat apa pon. duduk dalam hotel. makan tidur :p
Post a Comment