Friday, April 13, 2012

14.04.12

#Mari kita soroti entri setahun yang lalu. Cececeh. This is a backdated entry, bertarikhkan 14.04.11

Ini kisah biasa (tapi berciri luar biasa)

Sebab julung-julung kalinya terjadi dalam hidup. Jadi rasanya harus dicatatkan buat kenangan. Ewah apahal engkau ni Syud? Apahaaaaal??? :))

OK. Ceritanya begini. Hari ni saya tak tahu aura apakah yang telah terpancar dari muka saya sampaikan semua manusia di alam semesta *exaggerate* mencair. HAHA. Dahlah mereka tercair. Lepas tu ramai-ramai berkumpul duduk depan saya.

Padahal aku nak kasi ubat dekat sorang patient je. Tak pasti kenapakah mereka semua turut sama duduk menghadap.

Disini di selitkan sekali perbualan berciri aneh tapi comel.Ahahahahaa.

Pakcik: 'Dah kahwin?'
Saya: *Senyum* 'Err tak'
Pakcik: 'Apsal tak kahwin lagi?'
Saya: 'Takda orang nak kahwin dengan sayalah pakcikkkkkk'
Pakcik: 'Kalau pakcik pinang boleh tak?'
Saya: *Gelak* 'Untuk siapa?'
Pakcik: 'Untuk pakcik'

HAHAHHAA. Berguling-guling dibuatnya. Nasib baik berguling dalam hati je. Pakcik kemudian menyambung perbualan dengan menarik diri dan offer anak teruna beliau pulak. OMG Pakcikkkk.

Apakah ini?

Tapi sebab berasa menarik dan kelakar. Maka saya telah share perkara tersebut dengan seseorang. Dengan niat sekadar buat gelak je pon.

Tiba-tiba; seseorang itu reply sms begini;

'Ala jgn la terima.
Nanti Im nak pinang Syud dulu. Im serius' :)


Terus aku speechless. :))

Tapi dalam hati tiba-tiba ada Taman Bunga. HAHAHAHA Ajaibnya kehidupan.

P/S:
Sayang,
I love you won't be enough to express my feelings towards you. I am grateful for being your wife and hopefully you could be my Imaam, for the rest of my life and till Jannah. Amin

A year ago you're a stranger, but in a year you've become my husband :)

No comments: