Satu peringatan yang saya rasa perlu kita hayati. Kiraan di buat secara ganeral dan mungkin ada kesalahan dalam kiraan. Namun, mari kita ambil ia sebagai peringatan untuk kita lebih berusaha dalam beribadat di samping mengejar kehidupan di dunia yang hanya sementara.
1 Hari= 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti) Puratanya manusia meninggal -+65 tahun.
Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup di dunia
Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun
Wanita Baligh : -+ 12 tahun
Usia yang ada untuk kita beribadah kepada Allah Swt, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia; 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun= 18250 hari= 458000 jam
Gambaran Kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama.
Waktu kita tidur -+8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan, dibundarkan jadi 17 tahun.
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis digunakan untuk tidur, padahal kita akan ‘ditidurkan’ untuk tempoh yang agak lama sebelum menemui Allah Swt.
Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti di siang hari: Ada yang bekerja, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, tengok movie, chatting dan banyak lagi.
Waktu rehat -+4 jam;
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung dibuai khayalan.
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”
Kita tidak menafikan, memang benar. Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya semata-mata lilLah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…(Tidak Semua)
Kita juga tidak menafikan, memang benar. Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Bila Nak Beribadah???
Mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…! Karena kita fikir, solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurg. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 Waktu Solat = -+ 10 minit ….. 5x solat = -+ 1 jam(+solat sunat)
Dalam masa 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..??? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita. itu pun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun, dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering menggores perasaan/hati orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa.
Logiknya:
Bukan satu perkara yang mustahil buat kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana.
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat.
” Setiap Anak Adam akan melakukan kesilapan(dosa), dan sebaik-baik mereka yang berdosa adalah mereka yang bertaubat”
” Sesungguhnya dunia itu diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk Akhirat”..
Sumber: http://ahmadhuzaifahfauzi.blogspot.com
P/S:
Saya tak nak 2 tahun je. I need more!
2 comments:
syud,
first of all congrats dah jadi isteri! :) selama ni baca your blog senyap² je. hehe
tapi bila baca entri yang ni.... terkesan sgt :'( terima kasih berkongsi n bagi peringatan. me need more too! >,<
moga pengakhiran kita di kalangan yang terpilih. amin.
asma:
waaaa. tak sangka as baca senyap². haha. confirm tahu every perangai buruk syud :D
thank you. doakan perkahwinan syud kekal dan mendapat barakahNya :)
yep yep. me too. amin amin
Post a Comment