....Sapi Dapat Nama.
Kalau lembu punya tahi. Siapa dapat nama? Confirmlah LEMBU!
Sebab? Tekstur dia sah-sah orang cakap tahi lembu. Silap haribulan kadang-kadang itu tahi Kerbau tapi Lembu tetap juga dapat nama.
Betul tak?
Kesimpulannya, Lembu memang champion! BRAVOOO!
Erk. Jap. Kau dah kenapa Syuhada cerita pasal tahi? Entah. Aku rasa busuk. Melekit-lekit. Tahi banyak sangat melekat dalam hati. Sampaikan aku rasa marah. Pergh. Marah tahap rasa nak tendang-tendang lembu tu. Nasib baik ada suami. Thanks Sayang, Sayanglah cool fever anje. *euwww geli gilerrrr* :))
Pesanan penaja: kami tidak pernah beranje-anje. HAHAHA
Sometimes, aku tak berapa faham. Kenapa ada certain-certain orang tak nak letak Tuhan dalam hati dia. Apa dia fikir dia hidup forever? Apa dia fikir Syurga Neraka tu tak wujud? Apa dia fikir tak ada azab ke mempermainkan hidup orang?
Kenapa aku cakap dia tak letak Allah dalam hati?
Sebab.
Orang yang ada Tuhan dalam hati, dia takut buat dosa. Dia takut menzalimi orang. Dia takut bunuh anak. Dia takut berzina. Dia takut berhutang. Dan banyak lagilah ketakutan yang panjang sangat kalau aku nak buat list. It goes on and on.
Bila aku cakap munafik. Terus menggelegak marah. Aik? Aku salah ke? Betul apa. Kalau tak percaya sila semak Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pasal definisi Munafik.
Munafik;
orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik.
Waktu kau susah. Kau datang dengan muka Malaikat. Habis semua janji-janji manis kau tabur dekat aku. Habis segala gula-gula. Nak gula apa? Cadbury? Daim? Almond London? Eh silap. Itu biskut raya.
Tapi lepas tu. Habuk. Yilek. Zilch. Nada.
Kau buat-buat bodoh macam lembu. Kau tipu aku hidup-hidup. Pastu kau kasi aku tersepit macam tikus dekat perangkap besi. Yang sakitnya siapa? Aku juga.
Sakit hati weh. Nangis air mata darah sekalipon keadaan tetap sama. Kau tetap penipu. Dan suami jelah tempat aku mengadu. Tempat aku peluk. Sembam muka dalam-dalam. Nangis sampai mata bengkak sebengkak-bengkaknya. Kau ada kisah?
Tak.
Manusia jenis apa pun aku tak tahu kau tu. Oh. Hipokrit itu dah pasti. Tapi mungkin ada nama lain untuk kau. Yang itu sangat pasti.
Puas aku merayu. Rasa macam nak melutut. Berjuta-juta kali aku begging. Tapi kau? Tetap buat bodoh. Tak ada hati. Tak ada perasaan. Tak ada otak.
Sebab kau juga. Aku terpaksa main kutu. Desperate.
Sebab kau juga. Aku bergaduh dengan Mak aku sendiri. Kau ada kisah? Tak ada kan? Tak ambil port. Heh. Time aku susah kau buat bodoh dengan aku. Padahal yang menyusahkan aku kau juga. Tup-tup. Allah buka jalan untuk selesaikan satu daripada berjuta masalah yang kau buat.
Tup-tup juga kau datang minta keadilan.
I was like....whattt??? Adil kepala hotak kaulah. Meh sini aku ajar kau apa erti adil. Meh sini aku campak kau dalam longkang. Mahu?
Satu yang pasti. Kalau kau tak nak main bangsat dengan aku, selesaikan satu masalah ini. Lepas tu masalah yang kedua tu kau selesaikanlah juga. Kalau kau tak selesaikan juga, satu yang pasti. Aku takkan halalkan. :)
Sebab?
After dah kena tipu. Kau ingat aku Malaikat? Aku tak maksum. Jangan guna ayat '...sedangkan nabi ampunkan umat'. Aku bukan nabi. Kau lap dulu semua tahi. Baru aku maafkan.
Kau main bangsat dengan aku dulu. Jangan cakap pasal keadilan kalau kau sendiri tak tahu Neraka apa yang dah kau cipta untuk aku.
P/S:
Aku bukan maksum. Banyak lagi dosa dan cela aku nak minta Allah basuh. Tapi kau? Ingat satu benda je. Dosa dengan Allah, kau boleh minta ampun dengan Dia. Tapi dosa sesama manusia, hanya manusia yang kau buat salah tu je boleh ampunkan.
3 comments:
Ibu punya susu...brapa ramai yg ingat ek?brapa ramai yg hargai..?
Ibu punya susu...brapa ramai yg ingat ek?brapa ramai yg hargai..?
nuzai: ibu punya susu ramai dah tak ingat lepas dah besar. sebab tu Allah suruh doa; "ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku MASIH KECIL"
sort of reminiscne supaya ingatkan ibu :)
Post a Comment