Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 21, 2012

Isu Campor-Campor


Jujurnya. Entri kali ni aku nak taip secara campor. Ikut suka. Ikut suka suka hati aku nak tulis apa. Haha

Isu Pertama: Pemandu Lorong Kiri

Aku cukup marah dan anti macam Neraka dekat orang yang drive lorong kiri pehtu kedekut nak bagi orang masuk lane tu. WTH. Engkau ingat lane tu dicipta untuk kau sorang je kah? Oh. Sebelum aku mengarok lebih panjang, nak bagitahu situasi yang telah membina bahang dalam hati aku. Haha

Gini.

Kalau korang orang JB. Dekat jalan Tebrau ada lorong ke KIRI untuk memasuki Ponderosa. Betul-betul depan Kedai Kereta Secondhand. Kebetulan tadi nak balik saya ni datang dari arah bandar sebab ada meeting. Setelah U-Turn maka tetiba aku duduklah di bahagian paling KANAN. What to do. Jalan tiga lorong.

Pehtu kan. Aku pon kasi signal. Tick tick tick *sound effect* nak ke kiri. Haram. Susah nak mampos nak ke kiri. Ditambah kehangingan adalah bila motor pon sibuk nak mencelah sambil pin pin sesuka hati grandma dia. OK. Lepas. Alhamdulillah.

Nak ke kiri lagi sebab lorong Ponderosa dah nak dekat dah. Tick tick tick again. OMG! Apakah? Korang ni dah kenapa? Ate bute ke mata kome? Aku penatlah kasi signal. Semua yang drive lane kiri jalan laju-laju takmo kasi aku masuk. Terus tersirap bandung darah aku! :))

Sampai satu tahap aku tekan hon kuat-kuat! Terpaksa. Tu pon masih ada lagi driver lane kiri takmo faham. Lorong aku nak belok dah dekatlah woiiiiii! Nasib baik satu kereta tu, Saga kot berhenti. Bagi aku masuk. Thanks. Abang memang macho sebab memahami.

Isu Kedua: Pesakit Ngek!

Maaf. Terpaksa guna Ngek sebab tak tahu nak bagi istilah apa. Hehe. Aku marah betol patient yang duo-ploh-pat-jam cari gaduh sebab kononnya ubat tu government yang bagi. Heh. Hello!!! Tolonglah sedar daripada mimpi takda maknanya government bagi kalau engkau tak reti hargai. Apa diorang ingat ubat jatuh dari langit? Ke tiap-tiap bulan kita email je gov dan automatik ubat terus jatuh ke dalam dakapan aku?

The truth is; I work for your damn drugs!

Meh aku story sikit the truth of ubat-ubat FREE yang korang dapat daripada gomen tiap-tiap bulan tu. Setiap farmasi akan dapat allocation ubat. Every single year. Tapi....apa kau fikir ubat tu order-order je terus dapat? Apa kau fikir aku takyah buat BTR? Nota Minta? Apa kau fikir aku takyah tunggu pejabat luluskan? Apa kau fikir lori tak perlu datang untuk buat penghantaran?

To make the scenario more worst. Ada sesetengah ubat ni, saya tak beli direct. Maksudnya ubat takkan sampai dekat saya dalam masa 14 hari berkerja. Ubat SPUB contohnya, kalau takda dalam klinik sendiri, terpaksa aku mengemis dekat Hospital/Klinik yang buat SPUB tu.

Dan sesetengahnya kena inden secara terus dari stor pusat. Oh. Sila ketahui bahawasanya selalunya ubat yang aku dapat adalah dalam kuantiti yang amat minima. Bermakna, kalau ada 5 patient, 5 ketul ubat tu jelah yang aku dapat. T____________T

Yang aku hangin tu. Penat-penat aku kaunselling, buat benda yang salah. Pastu ubat habis pergi maki-maki. Pastu push-push suruh bagi juga ubat. Rasa nak sepak je muka patient tu. Because of your mistake, someone might not get their drug. Cis. Terpaksa aku mengemis klinik lain pulak.

Sekali lagi aku ulang. I work for your damn drugs!

Dengan? Menjadi pengemis. Haha

Pastu kau suka-suka pecahkan insulin satu vial depan mata aku kan kan? Terima kasihlah encik, kerajaan memang BANYAK duit untuk encik membazir. Campak-campak je ubat-ubat tu. Kalau tak makan boleh simpan buat pekasam sampai expired.

Isu Ketiga: Kawan Selamanya?

Ada kawan cakap; "A true friend is someone who is always be there through your thick and thin." Maksudnya kalau kau busuk sekalipon. Dia kena tutup hidung dan hidulah bau busuk kau tu sampai pitam. HAHAAHHAHA. Eh ke aku salah? :p

Aku tak setuju. Tengoklah banyak mana thick kau tu. Banyak mana good times and bad times kau tu. Kalau banyak bad aku tinggalkan je. Aik?

Hehe. Taklah. Aku tak kejam.

Seumur hidup aku. Aku cuma ada kawan. Never a family. Tapi I am lucky to have Hubs. Dia telah melengkapkan hidup aku dengan his family. And In Sya Allah, our own child will get the best :)

My friends are the sweetest thing ever! Sampaikan dulu aku cakap dekat H.K, "Hilang boyfriend takpa. Jangan hilang kau." Haha.

Oh. Tak lupa juga girlfies I semua seperti Zahid, Amelia, Atiqah, Sya, Ucu, Najlaa, Zarena, Nad, Nina and blablabla (Eh ramai sangat. Yang lupa nak taip jangan touching)

Errr. H.K dan Hubs jelah kawan lelaki yang saya ada. Sobsobsob. Tapi tak kisah pon. Sebab? Bukan calang-calang lelaki boleh menangani keemoaan aku. Hanya mereka yang terbilang je :p

Dan keputusan aku untuk memilih H.K as bestfriend forever guy aku tak salah. Hehe. Alhamdulillah. Hubs dan H.K boleh borak-borak. And I'm so happy due to that! :)

Tak perlu emo or marah kalau orang takmo kawan dah dengan anda. It's his or her choice ;)

Dulu saya tak faham. Kalau kawan yang saya close gila tetiba dah tak close. Samada dah ada awek tapi pastu nyakitkan hati aku entahapapahal buat saya sentap banyak. Sama je dengan yang tetiba unfriend. Tetiba buang dekat fb. HAHA. Betullah aku yang salah. Macam entri INI *yang telah menciptakan pergaduhan*

Kalau saya masih saya yang dulu.

Maka aku akan jadi sangat susah hati. Nangis dan berendamkan air mata. Because I care too much!  Like I said before, aku cuma ada kawan. In fact sebelum tulis entri emo tu aku dah siap update fb;

Tapikan....

Because I still care (dan dah belajar untuk tidak too much), though I'm emotional. Aku tak delete dari fb. Aku takdalah cakap takmo kawan ke apa dah. All that I did was, aku customizedkan status fb aku :)

Kenapa?

Sebab I think my previous status was the one that cause the fight. Mungkinlah. Atau mungkin sebab aku ni cepat sangat terasa kalau orang cakap pasal pregnancy. It's just me and my hormonal changes. Cepat melenting.

So so. Aku customize sebab aku takmo terasa dah dengan dia. Sebab mungkin aku salah interpret rasa prihatin dia. Itu je.

So when he/she removed me from his/her fb. Aku diam je. Hehe. Tahu tapi diam.

Sebab?

It's her/his choice. Dan aku tidak akan terhegeh-hegeh pada orang yang tak mahu ada apa-apa hubungan dengan aku dah. Itu je.

Rugi ke aku?

Salah ke aku?


TIDAK. Tuhan lagi tahu apa yang terbaik. Mungkin ada hikmahnya. Aku pernah ada kawan lelaki yang baik selain H.K. Mula-mula aku sangat marahlah dengan dia sebab kitorang tak close dah due to unknown reason. Lagi-lagi bila dia dah ada girlfriend *tapi tak ngaku* dan mereka mula memblackshipkan aku dengan orang lain semata-mata sebab nak cover relationship diorang. Oh Tuhan!

Bukan sebab aku jealous ke apa sebab dia dah ada gf. Hahahaha. Oh please lah.

Mula-mula aku paneih hatilah juga. Dulu benci gila. Siap bila dah rasmi buat press conference and so on, aku pergi sound mamat tu. HAHAHA. My bad :p

Tapikan....

Sekarang diorang dah kahwin. Pehtu aku pon tak rugi sesen pon sebab H.K still ada apa? Tu tak kira lagi girlfies yang lain. Bukan nak berlagak cakap aku ada banyak kawan. Bukan.

Cuma nak highlightkan dekat sini. Rezeki Tuhan tu kita tak tahu macam mana. Rezeki berkawan selamanya pon kita tak tahu macam mana.

Hanya Allah yang tahu yang terbaik untuk kita. Hehe. So, kalau orang takmo kawan dengan aku, ADA AKU HERAN?

No. Lagi-lagi kalau kau yang decide takmo kawan. I'm emotional. But at the same time, I'm soft at heart. Ceeewah! :))

Aku ni marah sekejap je. Pastu dah lembut seperti gula-gula kapas. Harum dan wangi. Kahkahkah. Allah tahu apa yang baik untuk diri kita. Aku dah belajar dah dulu. Tuhan jauhkan kawan lelaki yang sorang tu sebab DIA tahu he's a pain in my neck.

Dululah. Sekarang dia dah kahwin. Kita ampunkan jelah dosa dia dan isteri dia terhadap aku. :D

Errr. Dah. Panjang bebeno entri aku kali ni. Tahulah esok cuti. Haha. Siapa habis baca memang champion. Nampak sangat korang takda kerja baca entri aku berjela-jela. :))

Ciaosinchan!~~


P/S:
To whoever that are still my friends, you are always in my heart. Yang lain Syud? Eh? bukan diorang ke yang telah melangkah keluar daripada hatiku? :p


No comments: