Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 18, 2011

I Love Shopping!

Tapi saya tak suka shopping bila rasa miskin ataupun banyak sangat benda nak di shop. Sebagai contoh; bila saya confuse nak sewa dulang ke nak beli dulang. OMG gila engkau? Satu dulang RM100+. Sembilan dulang? Makan pasir sungai lah jawabnya. T__________T

Jadi saya decide untuk sewa. Kot?

Kalau tak sewa tengoklah esok kot-kot dapat yang gorgeous dan berbaloi-baloi. Errr susahnya nak kahwin. Nak je ajak kahwin dekat Golok. Aik? Nak kena belasah ke Syuhada? :P

Kami dah decide. Hantaran kami adalah Tujuh berbalas Lima. This is my list untuk pihak Si Dia;

  • Songkok & Butang Baju Melayu
  • Baju Melayu
  • Coklat
  • Buah-buahan
  • Sireh junjung
  • Pulut
  • Kek

See? Betapa makmurnya hantaran aku. Penuh dengan makanan. HAHAHA. Gizi tak berapa nak seimbang di situ. Patut letak sayuran barang seikat dua. Eh sudah engkau Syud.

Dia bagi apa Syud? What what? Kami mahu tahu!

  • Cincin
  • Kapal Terbang (HAHA eh tak tak bohong)
  • Baju Kurung
  • Buah-buahan
  • Sireh Junjung
  • Kek

Patutnya aktiviti membridal adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tapi aku terpaksa meng-elmosi dahulu sebelum Zarena & Kak Gla laju-laju memujuk. HAHAHAHAHA. Jadi insyaAllah esok mereka bakal meneman :P

Kalau diorang tak teman tak apa tak apa. Jalan sendiri la nampaknyaaaa. Sobsobsob. Sekeping hati di bawa berlariiiii. Jauh...eh nyanyilah pulak dah.

OK.

Actually aku tak membridal lagi. Baru mahu men-engage. Hahahaha. Sedikit gedik di situ. :P

P/S:
Two weeks more to go *ketaq lutut*

4 comments:

NSMY said...

ada org tak sabar nampaknya...
tahniah in advance syud! jgn lupa post gmbr hari bhgia.. mahu tahu juga jejaka yg berjaya curi hati syud ni.. hehe

s.c.h.u.l.t said...

InsyaALLAH. dah ada photographer of the day dah. nanti adalah tu gambar. hehe. thanks for the tahniah.

dia bukan setakat curi. dia rembat secara laju-laju :P

Cahaya Kekasih said...

satu dulang 100++? dulang emas ke syud..hahaha.....mahai2...rugi2....rasanye sepatutnye x sp harga tu pun la...xtau la key ell kan :P

s.c.h.u.l.t said...

dulang tembaga :D

xbeli pon benda tu. malas. guna apa yg ada je. hehe :)