Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, June 2, 2011

Nora Elena

Semua orang sudah bosan dengar kisah cinta saya. Seolah-olah dunia hanya berputar di atas cinta. Eh eh? Mulalah aku mengarut. HAHAHA. Tapi hari ni saya taknak cerita pasal cinta saya. Eh baguslah Syuhada. Kami sudah bosan. Muak muak. Ceritalah pasal macam mana Ultraman melawan Raksasa.

Err yang itu takda dekat sini. Sila tengok siri kanak-kanak di kaca tv :P

Hari ni saya nak cerita pasal Nora Elena. Heh siapakah itu? Lowyar kah? Pemain musik kah? Kah kah kah? Err. Jawapannya of courselah TIDAK. Jawapannya boleh anda saksikan di kaca TV3 pada waktu Maghrib. (Tapi harapnya silalah sembahyang Maghrib sebelum melagha berangan tak tentu hala) Hihihi

Di bintangi oleh I-don't-know-siapa-gadis-kacuk-jelita-itu dan Aaron Aziz. Eh Aaron engkau kenal pulak Syuhada? HAHA. Aaron jejaka kacak Malaya. Oleh sebab aku ni wanita, of courselah aku kenal.

Sebenarnya kan. Takdalah layan sangat Nora Elena. Tapi sebab housemates yang baik-baik belaka rajin masak dinner dan kami akan duduk tengok tv sambil makan. So cerita yang selalu kami tengok ramai-ramai adalah Nora Elena.

Jadi mari kita semak apakah yang aku nak cerita pasal teledrama ini?

1) Teledrama ini berasal dari novel. Novel berasal dari tangan perempuan. Perempuan berasal dari...errr...takyah takyah. Korang dah tahu asal usul masing-masing. HAHA. Tapi basically nak cakap; teledrama ini adalah Angan-Angan Perempuan. Ahaks

2) Perempuan dan bunga adalah ibarat minyak dan elektrik. Eh ehh? Bila minyak naik, elektrik pon turut sama naik. Wakakakaka. Pendek kata, semua yang dilakukan Aaron terhadap Nora Elena adalah angan-angan semua perempuan. Eceh. Even kami tahu bunga tidak dapat mengenyangkan kami tapi mendapat bunga adalah ibarat menyegarkan biji mata. Dapat bunga buat hati turut sama berbunga-bunga. Agagagaa.

Tapi saya tak sukalah bunga warna warni sepah-sepah atas katil. Rangeela sangat. Saya paling suka macam 'Eiffel, I'm in love'. White roses memenuhi seluruh bilik. :)) *berangan*

3) Lelaki ingin wanita menawan. Wanita ingin lelaki kacak. Ececeh. Pastu masing-masing sila panggung. Berangan. Berangankan lelaki kacak membuat segala-gala perkara dalam cerita Korea. Dalam novel. Dalam filem Hindustan. :))

Padahal, lelaki macam tu wujud hanya seperti di atas. Eh anda boleh tambah kalau tahu other examples. Plus, menawan tu aset je. Aset tak kekal. Dah tua kerepot gak. Lalalala~

4) Cinta selepas kahwin itu indah. Oh yang ini saya setuju! Cinta sebelum kahwin? Oh, stressful! Macam Nora Elena dengan Ed. Gaduh sana. Gaduh sini. Gaduh situ.

Lagi?

Tetiba rasa bantal memanggil. Jogging penatlah. HAHA sangat tiba-tibalah aku ni. Dengan itu kita sudahi entri dengan ciao shin ciao! :P

5 comments:

eidaadie said...

yg b'lak0n dgn aar0n aziz dlm citer nora elena tu siti saleha. klu pnh tgk citer ustaz amirul, dia yg jadi isteri ustaz amirul yg pertama. btw, dia jugak adik sam bunkface. hehehe

Cahaya Kekasih said...

oh saya harap sangat ciri2 lelaki seperti yang dinyatakan di atas itu kekal pada "yang berkenaan" itu...bukan zaman tunang aje..huhu..


bercinta selepas kawen itu indah...harap sangat2 ia benar begitu..amin... :)


p/s: bercinta masa tunang ni pun bikin ati penat jugak kadang2..huhu

s.c.h.u.l.t said...

ida: ahahahaa. sam bunkface pon syud tak kenal. kekekee. tapi siti saleha ni cantik & memang 'saleh'a ;)

ck: kohkoh. ini kita panggil cobaaaaaaaaaaaaaan :)

nn said...

MEMANG ANGAN-ANGAN SEMATA-MATA!

tapi best lah berangan-angan. Seth cute! hehe

s.c.h.u.l.t said...

haha. seth cute & over romantic. :P hakikatnya, makhluk yang romantik macam tu mungkin hanya wujud di planet pluto. kahkahkah :))