Kadang-kadang bila tengok orang lain sedang berbahagia. Aku sedikit cemburu. Sedikitlah tapi. Eh kedengaran seperti saya tidak bahagia tapi hakikatnya tidak. Ku bahagia. Sila nyanyi lagu Melly Coeslaw eh Goeslaw.
Walaupon hakikatnya kebahagiaan itu bukanlah selalu. Maksudnya, takkan sepanjang masa dalam hati ada taman bukan? Kadang-kala aku rasa bunga dalam taman pon bisa kuncup disebabkan cuaca terlalu panas. ^%*%$%
Haih.
Complicated OK menjadi seorang Syuhada. Engkau takkan tahu bilakah masanya aku bertukar menjadi warewolf. Kadang-kadang silap kecil je. Tapi terus bawak ke hati. Dah bawak ke hati pastilah aku nangis sobsobsob. Saya ni sensitif orangnya.
Bukan setakat sensitif. Malah aku juga sangat demanding.
Tapi dalam pada aku demand, saya sebenarnya agak bertoleransi. HAHA. Tak caya sudah, nama kau Dolah kau duduk kampung sebelah, eh eh sudahlah.
Kadang-kadang bila tengok orang lain berbunga-bunga omaigoddd aku terus beristighfar dalam hati. Haha. Nak bunga-bunga macam tu tak reti. Nak cakap tak reti. Err, yes, menulis je saya reti. Membebel bukan-bukan lagilah aku reti :P
Malah. Memang sejak dari hari ITU, saya sudah pasang niat banyak-banyak tak nak buat perangai. Saya nak jadi baik. Tanak elmosi elmosi. Tanak cari pasal. Tapi dah pasal yang cari saya, nak buat macam mana? T___________T
Engkau tahukah perempuan itu makhluk yang bagaimana?
Perempuan mengada-ngada. Perempuan kuat merajuk. Perempuan selalu nak kena pujuk. Makhluk yang spesis ni kalau asyik ulang sesuatu maknanya dia nakkan sesuatu tu. Dan paling penting di antara terpenting, kami EGOISTIK.
Eh, ke aku je macam ni? HAHA
Dan aku amatlah penat untuk cakap direct. Aku penat bila semuanya nak kena start sendiri. Dulu tak pernah macam ni. Adapting someting could be so difficult. Ya Allah, kadang-kadang rasa nak give up.
:(
Itu kadang-kadanglah.
See? Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah. Suram malam tak berbintaaaaaang. Itulah lukisan...errr alam :P
Selalunya, aku menjadi redha. Aku amat-amat pasrah. Tapi dalam kepasrahan kadang-kadang rasa hati macam kena simbah asid. See see? Hiperbola disitu. Selain hiperbola, aku juga kerapkali rasa amat tercedera bila benda macam ni jadi sekali sekala. Haiyya!
Lepas tu mulalah aku usha orang sana. Usha orang sini. Pertikaikan itu. Pertikaikan ini. Ceh ceh. Sungguh tidak mulia perbuatan.
Dah tahu tak mulia apsal masih proceed on?
Sebab saya cuma manusia biasa. Yang punya hati dan perasaan. Ececewah. Manusia biasa yang demand. I'm not hipocrite OK. Kalau saya cakap nak, I will say. Mungkin bukan dalam bentuk yang direct tapi hint di sana dan di sini.
Bila topik yang aku cakap dipusingkan padahal hati tengah kobar-kobar, memanglah membawa baran ke hati.
Sebab tu kadang-kala aku sungguh tidak faham macam mana orang boleh nak dekat aku? Haiyya!!!!!
Bak kata Kak Gla; 'Sayang Syud kena sayang emo dia sekali' HAHA. Sesungguhnya kami datang in package. Bak kata omputeh - combo. :))
Bongekslah engkau ni Syuhada.
Ah sudahlah. Aku nak babai~
P/S:
Buruk hokeeey perangai aku. Tak faham kenapa orang sayang. Sungguh tidak faham.
6 comments:
reading ur blog rsa mcm bc novel sis! n i like it! =DD
ek? haha. ayat novelis neh. lalala~ *perasan mode*
batuk2..ada nama i kt sini rupanya :)
sabar ye syud..ini cobaan hidup. nak manis kn rasa masam, pahit, payau semua ah br kita akan tahu mana satu rasa sweetnye...
*pandai ckp tp ht pon sdg gelodak dan geledak jugak
nape ni syud....hehhe...bese la orang lelaki ni kadang2 x bape faham apa kite hint tu....tapi memang penat cakap direct sbb nanti rasa cam ngada2 sangat plak...
nanti QC jadinye [bak kata rijji~Queen Control :P]
eh sorry tak perasan tadi x tukar account....tadi komen tu CK tau..bukan rijji :P
kak gla: itulah. bak kata status saya semalam; 'Tak selalu engkau akan makan mangga manis. Kadang-kala terpaksa juga makan mangga masam' Hoho :)
ck: sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami.errr (eh belum isteri) HAHAHAHAA :p
Post a Comment