Thursday, September 22, 2011

Astaghfirullah

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Seperti yang pernah Ustaz Hasrizal perkatakan, Anak adalah cermin ibu bapa. Dalam perkataan pendek; REFLEKSI.

Kisah Soffiyya di TV3 yang menggantikan Kasih Alia meruntun hati saya. Hiba yang teramat bila ayah yang sepatutnya menjadi pelindung menjadi seekor haruan. Haruan makan anak. Ceh, kenapakah harus kita letak haruan? Kenapakah tidak kita letakkan seekor binatang saja?

OK. Harsh. Perkataan saya adalah harsh, I know.

Tapi bila memperkatakan tentang nasib seorang wanita, kadangkala saya begitu sensitif. Memang benar, wanita adalah golongan terbanyak masuk neraka. Malah wanita jugalah penyebab lelaki tertarik ke dalam neraka. Wanita akan menarik ayahnya. Wanita akan menarik saudara lelakinya. Lelaki akan menarik suaminya. All of this happened.

Tapi.

Mulia sangatkah lelaki untuk memperlekehkan wanita? Mulia sangat ke lelaki yang merasakan diri mereka perfect? Mulia sangat ke lelaki yang mencari setiap inci kesalahan orang? Menuduh akan sesuatu tanpa bukti dan 4 orang saksi bermakna FITNAH!

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Tapi asal kejadian kami masih lagi dari sebahagian dari kamu wahai Adam. Kami tidak sempurna dan begitu juga kamu. Kami perlukan perlindungan. Kami perlukan kasih sayang. Kami perlukan Imaam dalam hidup kami.

Saya sangat tidak faham kenapa manusia suka mencari kesalahan orang lain? Kenapa tak boleh let by gones be by gones. Kenapa harus perasan bagus?

Tak bolehkah hidup aman damai, sentosa, bahagia?

Tak bolehkah?

Cannot meh?

Astaghfirullah. Saya cuba untuk tidak marah. Apa yang boleh saya buat adalah bertenang. Sambil ditenangkan oleh tunang dan kawan-kawan. Kemudian saya mengadu pada Dia. Tak apalah kalau manusia cakap saya ini beban. Tak apalah kalau manusia cakap saya ini pembawa dosa.

Now, you tell me, siapakah yang begitu maksum di muka bumi ini selain Nabi?

Jawapannya; NO ONE.

Jadi jangan berani menghukum seseorang padahal urusan dia dengan Allah hanya Allah yang tahu dan kamu yang tidak melihat, janganlah pandai-pandai memperkatakan mengenai dia padahal kamu tidak mengetahui langsung. Kamu tiada bukti dan bila kamu memperkatakan seseorang bererti itu FITNAH.

Eh dua kali dah taip fitnah Syuhada?

Hmmmm. Saya tidak akan cuba fight. Sebab takda guna fight dengan orang yang sentiasa nak menang. Biarlah saya mengalah. Biarlah saya terima segala tuduhan-tuduhan. Yang penting saya tahu orang yang sayangkan saya kenal saya.

Orang yang sayang saya tahu saya takkan buat semua tuduhan itu. Yang penting; 'Ana Abdullahi Walan Yudhi'ani' :)

Saya tahu kaum saya adalah kaum minoriti yang bakal menghuni Syurga. Selebihnya lebih banyak ke Neraka. Tapi saya berdoa saya tergolong dalam mereka yang bakal ke SyurgaNya. Biarlah hina di mata manusia, janji Allah tahu setiap perkara yang saya lakukan dan Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

No comments: