Aik? Sang Puteri tu spesis itik kah Syud? Eh shut up lah engkau. Aku tak habis cerita.
Sambung.
Seperti hikayat purbakala maka satu waktu sampailah masa Sang Putera bertemu Sang Puteri. Dah kalau ada watak Sang Puteri, mestilah kita kena bina watak Sang Putera. Bukan bukan bukan?
Kalau nak diikutkan, Sang Puteri ini sangat berlagak tak hingat dunia. Malah, pertama kali bertemu Sang Putera, beliau langsung tak merasakan debaran cinta. HAHAHA. Maka, kita boleh labelkan ini bukan Love At The First Sight. Bagi pihak Sang Putera, I don't know la. :P
Malah, Sang Puteri juga adakalanya sedikit pusing. Err maksudnya di sini confuse. Bukan pusing macam engkau kena motion sickness. Bukan bukan. Sebab Sang Putera seperti Chipsmore. Sekejap ada. Sekejap takda. Selain seperti seketul biskut. Sang Putera juga boleh kita bagi kata bidalan Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam.
Maksudnya di sini; ada masanya dia macam sabut. Timbul dan boleh chat-chat. Ada masanya dia macam batu, chatting pastu Tenggelam (hilang). Pastu tetiba wish selamat malam. HOMAIGOTT. :))
Mengenai bagaimana mereka bermula itu engkau boleh selak-selak post-post lama. Malas dah nak repeat berkali-kali. Hehe
Jadi apa yang menariknya pasal Kisah Tuan Puteri ni?
Actually aku lebih suka cerita pasal Sang Putera. Sang Putera ni orangnya manis. Dari segi perbuatan he is very the sweet. Although pada mulanya aku merasakan beliau seorang stalker! Tapi tapi, akhirnya aku menyedari; I love sweet stalker! Daripada sweet talker. Cakap je manis-manis pastu bagi aku habuk. Ceh ceh. *Buang kisah lama dalam dustbin*
OK. Mari kita sambung cerita.
Pada satu hari, setelah dipersetujui oleh orang ramai maka bertunanglah Sang Putera dan Sang Puteri. Eceh orang ramai ke korang berdua Syud? Eh mana ada aku cerita pasal Syud. Tengah cerita pasal Sang Puteri ni! Heshh korang nehhh :P
Sang Putera, sejak mengikat Sang Puteri dengan tali pertunangan. Cewah. Beliau ni jadi super duper hyper. Haha. Err kami tak percaya Syud. Bukankah engkau makhluk Tuhan paling tak reti shut up? Eh, aku bising. Bukan hyper. Sila take note. Hehe.
Actually, pernyataan di atas satu gurauan semata-mata. Apa engkau percaya ke muka innocent lagikan suci itu hyper? Beliau tidak hyper. Beliau cuma sangat sayang (a.k.a over caring). Which of course aku suka. Kemudian, the best part of everything adalah....
Kawan-kawan Sang Puteri kebanyakkannya frustrated sebab vacation plan asyik tergendala. Busy kerja. Busy macam-macam. Busy macam busybody. Eh eh tak. Lalu, Sang Puteri telah main tawar menawar dengan Sang Putera. Berikut conversation secara tak berapa betul antara kami (yang telah diolah supaya tampak menarik) Hakhakhak.
Sang Puteri: 'Kanda, after kahwin boleh tak Dinda nak pergi jalan-jalan dengan member Dinda?'
Sang Putera: 'Nak pergi manakah Adinda?'
Sang Puteri: 'Err. Oversea ke? Ala bukannya lama berminggu-minggu. SEMINGGU JE'
*Sang Putera buat muka macam tak berapa puas hati. As if SEMINGGU TAK LAMA?* :))
Sang Putera: 'Nanti Kanda fikir' (Actually memang telah ditolak sementah-mentahnya sebab Sang Puteri takmo bawak dia sekali. Hahahaha)
Lepas tak jadi plan oversea. Kita ubah jadi Sabah atau Sarawak. Pastu kita dengar pulak apa kata Sang Putera.
Sang Putera: 'OK. Kanda ikut sekali' Hahahahaa. See? Jawapan yang sungguh takmo kasi lepas :P
The comellest part of everything adalah pada satu ketika, salah seorang kawan Sang Puteri telah beria-ia nak dengar jawapan dari mulut Sang Putera sendiri. Maka Sang Puteri pun gagahkanlah on loudspeaker iPhone beliau supaya lebih mudah berkomunikasi.
Kawan Sang Puteri : 'SPutera, Boleh tak saya nak bawak SPuteri nanti? Nak pergi Singapore'
Sang Putera : 'Eh kenalah tengok details dulu'
Fuhhh. Sungguh kedekut! Hahahaha. Sudahnya memang tak dijawab dengan anything. It's not YES and it's not NO. But I bet, it can be YES if Sang Puteri cakap; 'Marilah Kanda, follow lah kami. Tapi nanti kalau Kanda bosan Dinda takkan bertanggungjawab atas sebarang rasa keterabaian nanti' Hahaha
Yes. I'm his Darling Princess.
.....and I love to be his Darling. Hehe.
P/S:
Saya tak tipu bahagian conversation ini telah diolah. Err. Setakat ni aku belum buang tebiat nak berkanda-dinda secara live. Haha. Time sengal ubi adalah ter-sms macam tu. Lalala~ :P
No comments:
Post a Comment