Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 15, 2011

Review: Kasih Alia & Lelaki Lampi

Membuat sebuah review adalah sangat kaddang-kaddang. Err actually, jaraaaaaaang jaraaaanggg. Tapi kali ini, hati tengah tango nak buat review. Maka kita layankan saja. OK?

Eh engkau tak nak layan takpa. Boleh shoo away :p

Saya tengok Kasih Alia; kaddang-kaddang. Sama jugalah dengan kes Nora Elena. Tapi selalunya tertengok sebab menanti azan. Jujur. Aku tak pernah cair dengan cerita Nora Elena. In fact setiap kali tertengok selalunya akan gelak berdekah-dekah sambil berguling-guling di ruang tamu. Hehe

Hari ni Kasih Alia berkisarkan proposal Eric kepada Alia. OTK (Oh Tuhan-ku!) Aku amatlah mencair tahu? Mencair-cair melihat Eric shy shy cat. Malu tapi mahu. Hakhakhak.

Sambil terkebil-kebil Eric cakap; 'Alia, saya akan tunggu sampai awak bersedia nak pakai cincin tu, saya takkan memaksa'.

Alia buka box cincin, slowly sarungkan cincin batu purple ke jari manis. Eric senyum; 'Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab kurniakan cinta Kasih/Alia'

Mesti orang pelik apsal aku terpesona. Padahal biasa-biasa sahaja. Mereka kata Eric itu lampi. Bagi saya lampi itu comel! Lampi tu sumpah menunjukkan dia bukan player. Macam Tunang saya. Hehehe.

OK. Selitan kisah kami semalam.

Waktu Maghrib Mi Amore mengajak iftar di gerai Nasi Lemak berdekatan rumah beliau. Sampai-sampai je azan berkumandang. Lalu tangan terus laju sambar milo panas milik beliau. Hohoho vitamin B6 daripada 48 pisang.

Actually waktu sampai saya terpesona [killer confession]. Saya sentiasa terpesona bila jumpa beliau in clean shave. Muka beliau suci seperti bayi yang baru dilahirkan. =)) *exaggerate*

Kalau tak shave selalunya saya menyangka beliau itu ayah kepada beberapa orang anak. HAHAHA. Encik Tunang, sila jangan baca :p

Malu I nak tatap lama-lama. Terus tunduk memandang bumi. (Padahal tunduk mengadap Nasi Lemak) Ahaks ahaks.

Bila tengok Eric, terus teringat Tunang. Lebih kuranglah kelampian mereka. Their sincerity? Duh. Need to ask meh?

Their sweetness?

It comes from their sincerity. Maka dengan ini di admit; SAYA SUKA LELAKI LAMPI! Haha. Saya tak suka lelaki player macam Seth Tan. Habis semua gadis tersungkur akibat anasir-anasir yang kononnya macam romantik.

Lelaki macam Eric adalah rare. Spesis payah nak jumpa. Bila suka terus propose masuk meminang. Which; me likey likey a lot!

Sebab satu ketika dulu, waktu hati saya shredded into pieces. Saya pernah berikrar. Taknak bercinta dah. Siapa nak saya kena terus meminang. Err. Tapi tidaklah aku membuat pengumuman secara besar-besaran.

Apa engkau fikir aku diva?

Lelaki yang bersepah adalah yang asyik nak ajak bercinta tanpa hala tuju yang pasti. Takpon ada prawn behind stone.

Eric itu lelaki berkualiti. Payah dah nak cari zaman sekarang ni. :)



P/S:
Encik Tunang, awak spesis yang rare itu juga. No worries. Hehe :P

2 comments:

nurnuha said...

hye syud.thanks for understanding.im wishing and praying for the same type of guy...please pray for me as well. :P nice post..

s.c.h.u.l.t said...

Hye nuha. thanksie.

Semoga yang datang nanti paksinya pada Syurga, langitnya adalah Iman dan hatinya adalah kecintaan padaNya

Amin amin :)