Tuesday, September 6, 2011

Bila Rendah (When Down)

Hello Yellow Willow Lololo *mereng mode*

Bagaimanakah hari kamu Syuhada? How how?

Hari saya adalah worst. Penat lebih lebih lagi dengan kerendahan gula dalam badan. Bila gula rendah, automatik aku turut menjadi rendah akhlak. Aik aik? Ada kena mengenakah?

Of course!

Aku rasa melonglai. Lalu menyeret-nyeret kaki di Jusco seorang diri. Hidup tak berteman. Terbengkalai sendirian. Hahahaha. Pathetic gila kedengarannya bukan?

Entah. Saya berasa sungguh baby are you down down down down. Eh takyah tanya. Memang down. Diri sendiri turut berasa tak pasti apakah yang dimahukan dengan masa depan. Haish haish.

Bila down, maka SMS turut menjadi sepatah dua kata. HAHA. Tapi bukan semua orang alert. Bukan semua orang tahu aku sedang mengelmosi. Jadi ambil tindakan balik rumah dengan satu plastik penuh makanan yang dibeli secara sesuka hati.

Balik-balik, terus memeluk Snowbie ke dalam dakapan. Oh alertness. Snowbie adalah haiwan perliharaan terbaru saya yang berbulu gebu, bertelinga dua dan mempunyai gigi Waccup Doc! Snowbie memanjat-manjat saya. Mengigit-gigit hidung saya bila saya malas nak layan beliau yang mengada-ngada. Haha. He's cute and I adore him!

Tengok Snowbie terus hati berasa sejuk. Terus rasa tidak lonely. Eh ye ke?

Iye kot. Sebab kemudiannya telah bergolek-golek dan mengejar-ngejar bunny itu sekeliling rumah. Tapi kemudian mood down kembali bila Snowbie pon tak berjaya menghiburkan hati.

Sudahnya aku sumbat menatang tu dengan Twiggies banyak-banyak. Agak-agak dah kembung terus naik atas. Tidur dengan baju kerja. Ceh tak senonohlah engkau ni Syud.

Around 11 terjaga kembali. Badan telah mengalami perpeluhan tahap kritikal seperti berlari marathon 10km *exaggerate*. Terus mandi recharge diri dan menghadap Tuhan. Hanya pada Tuhan jelah aku boleh mengadu-ngadu dan berasa tenang.

P/S:
Orang lain sibuk tunggu panggilan kerja. Aku yang dah kerja ni banyak songeh rasa nak kena siku. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik buat Syuhada. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin amin.

No comments: