Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 3, 2011

Oh My Goodness!

Apakah mengarut sangat harga baju sampai 250 hengget? Itu boleh beli baju kurung berpasang-pasangan tahu? Maknanya anda dapat satu, tunang dapat satu. Ececeh.

Err tak tak. Suami pon boleh dapat satu. Boyfriend pon boleh dapat satu. Bukankah aku dah cakap, BERPASANG-PASANGAN.

Sebenarnya ini entri tak berapa nak faham dengan manusia.

Only kerana engkau tengok Hamis Malikha (eh salah eja) pakai cun. Maka anda pon perasan anda cun juga kalau dapat pakai. Maka bergolek bergadailah anda menghabiskan duit raya pemberian mokcik pokcik semata-mata untuk sehelai baju yang kononnya bakal membuatkan anda nampak gorgeous. Padahal, tak semestinya cantik di badan Hamis, cantik juga di badan anda.

Bak kata orang tua-tua; Ukur Baju Di Badan Sendiri.

Tapi kadang-kadang kita tak ukur. Selalunya kita ni jenis tangkap muat. Catch and fit. Sebab kita akan cakap; 'Eh dia pakai cun je. Aku pakai pon mesti cun jugak. Aku kan cun ^$%^#@%'

Tak tak. Tolonglah jangan perasan. Potongan badan kita semuanya tak sama. Ada epal. Ada pear. Ada Lai. Laici eh eh tak tak. Laici aku rasa sama bulat je dengan rambutan, oren dan sebagainya. Haha

Tak faham kenapa baju sehelai yang macam sama je takdalah-omg-super-gorgeous dijual dengan harga 250 hengget sehelai. Tak tak. Sangat tak faham dan tak nak faham. Kadang-kadang kagum juga dengan orang-orang terlalu kaya-tak-tahu-nak-buat-apa yang membeli baju secara online.

Err anda terkesan?

Boleh beli jika tak rasa melampau. Jangan hanya kerana engkau tengok model comel lote tayang baju terus engkau rasa OMG-this-is-gorgeous! Mari berbalik pada kata bidalan; 'Measure clothes on your own body'

Nak nangislah tengok baju super mahal padahal dari mata kasar (mahupon mata halus) aku kelihatan biasa-biasa saja.

Tidak.

Ini bukan entri menentang. Ini sekadar entri mengingatkan. Semoga saya tak perasan gorgeous lalu terbeli baju yang tak sesuai pon dengan body yang tidak super model ini. HAHAHAHA.

Eh apa gelak-gelak?

Engkau pon jangan gedik beli baju mahal-mahal. Melampau! :P


No comments: