Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 21, 2011

Terima Kasih Cinta!

Tajuk entri seperti novel. Tapi sajalah nak bagi entri macam cool padahal tak tahu pon sama ada cantik menarik tertarik kau memang tembam! (Maksud saya tajuk tu) :p

Pertama sekali. Terima kasih cinta. Terima kasih pengarang jantung tangkai nyawa. Sebab sentiasa ada untuk dengar saya mengadu bukan-bukan. Setiap hari kalau boleh nak mengadu. Setiap hari kalau boleh nak bebel-bebel. Tapi hakikatnya, aku tidak ingin mengadu setiap hari meskipon dibenarkan.

Waktu-waktu begini, tiba-tiba teringatkan satu ketika dahulu. Kawan-kawan suka mengatakan; "Nak ngorat Syud senang je. Bagi dia makan sedap-sedap" HAHAHAHA. Macam hahampeh. Even, actually, statement itu very the true! Yay!

Meskipon berperut comel. Tapi saya mempunyai nafsu makan mengalahkan seekor Gorila. Jika seekor Gorila mampu makan pisang bertandan-tandan, aku cuma mampu action konon-konon mampu. Padahal....HEHEHEEEE.

Bila tengok orang makan Mandy Lamb, nak makan Mandy Lamb. Tengok orang makan Cheese Naan, nak makan Cheese Naan. Padahal makan seciput pastu tak habis. Pastu EBS juga yang kena makan. Pastu makin bulat tunang aku. Hakhakhak.

For me, sharing is caring. Tapi tak sampai hati menculik makanan tunang. Karang dia lapar kasihan. Eh eh. :P

'Hi. Saya Zulaikha. Saya anak Mama & Papa'
Siapa Mama & Papa budak ni pon aku tak tahu. HAHA. Main culik je anak orang.

Sebab?

She reminds me very much to AMYZAHRAH!
Angah miss you sobsobsob

Macam hamster!! Geraaaaaaaaaaaaaaaam! Hehe

Tengok budak kecik memang sangat entertaining. Mereka mampu buat engkau tiba-tiba tersenyum luas-luas. In fact, tadi waktu tunang cakap; 'Nanti awak kena garang dengan anak-anak' I was like...hurm hurmm. Tak mahu. Saya tak mahu jadi garang. Saya tak mahu anak-anak depressi macam saya. Ececeeeh. Muka aku mana ada muka depress. :p

Cheese Naan bertukar ganti dengan Garlic Naan. Haha

Kekanda ku sangat baik. Kekanda ku selalu melayan kerenahku yang biol. Malah Kekanda ku tak pernah marah bila makanan tak habis sebab nanti dia habiskan. Hehehehe. Sejak sudah mendewasa dan hidup secara manja over here, saya tidak lagi membuat perangai anak-anak.

Malahan, saya rasa tunang sudah semakin pandai handle saya yang biol ini. Harapnya forever.

Biol-biol pon ada orang sayang. Oh lucky me! Terima kasih Tuhan! :)

Sayangku En.Imran,
Terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas kasih dan sayang. Ececeh gelis.

Sayangku En.Imran,
Jujur. Saya tak pernah rasa saya nak kahwin. Saya pernah rasa nak lari ke hujung dunia dan hidup sendirian. Tapi, bertemu dengan awak adalah antara sesuatu perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup ini! :)

Sayangku En.Imran,
Terima kasih sebab tak pernah fikir saya ini satu beban *nangis* Saya sayang awak so much. *nangis atas keyboard pulak*

Saya tak mahu 3, 4 dan 5hb datang. Dear won't be around adalah TIDAK BEST. Sejak akhir-akhir ni aku sudah pandai menjadi tamak haloba. Haih.

Dear Imran,
My heart's a stereo, it beats for you so listen close :)



P/S:
Kalau Sa tak cakap pasal berjauhan, actually, saya pon tak sampai hati jauh-jauh dari awak. Eh kronik sudaaaah. HAHAHAHA.

No comments: