Selamat Malam.
Err. Memang benar dewasa kini saya gemar berkongsi cerita-cerita. Sama ada fakta atau auta. Ha, yang itu kita tak tahu. HAHA. Hey sengallah engkau ni malam-malam hari Syud!
I love the smell after bath!
Lagi-lagi haruman shampoo Dove yang melembutkan rambut lalu membuatkan saya terasa seperti seorang bayi. Heh apa engkau merepek ni labuuuuuu?
Esok dia tak ada. Sobs. Haih kes berat dah aku ni. Wajibul ghunnah dinikahkan dengan kadar segera. Hahaha. OK bergurau. Kami ok. Under control. Setakat ini masih lagi di paksi dan orientasi yang betul. Belum weng weng :p
Maaf. Tiada foto untuk dishare. Ceh Syuhada. Kami bosan dah dengar alasan engkau tu. Kelak takkan ada yang mahu bertoleransi dan membaca cerita peribadi engkau dah. Aik? Jujur pon salah? Hehe
Tapi seriuslah. Sungguhpon memiliki seketul iPhone, namun masih tidak rajin membuat aktiviti tangkap gambar. Kalau boleh mahu saja saya share gambar DAUN KELEDEK. Sebab aku sungguh malu membangga diri tak semena-mena konon-konon pro padahal bila dah ke belakang rumah Wan aku terkial-kial.
Sebenarnya.....saya salah pokok. Kahkahkah. Bila dengar KELEDEK terus register dalam otak pokok KELADI. Ahahahaha. Malu weh rasa nak sorok muka dalam telaga.
Weekend memenatkan. Namun penuh dengan kecintaan. :)
I love goofing around dengan kanak-kanak. Mereka love Snowbie so much. Mereka love Kak Syuhada so much too. Ececeh perasan. In fact insiden paling tak terlupakan adalah bila si petah Ana bercakap;
#1 - 'Kak Syuhada kawan Abg Im ke?' (Sesudah berjam-jam kami main tak tentu hala baru nak tanya?). Lalu terkulat-kulatlah Syuhada serta tunangnya tak tahu nak jawab apa. HAHA
#2 - Ana tarik-tarik tudung saya sebanyak aku tak tahu nak storylah. Sudahnya, waktu solat Zohor dia beria-ia follow masuk toilet! Bila dah buka tudung dan nak berwuduk, tetiba aku tengok budak kecik sorang tu dah jadi statue. Mata tak berkedip macam nampak alien.
Ini huraian serta sedikit perbualan insiden #2
Kak Syu: 'Apsal tengok akak macam tu? Akak tak botak. Ada je rambut ni ha' *gelak*
Ana : 'Cantik rambut Kak Syuhada.'
Kak Syu: 'Ek? Hehe. Mekaseh' (Padahal apa cantiknya den sendiri tak tahu)
Ana : 'Alaaaaa.Janganlah ikat!'
Aik?
Marah pulak dah saya ikat rambut. HAHAHA. Comel sungguhlah. Sudahnya I told her nak ambil wuduk senang. Dua hari berkepit dengan Ana macam-macamlah dia bebelkan. Buat saya rindu pada Amy. Sobs
She is only 5. Amyzahrah is 6.
Malam semalam waktu nak tidur. Ana menyelit between kami. Sambil gaduh dengan Awa, tak habis-habis dia tanya apsal saya still dengan tudung. Apsal nak tidur pon masih pakai tudung. Err tak tahu nak jawab apa. Sudahnya aku main fight dengan dia. Don't pull my tudung Ana! :))
Balik kampung amatlah fun!
Dah lima tahun tak rasa balik kampung yang benar-benar seperti balik kampung. Dengan riuh-rendahnya. Dengan budak-budak asyik nak berkepit dan laung-laung nama macamlah saya ni diva. Makan seperti tiada esok. HAHAHA. Seriuslah. Ini kalau timbang mau dah naik berkati-kati T___________T
Apsal aku takda berasa seperti orang mahu kahwin sebab asyik melantak? Haiyya!
Dahlah lauk kampung best. Pastu bila balik dapat Gulai Asam Pedas pulak dah. Slurp slurp. Sebenarnya kalau nak buat perangai buruk pasti dah pergi cari sudu pastu ratah kuah. Haha. Hakikatnya, saya ni tak reti masak gulai Asam Pedas. Reti makan je.
Hahampeh bukan?
Pastu bukannya nak pergi menolong. Boleh pulak dah main Snowbie. Main bowling guna Wii. OK. Silalah reject I. I memang tak layak dibuat bini. Hahahaha. Sebenarnya nak tolong. Tapi tak tahu nak tolong apa. Sudahnya TOLONG TENGOK je. :))
Balik kampung sangat seronok! Ulang lagi ayat.
Saya suka balik kampung. Lain kali balik kampung saya bertekad akan rajin ke kebun. Tolong kira buah pisang ada berapa tangkai. Kahkahkah. Kali ni saya tak ke kebun sebab....
Semalam tidur-ku sumpah tidak lena. Badan berbintat-bintat hasil gigitan nyamuk-nyamuk durjana.Tahulah darah I manis!
Maka lepas Subuh sambung tidur balik. Ceh ceh alasan :p
Sebelum saya beradu; terimalah pantun gedik daripada Encik Tunang.
'Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan'
Pastu aku jawab gini;
'Perasan! Siapa nak rindu awak yang macam Doremon tu?' Hakhakhak.
No comments:
Post a Comment