Oleh kerana berukben 'sangat' memberikan kerjasama. Maka mari kita lupakan sebarang gambar untuk di upload. Tadi dah cuba dah. Serius dah cuba. Ingat nak upload gambar orang derma darah. Tapi %*^%$#. Never mind Syuhada. Bawaklah beristighfar banyak-banyak.
Memandangkan esok saya bakal pulang ke rumah ibu lalu menghadap wajah adik beradek tercinta dengan hati yang suka. Maka sebelum pulang, saya ingin sharing caring dengan anda semua perkara menarik di JOHOR BAHRU.
Tunang cakap lama-lama aku muaklah. HAHAHAHA. Biasalah. Baru jumpa memang impress lebih-lebih. Mungkin selepas ini akan menikmatinya setelah dua tahun tak jumpa :P
1. Kacang Pool. Ini antara menu hangat di JB. Ia adalah hidangan roti bakal berserta kuah kacang panggang yang berisikan daging dan diserikan dengan telur mata kerbau seketul, bawang-bawang serta cili hiris. Rasanya? Macam gravy coney dog A&W. Haha
2. Mee Rebus Haji Wahid. Err. Saya tak berapa pandai makan mee rebus. Tapi not badlah. But not to the extend yang mahu makan lagi dan lagi.
3. Meatball IKEA. Yang bertatahkan jem strawberry lalu disaluti dengan gravy light berperisa barbecue (Eh ye ke?). Diserikan dengan french fries yang gemuk-gemuk di atas pinggan kindergarden berwarna-warni. OK. Aku tipu. JB takda IKEA. Sob sob sob *kesat hingus*
4. Murtabak Singapore. Meskipun terletak di Malaysia. Namun, ini boleh kita kategorikan sapi punya susu, lembu dapat nama. Err. Maksud aku. Dah memang murtabak. Dah memang buat dekat Johor. Kenapakah Singapore juga dapat nama? *&^#$^&. Kalau agak-agak nak sangat murtabak Singapore. Sila ke Zam-Zam di Singapore. Sila makankan untuk Syud murtabak Rusa. Hehehehehe.
5. Steamboat & BBQ. Kedua-dua ini sememangnya bermaharajalela di sini. Like King I must say! Pergi sana nampak steamboat. Pergi sini nampak BBQ. Memang sangat king lah pendek kata. Nampak tidak pemakanan orang Johor sihat-sihat belaka? Sudahlah sihat. Boleh didapati dimana-mana pulak tu. OK. Yang tak berapa sihat kalau engkau sumbat banyak-banyak. Pastu takmo exercise. :P
Cukup kot 5?
Any penambahan boleh letak sendiri. Gambar tidak disertakan sebab aku takda daya. Kahkahkah. Entri sebegini memang membazir.
Fine. Takyah baca. Nak mandi dan tidur.
Esok tak kerja. Yahooooo yahooooooooooooooooooooooooo! *lompat katak*
P/S:
Sebenarnya rasa macam nak tutup blog. Sebab asyik di bawah pemerhatian dan menerima tuduhan-tuduhan yang hanya Allah tahu sejauh mana kebenarannya. If let say, I close this blog, would you (reader) mind?
2 comments:
Well syud, knape nk tutup blog sbb org lain?pendapat sy; no need..inikan personal blog..klu diorg xsuka,lantak kan je..ckp dgn diorg,dh tau xsuke knape baca gak?hehehehe..
maul: huhuu.. itulah. tapi kadang-kadang bila kita tulis ikut suka hati, suka suki je orang tu judge kita and I can't stop him/her for reading blog ni. sebab open :)
Post a Comment