Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 7, 2011

Gelap-Keluar!

Dalam istilah Caucasian; BLACK OUT.

Inilah. Saya nak cerita perihal kejadian yang tidak tersangkakan. Tadikan, after balik kerja. Rumah sungguh gelap gempita eh gelita. Tiada kedengaran sebarang bunyi. Sudahlah hujan turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum. Aik aik? Itu bukan iklan Cococrunch ke Syuhada?

HAHA . OK lah. Sambung sambung.

Tapi oleh kerana saya hendak menghadap Tuhan, pastilah mahu membersihkan diri. Baju kurung sudah ternoda dek kerana lopak-lopak air dari permukaan jalan raya. Err. Ayat engkau tak boleh lagi kompleks ke Syud? :P

Persoalannya sekarang, rumah gelap. Anda tahu tak perasaan nak mandi tapi rumah gelap tapi tak ada lilin?? T____________T

Fuh. Tekanan perasaan hoccay!. Tapi dek kerana mahu juga mandi, maka aku gagahkanlah diri mandi dalam gelap.

Tengah seronok main scrub-scrub dengan haruman Apricot, tetiba; 'KETING!'

HOMAIGOTTTTTTTTTT!!!!

Dengan laju-laju terus melutut ke lantai. Tangan teraba-raba ke kiri dan kanan. Tapi objek yang dicari tidak dijumpai. Tiba-tiba;

'PLUP!'

OK fine. Sejak bila engkau berputar masuk sana pulak dah? Makkkkkkkkkkkk nak nangisss!!

Bismillah. HAHA OK aku tipu. Gila engkau nak buat perbuatan semacam ni baca Bismillah? Actually pada saat itu aku berdoa dalam hati semoga saluran itu tidak dalam. I need to get my belonging back. Fast!

Tutup mata. Seluklah tanpa perasaan ragu-ragu. HAHAHAA.Tak apa. Dah gelap dah pon. Anda takkan tahu dah apa ada dalam tu. Rasanya semua bahan kumbahan sebelumnya telah selamat diflushkan. *ayat sedapkan hati*

Ya Allah. Dapat balik! Hooray!

Terus bertango dalam bilik air sungguhpon actually aku tak faham kenapa seronok sangat CINCIN RISIK saya melurut jatuh sehingga tergolek-golek ke dalam lubang......err takmo sambung :p





P/S:
Pesanan penaja - cari cincin biar betul-betul fit jari jemari anda. Kalau longgar maka macam-macamlah bakal jadi.Sebagai contoh; hari 1st pakai dulu, cincin saya masuk dalam pinggan berisi nasi dan lauk pauk. HAHA

No comments: