Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 30, 2011

Perkara Terbaru

Yang tak berapa baru dalam hidup saya yang rasanya everyone knows adalah; I'm obsessive over my weight.

Bagaimanapun, sejak mengenali Mr. Fiance (saya sangat menggemari perkataan 'fiance', ianya manis). Aku takda O.C dah. HAHA. Malah menu diet makan sayur atau rojak hari-hari telah saya campak ke dalam errr...ke dalam dustbin. Discard. :P

The best part of it, sudah seminggu saya bertukar tempat kerja kembali. Kemudian ditegur oleh rakan-rakan kerja lama;

'Eh apsal nampak dah semangat ek?'

'Sebab saya dah berbulan-bulan tak diet'

'Apsal dulu diet?'

'Dulu diet sebab takda pasangan, sekarang tak diet sebab dah jumpa pasangan' HAHAHA macam sengal je jawapan. Tapi aku tipu saja.

I didn't diet sebab ada kawan rehat sama-sama. I didn't diet because I'm so happy. Plus, bukankah bila stress aku suka je jogging? Jadi kira imbal baliklah tu. Hi hi hi.

However, kata-kata yang aku sambut dengan gelak tawa itu masih dibawa ke dalam hati. Gila engkau tak cemas??? OMG. I hate perkataan gemuk! Maka tadi sebaik saja balik dari sesi hoye hoye terus sambar bateri seketul.

Encik Weight-Scale,
Khidmat kamu diperlukan kembali! Hiarghh!

Pasang-pasang bateri. Dada terus berombak cemas. Berdebar-debar seperti mahu disunting. Aik? HAHA tak tak. Terus aku pijak weight scale kaca ala kasut Cinderella itu. Lub dub lub dub bunyi jantung. Hak hak hak.

Wanna know my weight right now?
*Drum rolls*

56kg!

Syabas Syuhada! Hahaha. Actually, berat itu OK. Cukup-cukup OK. Berat akan mencemaskan sekiranya naik 5 anak tangga. Takpon sekitar 58kg ke atas. Itu memang bakal merunsingkan jiwa.

Plus, dulu-dulu ketika diet. Paling lebih pon turun sampai 54kg je. Tak pernah rendah lagi. Kalau rendah pasti aku sangat langsing rasa nak lesing. Pasti aku rasa akulah makhluk paling comel di hatiku. Hahahhaha.

OK lah tu. Naik setakat 2kg disebabkan makan nasi hari-hari. Makan breakfast dan lunch tiada henti kalau nak dibandingkan dengan aku diet dulu-dulu memang sangat-sangat Alhamdulillah.

:)


Lagipon, sudah hampir Ramadhan bukan?

To sesiapa yang membaca,
Ramadhan Al-Mubarak!

Semoga tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita. Semoga lebih banyak amal dapat kita lakukan. Ameen ameen.

Oh ya. Tahun ni saya berpuasa di rumah. Hooray hooray! Anda dimana? ;)



P/S:
Saya tak cemas nak cari baju raya. Saya lagi sedih sebab tak lama lagi nak puasa dan saya tak boleh sambut 1 Ramadhan. Sobs :'(

4 comments:

fazilah said...

bestkan lost weight tnpa perlu pk..i nih mmg tinggl mimpi jelah..tp ada semangat br nk lost 3kg sempena Ramandhan ni..Selamat menyambut Ramadhan juge

s.c.h.u.l.t said...

best gak berat dah naik. haha.

selamat menyambut ramadhan gak kak gla! :)

nurnuha said...

rugi la...kan~ :'(

s.c.h.u.l.t said...

nuha: agakla :'( *tapi nak buat camne. bukan rezeki. sobs