Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 8, 2011

Sekuntum Mawar Merah

.....telah selamat ke dalam dakapan saya.

Malah dipeluk-peluk sepanjang perjalanan seperti memeluk Snowbie. Haha. Peluk rabbit je boleh. Peluk suami belum boleh. Eh eh otak fius terbakar sikit malam hari ni. Minta sorry :P

Memetik kata-kata Chika; 'Perempuan dapat bunga takda beza sangat dengan kera dapat bunga'. Pasti teruja. Pasti tersengih-sengih seperti kerang busuk. Huahuahua.

Ambil nota. Ini bukan pertama kali saya dapat bunga. Tapi ini pertama kali saya dapat bunga dari insan tersayang (tolong tolak time convo please please). Cececeeee. Jadi haruslah kita catatkan. Yang tak sayang takyah catat. HAHAHAHA. Engkau ni kejilah Syuhada.

Kisahnya bermula begini.....

Saya mengalami kemurungan tahap rendah sebab sedang cuba mengadaptasi hidup di dalam dunia baru. Lalu turut berasa sensitif dan small liver. Lalu tercetuslah entri sebelum ini.

Sudahlah small liver. Malah si jantung hati juga (sedikit) kurang alert akan perubahan sikap Syuhada. Beliau hanya menyedari bila aku buat post dalam blog. Hahahaa. Thank you blog. I love you mwah mwah!

Pada malam yang syahdu, sambil aku ternangis-nangis dengan kulit kering, perbualan ini tercetus;

Mi Amore: Esok nak lunch sama-sama tak?
Saya: Takmo! Awak tak salah tapi saya nak merajuk dengan awak gak.*Cis! Mengada-ngada*
Mi Amore: Ala, baru ingat nak belanja ice cream
Saya: Heh. Ingat budak tadika?

Perbualan seterusnya terlalu meleret dan merepek. Jadi kita terus skip ke bahagian seterusnya. Haha.

Setelah cubaan mengajak lunch gagal. Esoknya saya telah berangan-angan si dia muncul di muka pintu sambil mengorat. Eh eh? :))

OK. Aku banyak sangat tengok cerita Korea. Kahkahkah.

*Ini angan-angan saja. Sila jangan contohi* :P

Mi Amore muncul di muka pintu. Patient tinggal secebis dua. Lalu Mi Amore terus datang ke kaunter;

Mi Amore: Cik, nak lunch date dengan saya tak? *sambil senyum*
Saya: Tak nak! *pura-pura jual mahal*

Tapi kemudiannya akur sebab dah cairlah kan kan. Gila engkau orang datang pastu ajak lunch tapi engkau tak nak? Pastilah terloncat-loncat dan rasa excited melampau. Hahahaha

Hakikatnya; ini kejadian sebenar.

Mi Amore meng-SMS. Lantas terus tanya nak lunch sama-sama tak. Pastu saya terus macam ni;
- 'Ceh. Ingat nak datang pujuk pastu terus ajak lunch. '


HAHAHAHA. Pleaselah. Mengada-ngada betul engkau ni Syuhada! Sorry again. Hanya engkau yang mampu (sila nyanyi ala Aizat). Lagipon, bilangan patient tidak terhitung dek jari jemari kaki dan tangan T___________T

Selang tiga saat pandang jam. Mi Amore dah duduk sekali dengan patient-patient.

1.15pm.

Ca-alif-but. Tata tata! Gasaklah ada patient ke takda. Staff-staff penyayang dikerah supaya kerja. Bos besar boleh pergi dating. Hoye hoye! Hehehe

We had GCB yang boleh tahan sedap. Rasa Roasted Honey Chicken. Sambil makan dengan comot. Hidung turut kena sos banyak-banyak kali. Rasa sangat sememeh. :p

2.10pm.

Sampai depan klinik. Berat bebanku, meninggalkanmu...separuh nafas jiwaku...err err Glenn Fredly please go away. Haha. Tiba-tiba;

Mi Amore: Awak, ni untuk awak *senyum*
Saya: Err. Thanks. *sengih*
(Terus tarik sekuntum mawar merah ke dalam pelukan. Kihkihkih)

See?

Kera dengan perempuan dapat bunga memang sama. Tersengih-sengih. HAHAHA. Kera sengih sebab nanti boleh menjahanamkan. Perempuan sengih sambil berzapin sebab bunga dalam pelukan turut memekarkan bunga dalam hati. :))

Ya Allah Dear. You're very the sweet lah.
I love you mucho!

Rajah 1
Sekuntum Mawar Merah

Rajah 2
Sebuah Puisi...
Untuk gadis pilihan..

Oooooo. Di bulan Februari. Eh silap. Ni tengah bulan September. Hahahahahahaa.




P/S:
Saya tak expect dapat bunga. Saya cuma memberangankan untuk di ajak keluar. Tarik balik kata-kata awak tak romantik. Awak sangaaaaaaaaaaaaaaaat romantik! :) :) :)

2 comments:

Diyana Safiah said...

sooo sweeeet...!! untungla dapat bunge ~ :)

s.c.h.u.l.t said...

Huhu. He's a sweet guy *simbol jantung berdebaran* hehe.