Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 6, 2012

Tak Ada Kerja

Hi Belog,

Maaf aku terpaksa update engkau memandangkan tak tahu nak buat apa dalam bilik ni. Usually bila cuti, suami cuti sama. Oh except ada sekali tu MC sebab sakit kepala yang teramat kuat. Me? I'm fine. Alhamdulillah. Tak meroyan ke apa, cuma kerisauan dalam menanti hari. If hari tu tak kunjung tiba maka D&C lah jawapannya, which Hubs tak prefer sebab dia takut saya sakit.

Sabtu lepas kami melawat baby Sa & Fakhrul. It's a girl baby. Comel pastu kecik je. 2.71kg. Nak pegang pon rasa takut tapi tak kira, aku nak pegang gak! Haha. Time pegang saya dengan Hubs senyum je. Padahal mula-mula ada gak terniat nak tanya barang apa nak prepare untuk berpantang.

But how could I? Orang semua tengah happy. Takkan nak buka cerita sedih pulak kan?

Errr. I know some of you risau nampak Syud ni terlampau 'brave'. Baru satu hari tak ada babies dah pergi visit rumah orang pulak tengok baby orang. In fact Kak Gla siap pesan dengan Hubs, "Tengok-tengokkan Syud tu. Dia ada habit suka nangis bawah bantal sorang-sorang" :)) Comel je. Ya Allah akak, I miss you :)

Time nak cari hadiah, saya suggest dekat Hubs bagilah Sit Me Up Cossy tu. Actually sebab saya tak sanggup nak simpan. Itu benda pertama yang saya gila-gila nak for our first babies. Hubs cakap tak apa, nanti ada rezeki lagi kita beli yang lain pulak :')

Jadi meninggalkan kami hanya dengan 2 pieces Cloth Diapers yang dibeli daripada Groupon. HAHA. Diapers tu tak apalah. Tak tahu pon mana Hubs sorok.

Bagi saya, cara mengatasi kesedihan adalah dengan face it. Lagipon bak kata Zaid, "Hang muda lagi Syud. InsyaAllah nanti ada rezeki lagi."

Pastu yang lain-lain ramai-ramai bagi support. Some siap cakap nak doa bagi kami dapat triplet pasni. Errr janganlah sampai triplet. Siapa nak jaga dek oiii? Huhu

Saya bersyukur sebab dapat suami yang caring, family in law yang supportive. Tak ada seorang pun yang blame saya or cari kat mana silapnya. Kami anggap tak ada rezeki. Allah lebih tahu.

Cuma yelah, sekarang ni saya tengah confuse tak tahu nak buat apa. Saya tak ada cramping, tak ada blood spotting. Cuma dua tiga hari ni pening kepala teruk. Sekejap OK sekejap KO. Selain daripada tu, memang tak rasa apa-apa.

Weekend kami berlalu dengan nak cari baju raya tapi satu pon saya tak gemar dan barang-barang pantang (yang aku pon tak tahu juga nak pilih apa). Last-last beli barang basah untuk masak iftar je. Hehe

Kononnya suami nak bagi aktiviti menyibukkan hari ni supaya saya tak terasa loner. Habis semua barang buat pizza dibelinya semalam. Siap cakap; "Ni pukul 1 tengah hari Sayang dah boleh start menguli roti dah ni!" :))

Tapi last-last waktu iftar, abang ipar beli Dominos. ;p Terus cancel nak buat pizza harini. Hubs cakap takkan nak makan pizza lagi?

Luar macam  nak hujan so saya tak ada mood nak ke bank tukar duit raya. Harap nanti Hubs boleh buatkan. Plus, Hubs dah download banyak movies. Kalau bosan tengoklah sampai pitam. Bosan lagi pergi baca Quran. Tak tahu nak buat apa lagi tidurlah sampai lebam biji mata.

Readers,
Doakan saya please.
I need doa really-really much.
Tolong doakan segala-galanya dipermudahkan.


5 comments:

nn said...

InsyaAllah... semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan.

You're a strong woman.

eidaadie said...

semoga ALLAH permudahkan segala urusan hidup akak. Insya ALLAH, kalau akak dapat triplets, bagi laa seorang kat saya. :D

s.c.h.u.l.t said...

nn: thank you. syud tak strong. tapi Allah is there and He strengthen me. :)

ya Allah, terima kasih banyak2 untuk doa tu. seriously need a lot of doa.

!3D@: a(2 harkat)-min(3 harkat)
aik? haha. nak seorang kena tanya hubs akak. hehe ;p

RieNa said...

bykkkan mkn sengkuang. sapu kuah rojak sedap tu. ada mak bidan pesan kat akak masa pantang keguguran dulu.org pantang gugur ni lain skit,benda panas sgt pun xleh,sejuk sgt pun takleh.

semoga cepat sembuh dr 'kesakitan' ini, amin.

s.c.h.u.l.t said...

kak riena: oh. ok. nanti syud try. tq for the tips! ^.^