Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2012

Kahwin! Mabrook! :)



Seseorang update dekat Facebook pasal hantaran. Tertulis begini;

Ustaz Azhar Idrus said:

CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000 dan ke atas...

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit

Pastu saya ni pon laju-lajulah komen. "Saya ni hantaran bawah 10K. Takyahlah ada semua ciri di atas. Boleh? :P"

I mean, what a big fuss. Kenapakah? Porque? Bila melibatkan duit, kebanyakkan lelaki semuanya nak berkira. Kalau boleh alang-alang dah bayar hantaran tinggi-tinggi isteri mestilah super perfect! Pandai serba-serbi. Eh, engkau ni nak cari isteri ke nak cari orang gaji?


Sebabnya kenapa saya protes. Terang-terang letak dekat situ CIRI-CIRI. Haishhhhhh! OK. The reason aku nak membebel adalah kerana bagi aku yang pernah terbaca status mengenai lelaki-lelaki usually mencari isteri solehah tidak salah.

Pernah satu ketika tu seorang perempuan update cerita dalam status yang kebanyakkan lelaki-lelaki soleh mencari wanita BERTUDUNG LABUH. Time tu tersentaplah sekejap sebab I tak pakai tudung labuh you ols. Hehe

Tapi....

Saya tak give up ;)

I still remember someone memberikan ayat ini pada saya. Tapi dah tak ingat siapa or terbaca di mana. Then saya ni pon laju-laju balas balik update perempuan tu.

"Pernah tak kita lihat Imam memilih Makmum dalam Solat? Tak pernah bukan? Kenapa lelaki dijadikan sebagai Imam? Untuk MEMIMPIN. Soalan wanita bertudung LABUH mahupun tidak tak sepatutnya menjadi persoalan. Kalau lelaki itu baik, InsyaAllah dia mampu memimpin isterinya"

Highlight saya dekat situ. Bukanlah maknanya lelaki tak boleh pilih wanita tudung labuh. Kalau ada rezeki pilihlah. Lebih mudah memimpin :)

Tapi lagi, yang sebenarnya saya nak share. Choosy itu lebih patut pada perempuan. Satu, sebab perempuan ni dah memang sifat alami dia CEREWET! :))

Dua, sebabnya seperti di atas. MEMIMPIN. Kalau kahwin, anda (yakni perempuan) cari Imam, sebabnya perempuan ni emo. Kalau tak dapat orang yang pandai pimpin dia alamatnya memang ke laut ah jawabnya :p

Tiga, sendiri pergi selak buku agama please. Engkau ada baca ke dalam tu tanggungjawab mengajar dan belajar banyak pada isteri? Tak. Hatta kalau isteri tak tahu mandi wajib sekalipon WAJIB suami ajarkan.

Tapi tak adalah maknanya isteri boleh suka suki blame suami kalau dia sendiri pon malas belajar. Haishh!

Marriage. Selama hampir 9 bulan aku nikmati ni adalah sharing and caring. Cececeh. Kalau aku tak pandai aku belajar. Kalau tak puas hati, aku tanya Im. Kalau Im tak tahu aku suruh dia cari jawapan pastu bagitahu aku. :))

Ada sesetengah perkara, Im amat rajin! Im rajin manjakan aku, basuhkan baju, lipat kain sama-sama, tolong masak, tolong makan. HAHAHAHA

Part yang Im malas, aku cari alternaltif. Saja-saja paksa dia belajar ayat Solat Duha. Suruh dia ulang-ulang sampai aku puas hati. Alhamdulillah, dia tak marah :D

Im tak ada sifat ego yang aku perasan kebanyakkan lelaki ada. See? Siapa kata engkau kena kahwin ustaz/ustazah? Siapa kata kau kena kahwin dengan labuh/labuhah?

But. Tak dinafikan kalau kahwin dengan mereka yang lengkap serba serbi ni rasa macam sejuk je mata tengok. Sweet sesangat :)

Pesanan untuk lelaki, bukan mudah nak pikul tanggungjawab seorang SUAMI. Sebelum berangan nak kahwin eloklah belajar banyak hukum hakam agama. Eloklah persiapkan diri.

Pesanan untuk perempuan, bukan mudah nak jadi seorang ISTERI. Lagi-lagi Isteri yang perangai macam aku ni :)) Oh, jangan lupa siapkan diri juga.




P/S:
Lately ramai kawan-kawan memasuki alam rumahtangga! Mabrook!

2 comments:

R.R.Z said...

setuju..

:-)

selalu tanye husband gak psl ni. same2 search bila ade benda x faham..lau nak tido, dia baca doa suh ikot apa dia baca. Tp dia tidakla alim dan sy masih lg tidak sempurna. sama2 belajar untuk memperbaiki diri.

s.c.h.u.l.t said...

rrz: good to hear that. semoga happy always. amin :)