Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, March 27, 2011

Therapeutic Drug Monitoring

Saya sedang bermood happy. Mungkin sebab gaji baru masuk jadi telah membelanja diri dengan sebotol air reverse osmosis, dua botol Vitamin E Blackmore, berkotak-kotak milo kotak (stok untuk kerja), biskut cracker dan sebuah beg baru. (Padahal baru dapat birthday present semalam, beg from Nina) Kohkoh.

Eh, tapi ini fakta yang macam tidak perlu. Mari kita bincang perkara serius. Mahu?

Heh. Aku tengah ada mood nak share knowledge ni, jadi kawan-kawan sila ambil perhatian. Err, especially yang ambil farmasi. Yang tak ambil tapi macam nak tahu pon sila-sila. Boleh baca dengan lafaz bismillah. :D

Hari ni, I would like to discuss on TDM (Therapeutic Drug Monitoring). Tapi, basic je. Yang lain-lain melibatkan kalkulasi. Iaitu, memerlukan formula, kalkulator dan otak. Tapi kalau otak agak-agak dah berkarat atau agak lampi. Sila brainwash dahulu sebelum bermula. Macam aku ni. HAHA

TDM selalunya dilakukan pada ubat-ubatan yang mempunyai narrow therapeutic index. Dalam bahasa layman term, kurang (sub-therapeutic) maka tidak effektif, manakala kalau berlebihan hatta sedikit pon mampu menyebabkan kesan toksik kepada pesakit.

So, di sini. Kita boleh nampak betapa pentingnya nak monitor pesakit. Sebab, adverse effectnya yang kita tak mahu. Kita mahu kesan therapeutic sahaja.

Dalam TDM, ada beberapa istilah yang saya nak share. Sebab saya baru saja termalu kerana selamba badak ke hadapan tapi jawab salah. :)) OMG. Memang siaplah esok. Tapi takpa. Yang penting semangat untuk mencuba.

Bukan?

Cmax adalah kepekatan paling tinggi (Maximum concentration), Cmin adalah kepekatan paling rendah. Tapi ini tidak bermakna peak adalah pada Cmax. Sebab kalau kita faham term peak, peak tu kan puncak? Kan kan? Tapi dalam kes TDM takdala puncak sangat pon. Cis!

Macam ni. Setiap kali kita ambil bacaan, akan ada Peak dan Trough. Trough adalah bacaan paling rendah, iaitu menghampiri sub-therapeutic punya level manakala Peak adalah bacaan yang tinggi, maknanya peak ni err..oklah oklah. Peak ni puncak, tapi tak semestinya paling tinggi :P

Peak kita boleh ambil sepanjang kepekatan (concentration) ubat ni nak turun. Faham?

Err. Tak faham boleh pergi baca dekat sini. HAHA. Peak ni pendek kata banyak bacaan la. Selagi ubat tu punya kepekataan sedang dalam proses menurun, selagi tulah boleh ambil peak ;)

Steady State pula (macam dalam gambar rajah di atas) adalah bila rate in = rate out. Di sebabkan sama, maknanya ubat dah stabil dalam badan. As you can see, bila peak dengan trough punya concentration dah sama dengan dua atau lebih dose, maka maknanya steady state sudah tercapai!

Selalunya, in general, steady state dicapai setelah 4 to 5 half life. Half life tu menatang apa Syud? Er, itu adalah masa yang diambil untuk sesuatu ubat menjadi kurang kepada separuh daripada kepekatan asal.

Dalam bahasa lainnya, steady state ni lah yang menentukan ubat kita tak toksik dan tak sub-therapeutic untuk pesakit. Jadi sebaik-baiknya ambil bacaan ketika dalam keadaan dah steady ni. :D

Ada banyak lagi benda yang saya nak share pasal TDM. Tapi so far, itu sajalah dulu ye?

Nanti bila aku rajin aku update lagi. Muahahahaa

P/S:
Sila klik Nuffnang saya. Sudah hidup balik dah tu. :))

6 comments:

SYUHADA said...

okay tetiba syud rasa gedik nak hambek course ni . pharmacy kan ? ;)

fazilah said...

konon nk menambah info lah dgn membaca entry nih..tp nyata sy bukan pharmachist dan tidak paham apa2..pembacaan terhenti skerat jln

s.c.h.u.l.t said...

syud: ambek2. tapi bertahanlah. hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintaaaaaaaangggg. *tetiba nyanyi* :))

akak: HAHA. takpa. yang penting semangat mencuba. he hu

e_zudeen said...

hye sis! assalamualaikum ! google punye google jmpe sudah! haha.. sya bca entry akak tntg farmasi (entry tu akak tulis thun lpas b4 akak kne p kerja 4 the 1st time esok harinye)..b4 that.. sya ex-foundation stdnts yg nk kne pilih kos degree.. n im really dem intrsted in this field!lpas bace entry akak tu.. lagi berkobar-kobar kot nk jd pharmacist! (doakn le dpt phrmacy!).. str8 to the point.. emm. sya nk tnye tntng pgalam akak yg sudah bkerja skrg..ce cite.. n mybe akn ade follow on qstions.. thx in advance!

e_zudeen said...

hye sis! assalamualaikum ! google punye google jmpe sudah! haha.. sya bca entry akak tntg farmasi (entry tu akak tulis thun lpas b4 akak kne p kerja 4 the 1st time esok harinye)..b4 that.. sya ex-foundation stdnts yg nk kne pilih kos degree.. n im really dem intrsted in this field!lpas bace entry akak tu.. lagi berkobar-kobar kot nk jd pharmacist! (doakn le dpt phrmacy!).. str8 to the point.. emm. sya nk tnye tntng pgalam akak yg sudah bkerja skrg..ce cite.. n mybe akn ade follow on qstions.. thx in advance!

s.c.h.u.l.t said...

oh. pengalaman?

akak buat satu entri ah nanti. panjang kalau nak bebel. HAHA