Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 29, 2011

Eid Mubarak!


Ya Allah at LAST!
Setengah abad aku menadah muka.
Berukben memang tak best.
Mummy, cepatlah pasang Unifi.
Cepatlah cepatlah!

P/S:
Ini video jemari gemuk-ku bermain piano iphone. Hehe. Selamat Hari Raya! ;)

Ramadhan 1432H

29 Ramadhan.

Hari terakhir umat Islam berpuasa buat tahun ini. Doa moga bertemu Ramadhan pada tahun seterusnya. Sebab tahun ini saya sedikit tidak berpuas hati dengan pencapaian rohaniah saya. Sangat kurang dan terbengkalai berbanding tahun lepas. Sangat-sangat jatuh merundum. Uhuks.

Tuhan, beri aku peluang bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Even saya tahu Ramadhan akan datang akan sangat BERBEZA dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini saya masih dengan keluarga. Masih lagi Gadis Pingitan. Cececeh. Pencapaian peribadi setakat ini adalah saya kembali menganyam ketupat (juga membuat Choc Moist)

Heh takdalah susah mana. Yang penting tangan tu kena lembut. Ewah berlagak pulak engkau Syud. Lesing nak?

Tahun ini adalah tahun yang LAIN DARI YANG LAIN. Mari kita conteng balik what had happened in 1432H;

01 - Pindah kerja. Pindah sebanyak tiga kali pindah. Hijrah kali ketiga adalah paling tak terjangka. Paling tak tersangka. I thought I'll settle down dekat dengan Mummy and adik-adik saja. Hidup ini weird. Setuju?

02 - Si Dia muncul. Err tiap-tiap kali orang tanya. Saya jawab macam ni; 'Jodoh jatuh dari langit' Hahahahaa. Memang pon. Angin tak, ribut tak. Tetiba nak bertunang. Semua orang kecosss.

03 - Memiliki another family. Ya Allah, sumpahlah yang amat-amat baik. Sangat terharu dan touching hati ni tiap-tiap kali singgah sana. Padahal aku rasa aku ni entahapehape. Haha. Dahlah entahapehape. Jujur terlebih pulak tu. Tanyalah apa saja. I won't lie.

Eh cukuplah tiga. Itu pun actually bukan pencapaian. Itu rezeki. Rezeki yang kalau fikir-fikir balik rasa tak layak pon nak dapat. Aku ni dahlah elmosi sokmo. Dahlah degil. Dahlah et cetera cetera.

Tapi Allah itu sangat baik lagikan pemurah.

Dalam ketidaksempurnaan diri, Allah hadirkan saya rezeki yang sangat melimpah ruah. Alhamdulillah. I'm so grateful for everything.

Thanks Allah.
Terima kasih sebab makbulkan segala doa.
Terima kasih atas segala-galanya.



Semoga saya (dan dia) dan (bakal) anak-anak kami nanti tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Amin ya Rabbal Alamin.

Saturday, August 27, 2011

Mucho!

"With his first hello,
He gave new meaning to this empty world of mine
He came into my life and made the living fine.
He fills my heart"

Yes.

Dulu saya tak faham kenapakah lirik ini begitu indah walaupon lagu Andy William bertajuk LOVE STORY itu bisa buat kamu terbuai-buai ke alam mimpi. Eh Syud, engkau takyah lagu pon dah boleh tidur. Bagi bantal je terus syahid secara pantas. Hahahaha

I'm in love with him and his family. :)

Mereka sangatlah baik. They've touched my heart. Straight terus ke tangkai jiwa. Tanpa restriksi. No belok-belok. Haha. It feels like I'm a part of the family. Kami boleh masak biskut dan bercakap secara bebas. Hehe

Tahukah anda perkara lain yang buat saya tersentuh?

It's my darling fiance. Sejak dekat dengan beliau. Aku memanglah terharu haru. Hari-hari kalau boleh nak terharu. Hari-hari kalau boleh nak cakap; 'I love you'

Tapi eh eh malulah. Malulah nak cakap. Nak taip pon malu juga. Ni tak malu sebab blog. Dalam blog aku memang insan tak berapa nak malu. Muahaha. Sebab kenapa nak terharu?

BANYAK!

Sangat-sangat banyak. Tidak terhitung jari jemari daku, tak dapat dibilang bagai bintang beribuuuuuuu. Tapi each and everything that he did was indeed very veryyyy sweet!

Tahap boleh kena diabetes aku ni kalau hari-hari dibagi gula. Haha

Everytime I see your face my heart takes off on a high speed chase. Hati berlari dengan laju seperti menaiki jet pejuang. Wakakakaa. Padahal hati aku takda kaki. Aik aik? Peliklah engkau ni Syuhadaaaaa.

Bila rasa nak sesat, mengada-ngada minta tunjuk jalan.
Bila malas, mengada-ngada suruh dia angkatkan barang.
Bila ngantuk, mengada-ngada bercakap sambil tutup mata.

Eh banyaknya mengada-ngada engkau Syud? HAHA. Entah. Sejak terberkenalan dengan dia memang diakui. Saya MENGADA-NGADA. Tapi dia nak je layan saya yang mengada ini. Camne? Heh tak dapatlah den nak nolong eh. :))

Cinta boleh dipupuk. Dulu saya tak faham macam mana nak pupuk. In fact saya tak faham macam mana untuk jatuh cinta lagi after hati saya kena cincang-cincang. Eh exaggerate. :P

In fact, saya percaya. Allah telah menemukan saya dengan orang yang sepatutnya mendapat hati saya. He is very sweet. He is my darling.

Dalam setiap doa saya kini, I wish he won't change. I wish he will always love me the way he do right now. Upgrade lagi takpa. Tapi jangan kurang. Hehehehe

Dear Allah,
Thanks for everything.
Finally I've found my saviour.
My knight in shining armour

:)

P/S:
Dear Carl, (Ewah. Engkau bertunang dengan caucasian kah Syuhada? Hahahaaa)
Awak sangat comel di hati saya. I love you and your family. Mucho! :)

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Hati

Hello World!

Ini Buah Hati saya. My saviour di kala aku berduka lara. Pendengar bila aku kerapkali membebel dan merambang entahapehape. Selalunya saya hanya cerita cerita dan cerita. Kali ni saya upload gambar bersama si dia :)

Kalau nak diikutkan, first time kami bergambar bersama adalah ketika kenduri kahwin Caha. Kemudian diikuti majlis pertunangan kami. Yang ini adalah gambar ketiga, gambar paling santai. Hehehehe.

Gambar gedik?

Gambar suap-suap?

Gambar close up?

Gambar kepala bercantum macam kembar siam?

HARAP MAAF. Itu tiada dalam kamus kami. In fact saya membantah dengan sekeras-kerasnya. Aku ni nampak saja macam tak malu padahal pemalu yang amat! Muahahaha sila percaya. :P

Lagipun. Sangat tidak manis berbuat sedemikian rupa. We know kami bukan muhrim. We know pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa. Kalau orang tanya korang ni bercinta after kahwinkah?

I will definitely say, 'Yes! Kenapa tidak?'

Anda fikir saya mengayat Sayang or Dear? Anda fikir dia panggil saya Baby (euw euww muntah darah. Hahahaa). Anda fikir kami bergedik-gedik sebut 'Sayang sayang...kalau sayang jadi bulan sayang nak jadi bintang tak?'

'Kalau sayang jadi pisang? Kanda jadi monyetnya tak?' :))

Meh sini aku lesing. Sumpahlah aku tak buat semua perkara di atas. Kami kawan dan sedang berusaha menjadi kawan baik towards each other. Supportive dalam setiap perkara. Tapi paling terharu mestilah dari dia, *nangis sambil lap mata guna tisu*

Saya bukannya comel mana pon. Tapi entah, tak tahu tang mana yang special sangat di hati dia. Hahaha. Sampai sekarang masih cuba merungkaikan misteri nusantara ini tapi nantilah, mungkin after kahwin nanti baru akan kutemui jawapannya. Haha

Dah dah. Nak mandi.

Boboyboyyyyy!

Tuesday, August 23, 2011

Pertembungan Kutub :)

'Allah doesn't give what you ask, instead He gave you what you need, the most'
22-08-2011, Monday at 8:57pm

Saya kira. Begitulah takdir saya. Takdir yang telah membawa hati saya jauh ke kutub Selatan. Satu ketika dahulu, bagi saya, lelaki terbaik untuk saya adalah yang pandai buat saya gelak sampai jatuh kerusi. Err OK buruknya permintaan. Haha.

Satu ketika dahulu, bagi saya, lelaki terbaik untuk saya adalah yang pandai membuat ayat Shakespear. Ayat yang bila sekali aku baca or di ayat je terus hati mencair bagaikan Cadbury dipanahi mentari. Cececeeee ayat kauuu syuuddddd. Tak boleh blah! Kira adik beradik Ayat-Ayat Cinta lah. Err motif?

Tapi, bila saya semakin matang (kononnya). Saya sedar, lelaki sebegitu kadangkala hahampeh macam hampas kelapa. Ahaks.

Apa engkau fikir Sonnet #18 itu; SHALL I compare thee to a summer's day? Thou art more lovely and more temperate bisa mencairkan hati? Tidak tidak. Yang bisa mencairkan hati adalah bila dia benar-benar tekad memperisterikan engkau. When he is always there to protect you. When he won't let you down nor leave you behind.

:)

Bagi dia, bila saya sudah sangat dekat dengan dia, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk jaga saya (within the range of orang belum berkahwinlah). And Alhamdulillah dear, you're doing great!

The more saya mengenali dia, saya rasa terharu haru. Even muka tak tunjuk tapi dalam hati sentiasa memanjat syukur. In fact saya telah membuat banyak statement menyesali perangai kanak-kanak saya pada dia dulu-dulu. Hehehe. Insaf mode lah pulak engkau ni. Kahkahkah.

#Apa engkau tak terharu ke bila bakal suami risau nak bagi engkau sewa rumah sorang-sorang?

#Apa engkau tak terharu ke bila dia sanggup pack & unpacked kan barang-barang?

#Apa engkau tak terharu ke bila dia buat macam-macam just to make sure you're happy?

OK.

Sila highlightkan ayat ketiga itu. Itu motif terbesar saya buat entri sebegini. Bila saya sedih, as if dia boleh baca fikiran saya. Kalau anda tak terharu, terserah. Kalau anda rasa hanya private jet ke Pulau Mauritius bisa mengharukan anda, silalah teruskan mimpi-mimpi anda di dalam cerita Korea. Hahahaha

Kami sama-sama dewasa dengan perangai masing-masing. Hehe. But so far, dia tak pernah buat perangai pon. Complaint waima sepotong ayat pasal aku pon tak pernah. Haih haih. Apsal baik sangat neh? *nangis terharu*

Darling Fiance;

You're indeed one of the best thing in my life and I dearly love you.....

...with all of my heart....


P/S:
He'll be my Carl & I'll be his Ellie! :)

Nota terpotong:
Sebenarnya waktu kami bincang pasal rumah, aku ada rasa macam sedikit nervous, benarkah sedang mencari rumah untuk hidup bersama? Hahaha. *denial syndrome* Lempang muka laju-lajuuuuu! *dush dush*

Sunday, August 21, 2011

A New Beginning

To a wonderful life.
Hopefully.

Dalam hati ada sedikit debar. Bukan bukan. Bukan debar nak kahwin, bukan yang itu. Ini debar sebab menukar tempat bekerja. Menukar segala-galanya. Hidup baru, kerja tempat baru, kawan baru.

Nasib baiklah kawan lama ada di sana. Nasib baiklah bakal suami ada di sana. Kalau tak sup sesumpah aku takmo pergi away from home.

Sebab?

Satu ketika dahulu saya berangan untuk settle down dekat dengan Ibu. Settle down di rumah saja so that saya boleh layan Amy. So that saya boleh pasang Astro. So that saya boleh bergembira sesuka hati.

Tapi hidup bukan di tangan kita. Seperti mana yang pernah saya gaduhkan dengan bakal suami.

'Everything about my life is very very VERYYYY unplanned. Saya plan lain. Tapi jadi lain'

Lihat?

Memang hidup di luar kawalan tangan kita. Hidup takda remote control yang boleh sesuka hati engkau nak pause, rewind takpon fastforward (which I doubt orang akan tekan sebab nanti tua kerepot hahahaha)

Dalam kelipan sebiji mata (in a blink of an eye), tetiba hidup saya berubah 360 darjah. Malah adapting kepada kehidupan bakal berumah tangga adalah menakutkan. Saya cuba untuk cool. Sangat-sangatlah mencuba aku ni kan. Tapi, kadang-kadang banyak benda berlari-lari dalam kepala otak. Haih. Sangat exhausted.

Apapun, I hope for the best.

I hope Allah leads me to the best place where I belong

P/S:
Bye-Bye Selangor!
Hello JB!

Friday, August 19, 2011

Of Colours Theme!


Dalam beberapa entri lepas saya sudah berjanji akan mengongsikan warna tema sekiranya bertemu jodoh dengan butik pengantin. Akan tetapi sebenarnya aku takdalah berjodoh sangat. Sobsobsob.

Everything was great! Except...(sila teruskan pembacaan anda)

Pelamin aku suka. Gambar aku suka. Yang tak berapa nak suka adalah pilihan baju. Huk huk huk. SUPER LIMITED sampaikan rasa nak nangis dan begging pleaselah tambah collection. Mana boleh butik pengantin baju 9 pasang je. Cannotttt!

However, di sebalik limited. Actually saya sedikit jatuh cinta pandang pertama pada sehelai gaun labuh polos berwarna putih. Eh kejap kejap. Tak berapa nak polos. Sarat je dengan labuci dan laces. Hahahahaa.

Maka mari kita share warna tema saya,it'a PINK and WHITE! :)

Kenapakah pink Syuhada? Kami ingat anda tidak girlish. Eh betullah. Saya memang tidak girlish. In fact saya sangat boyish. Maka bila sampai kepada wedding, haruslah engkau pilih warna yang melambangkan kewanitaan supaya sedikit lembut. Haha

Barulah terserlah keayuan aku yang tak berapa nak ayu ni. Muahahaha. Tak apalah butik tu takda dress pink. Kalau after raya tak jumpa juga alamatnya rembat je gaun puih tu tapi alter a bit dengan tudung dan riben pink. Hiks.




Flower girls Syuhada?

Oh! Little Cousies semua adalah kanak-kanak perempuan yang petite petite belaka. Maka adalah sangat molek saya carikan mereka gaun putih dan disertakan dengan headband seperti di bawah.

:D


Bridesmaid?

Huuu. Setakat ni teman-teman rapat tak cakap lagi diorang nak jadi bridesmaid. Ke aku kena offer baru diorang nak? Haha






All of the above adalah gorgeous! Gila rasanya nak pilih which one is the best. Tapi it's OK, it's alright. Sampai masanya I do think I'll choose the bestest! :D
.
.
.
.
Adik-adik lelakiku bakal terpaksa memakai warna jambu meskipon mereka tidak berwajah jambu. Wakakaka. :))



Tuesday, August 16, 2011

Oh Darling!



" Darling,
You're such a hero.
You had touched my heart in a way that others never did before! "

Mari saya rangka kembali perjalanan memenatkan hari ini;

Banting > Ayer Keroh > JB > Ayer Keroh > Rumah
(KM yang berjaya terkumpul: 578km)

Sebenarnya lebih kilometer (er rr macam iklan Shell lah pulak) tapi it's OK. Yang itu malaslah mahu cerita. Sebab yang dapat cuma PENAT. Nasib baiklah dia ada. Nasib baiklah. Kalau aku sorang-sorang sumpah mahu terjun Pantai Lido sebab terlalu frustrated T_________T

Saya cuma drive around 200km saja. Bakinya? He did!

Bukankah ini sangat sweet?

Actually over terharu sampai mata nak jadi guli shining-shining. Tapi sebab mendapat perkhabaran tak berapa menggembirakan, aku jadi mundane. Mulut terus muncung kalah platipus. Pastu membebellah macam burung kakak tua hinggap di jendela.

By Iftar, kami dah sampai Ayer Keroh balik. Sama-sama terpacak cari any empty seats dekat Kenny Rogers. Pastu sebab lambat maka aku bebel-bebel tengok anak orang makan.

Haih. Sama je engkau ni Syuhada. Puasa ke tak puasa ke capacity membebel tak pernah surut. Hahahahaha. Aku sepatutnya jadi DJ Radio. At least boleh merepek secara random.

Ini tak. Hari-hari ulang ayat;

'Ni ubat darah tinggi, ambil satu biji dengan perut kosong blablabla'

Disebalik hari yang stress. Tapi syukur, he was there. Kalau dia tak ada, memanglah. Memanglah boleh mengundang radang di jiwa. Hehe.

I told him, everything in my life is unplanned. Saya beritahu beliau, saya tak pernah menyangka saya akan jadi tunang orang tahun ini. Malah, Johor tak pernah ada dalam kamus masa depan.

Tup tup! Dia datang.
Tup tup! He becomes my fiance.
Tup tup! Saya terus plan berpindah ke Johor.
Tup tup! Errr banyaknya tup tup engkau Syuhadaaaa! :))

Did I regret? Nope!

Di sebalik segala keserabutan. Di sebalik segala kesusah-payahan, saya anggap ini ujian. Plus, tunang saya bukanlah lelaki kejam. Dia lelaki yang sangat baik sebab sanggup terus offer diri sungguhpon diberitahu dalam masa yang singkat.

At least, dia tunjuk yang he can be a responsible one. Bukan jenis yang biarkan aku terkontang kanting mencari hala tuju. Dahlah aku ni jenis suka sesat melarat entah ke mana hala. Haha. Actually tak suka sesat. Tapi memang jenis yang KUAT SESAT.

Tapi bab tergaduh sikit tu pastilah ada. Hehe. I know he wants me to be with him. I know dia nak saya lapor diri sepantas yang boleh so that tak kena campak-campak. And the truth is, I feel the same too. Saya tak mahu kena campak jauh dari dia. :(

Saya dah ada plan dengan family. The trip maybe would be our last one. Lepas ni bila saya dah berada di sisi dia as isteri yang sah, akan jadi sangat susah mahu berholiday dengan adik-adik dan Ibu. Jadi it's too risky melaporkan diri ke tempat baru dan tetiba nak minta cuti. Memanglah macam nak minta siku.

Mr. Fiance cakap; jangan risau sangat.

I just can't stop worrying. Tapi hati, berdoalah. Doa banyak-banyak. Orang cakap bulan Ramadhan punya doa selalunya makbul.



Ameen


Monday, August 15, 2011

#1 - First Step

Sungguhpon kadang kala saya sangat segan silu mahu menjaja cerita. Namun yang penting idea. Usaha akan datang setelah idea dikumpul berkati-kati. Er camne nak tahu dah berkati? Sila timbang. HAHA

Kalau engkau tanya berapa peratuskah progression persediaan. Maka aku jawab; Nilch, Zero, Nada! Kalau mahu tahu dalam pecah atau peratusan. Maka jawapannya; 0%. Hak hak hak.

Akan tetapi, insyaAllah Khamis ini mahu membridal. Doakanlah moga pencarian-ku berakhir di situ. Dah tak larat nak survey dah. Fius dengan wayar dalam medula oblongata semua dah haywire. T_____________T

Mengikut kata Mr. Fiance;
(See? Aku ini sungguh mendengar kata tahu?) :P

"It's ok tak start anything yet. Dah ada idea kira dah OK lah tu"

Hoho. Jadi entri kali ni lebih berkisar pada idea dan angan-angan Mat Jenin semata-mata. Sila saksikan. Kalau takmo saksi tak apa. Boleh tarik bantal, tidur. Ahaks


#1 - Signage

For me signage di atas sungguh cute yet simple. Hehe. InsyaAllah bakal buat sebegini tapi tak macam ini. Mungkin aku akan mengasah bakat terendam dengan menconteng wajah sendiri ke arang. Err terbalik. Maksudnya akan cuba melukis kartun. Kalau saya pemalas maka internet kan banyak gambar comel-comel. Muahaha. Gambar ni rasanya dari Sarah. Hee

#2 - Center Piece

Idea menggunakan doilies memang sedang bermaharajalela dewasa kini! Pandang blog sana doilies. Pandang blog sini, doilies. In fact ada juga yang berangan-angan mahu doilies warna-warni. Haha. Sorry. My effort stop hanya pada doilies putih. Yang putih pon dah cukup awesome rasanya. Yang penting, bunga yang memagari doilies. Haha. Oh ya, centerpiece di atas ehsan Missmona :)

#3 - Wishing Tree

Atau dalam Bahasa Melayu kita panggil Pokok Hajat. Haha. Actually idea Sarah ni menarik bukan sebab apa. Sebab dah habis majlis boleh main tampal-tampal wish. Comel sungguhlah. Selain tu, saya rasa macam meriah sebab takyahlah guestbook whatsoever. Malas. Errr OK Syuhada. Kantoi di sini yang engkau sememangnya pemalas. Hihi

#4 - Wonderful Lanterns!

Yang ini aku rasa adalah sesuatu yang WAJIB. Lihatlah foto di atas, tidakkah engkau merasakan kemeriahan bila lantern itu bernyala-nyala? Haha. For me, lanterns are awesome. Kalau malam lagilah awesome tapi sudah jangan mengada-ngada, majlis siang cukup Syuhada. My adik sudah cakap he can do the wiring. Kalau dia perlukan lebih tangan, nak suruh Acu menggembleng tenaga bersama. Haha

Sekian saja.

Lima idea buat masa kini. Buat masa hadapan, insyaAllah akan ada entri berkisar mengenai warna tema. Itupon kalau Khamis ni bertemu penyelesaian kepada sumbangan terbesar majlis. Err ayat aku lintang pukang. Hyperglycemic please.

Kalau Khamis ni aktiviti membridal membuahkan hasil yang manis. Akan saya kongsikan warna tema. Sekiranya tak berapa nak manis, akan hold sampailah aku jumpa the right one.

Fuuuuuuuhhhhhh!

Susah ghopenya nak kahwin ni. T_____T

Fuuuuuuuuuhhhhhhhh!Fuuhhhhhhhhhh! *tiup-tiup rambut sendiri*

Saturday, August 13, 2011

Ini Contest

Create your own banner at mybannermaker.com!


Maka sebab ini contest maka bacalah aku mengarut secara super! Hoorayyyyyyyy!

Contest ni sangat mudah. Buat story kenapa anda hendak duduk dekat Swiss Garden. Sila taip kurang daripada 180 perkataan. Eh eh tak. Yang tu aku cong je. Apa engkau fikir ini peraduan mereka motto? Haha

Baiklah. Kita go for sebab-sebab kenapa.

Sebabnya, saya merasakan Swiss Garden adalah hotel yang boleh tahan ada nama. Maka a honeymoon sounds sweet over there. Err tetiba. HAHA. Lagipon, percutian Malaysia haruslah ada dalam list since saya dan Mr. Fiance adalah jenis yang walking feet. Baca: Kaki jalan. Hihihi.

Selain itu, saya tak pernah pergi Swiss Garden. Maka bukankah ini peluang yang manis sekiranya menang? Itu kalau menanglah. Haha. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah aku err..mungkin boleh nampak di entri ini. Wakaka

Sebab seterusnya adalah tarikh boleh redeem hotel Swiss Garden tu adalah right exactly after (InsyaAllah) kami bernikah. In March or April adalah sangat sesuai. Huhu.

Maka Nurin, pleaselah bagi saya menang. Eh eh suka hati engkau je Syuhadaaaa! Agagaga.

Sekian.

Tamatlah entri ringkas saya. Selalunya tak berapa nak ringkas. Haha

:p

Parut & Saya

Heh. Apsal tajuk tak catchy sangat pon Syuhada? Ah sadap. I nak cerita pasal muka I. Taknak baca duduk sana diam-diam. Syoh syohhh.

Err. Kalau anda ushar foto facebook mahupon blog. Selalunya foto yang dicanang-canangkan ehem adalah bersifat comel. Kahkahkah. Comel tanpa jerawat, parut dan blablabla.

Hakikatnya;

Wajah saya sangat problematik dewasa kini. Sudah berjerawat sinced last semestar di universiti. Kemudian makin teruk bila masuk alam housemanship. Makin lama makin 'jelita'. Tak cukup dengan pipi, a few months ago perkembangan memberangsangkan berlaku. Zits were all over my forehead! T______________T

Rasanya mungkin sebab stress. Takpon sebab banyak sangat toksik tak mampu aku keluarkan meskipon dah ringan hati jogging bila free. Isk isk isk.

Mr. Fiance selalu positif bila saya bebel benda ni. Usually dia akan cakap; 'Nanti baiklah tu' HAHA stress haku! Diam-diam I did lots of thing and I spent lots of money.

Proactive? Dah!

Vitamin E? Dah!

Bio-oil? Dah!

Scar lotion and cream? Dah!

Dermatologist? Dah!

Part dermatologist paling mengecewakan kalbu daku. Tahukah anda saya diprescribe dengan Cetrimide lotion dan EES 400mg BD?

Err maksud saya. Takdalah aku nak kisah sangat dapat antibiotik. Tapi derma tu tak cakap Cetrimide tu akan membuat kulit SUPER DRY. Effectnya?

Dapat parut bawah mata. Cis!

Kulit saya ni sensitif seperti bayi tahu? Pastu saya stop. Sekarang dah quite OK with Cetrimide dan kulit tidak se-oily dulu. Kalau dulu-dulu dah boleh buka stesen minyak dah! :))

Few weeks ago, saya buat aktiviti membakar duit lagi. HAHA aku kan kaya main cop-cop duit. Saya dah try detox tea (yang rasanya OMGosh tak sedap langsung). Tapi tak jalan. Last-last jumpa skin specialist dan di suggest untuk buat detox using machine. Maka duit pon terbang berkepak-kepak dengan sayapnya.

Ada effect tak Syud?

Alhamdulillah. So far dah dua treatment.At least dah takda zits baru nak keluar. Even muka sangat teruk dengan sejuta parut. Sobsobsob.

Eh aku tak kira. Nak kahwin punya pasal anything goes. Janji muka aku OK balik. Please please. Next week I'll go for laser. Kalau tak jalan juga kita boleh try plastic surgery pulak.

Eh eh? OK yang tu aku tipu. Haha.





P/S:
Sila jangan percaya pada gambar engagement saya tempoh hari. It's make up trick. Tapi satu ketika dulu yup, I got that flawless skin. Haih rindu.

Wednesday, August 10, 2011

Pokok (nya) Syukur

Ramadhan 10, 1432H

Alhamdulillah.
Pagi ni menemui hari kesepuluh dengan senyuman :D

Semalam yang sejarah sudah saya tinggalkan.
In fact, mulai pagi ini mahu tanam banyak-banyak pokok kesyukuran (dalam hati)
Luar hati pon turut aku nak tanam (kalau boleh)

Err bunga-bunga engkau Syud?
Ada-ada! Mana ada buang. Always and forever disiram dengan penuh kasih dan sayang. HAHA

Selain pokok kesyukuran, saya mahu tanam pokok istiqamah.

:)

Pokok-pokok lain insyaAllah bakal in stock soon. Hehehehe

Ya Allah,
Aku bersyukur for everything that you granted to me,
For You're indeed the Most Merciful,
The Most Gracious.

Tahukah anda, anda cuma perlu bersabar dan berdoa banyak-banyak? Sebab sesungguhnya Allah itu sangat-sangat pemurah dengan nikmatNya selagi kamu bersyukur dan tidak bongkak. Remember, dalam kebanyakkan ayat-ayatNya, Allah selalu tekankan satu ayat ni; 'Mengapa kamu (mereka) tidak bersyukur?'

Tapi Allah juga kata. Tidak akan lengkap iman seseorang selagi dia tidak diuji.

Jadi, kesimpulannya: Belum tentu orang yang perfect lifenya itu Allah sayang dan belum tentu orang yang daif hidupnya Allah benci. Kalau kita nak disayangi, maka kita harus menyayangi dulu sebelumnya. InsyaAllah.

Err. Part macam mana nak sayang Allah tak perlulah aku nak elaborate kan?

Sekian, Tazkirah pagi ini. Salam!

Tuesday, August 9, 2011

My Proposal


*Siapa tak boleh baca boleh klik untuk tumbesaran*

Sesetengah orang takkan faham apakah yang telah saya repekkan pada status saya kelmarin. Hihihiii. First, status itu status 'lift up basket' (baca: angkat bakul). Kah kah kah.

Comel?

Kejap. Tang mana yang comel tu aku tak berapa nak pasti. Tapi seperti mana yang kawan-kawan saya perkatakan; saya ni ehem comel jugaklah (kadang-kadang). HAHA. Most of the time? Aku adalah garang dan berhati cengeng.

Pandai nyanyi?

Orang lain saya tak tahu. Tapi tunang saya kata suara saya merdu. *blushing* Yelah, kalau tak tunang sendiri nak puji siapa lagi? Kan kan kan?

Second, status itu telah dibalas dengan sesuatu yang for me sangat manis. Errr. Actually tiap-tiap kali kalau dibalas dengan sesuatu yang manis memang boleh kena diabetes aku nih. Ahaks.

Sesegarnya (Vividly), 14-04-2011 is still in my mind.

Itu tarikh yang pada suatu ketika, seorang pakcik (baca: patient) telah mempropose saya untuk beliau. Aik? Haha. Yang itu pastilah aku tolak bukan? Apa ke gila nak kahwin dengan orang lagi tua dari parents daku. Nehi kabhi nehi!

Tapi pakcik tak berputus harap. Dia suggest pulak anak dia yang of courselah saya langsung tak kenal! HAHAHAHAA. Patient cardio memang comel. Haih. Rindu rindu. What happened next adalah klimaks cerita kita ini. Agagagagugugaga.

I sms-ed my fiance;

'Ada pakcik (patient) nak pinang Syud :)) '

Sambil sms sambil berjalan lenggang kangkung balik farmasi. Lab coat melayang-layang ke kiri kanan. Poket penuh dengan prescription. Sumpah poket aku poket Doraemon kah? Eh eh melalut dah.


Teeet! Teeet!
*Maaf handphone I tak canggih takda lagu merdu-merdu. HAHA*

Sms berbalas satu sama. Hoholiao!

Picit-picit handphone Ximax yang nak jahanam tu. Lepas baca aku terus macam, errr...ini mimpikah apa?

My fiance replied this;

'Ala, janganlah terima pinangan pakcik tu. Im nak minang Syud dulu. *Im serius :) '

And that, everybody...
.....is the starter to this beautiful story of mine.


Saya tak tahu apa yang meyakinkan dia untuk tulis macam tu. 14th April adalah empat hari after our first date. He bearly know me but he did something that was very very risky! Haha. Episod seterusnya adalah mencabar sebab aku telah banyak kali menguji kesabaran dia after that.

And I will keep on being someone yang akan mencabar hati dia seumur hidup. Hehe. Sweet but sour. Masam-masam manis. Kahkahkah

Proposal?

Er. Saya anggap sms itu proposal paling simple yet sweet. Proposal depan-depan adalah manis-manis sikit tapi sikit jelah. Haha. Takpa takpa, mari kita guna ayat default Mohd Imran Mohd Noor;

'It's the thought that counts' :p

OK. Dah dah. Nak pergi kerja. Bye bye!




P/S:
Kadang-kala engkau berangan akan dipropose secara romantik. Tapi life is not fairytales. Eventhough tunang saya itu memang langsung tak reti (dan aku tak tahulah bila tahun akan reti) Haha. Tapi... I love him, dengan amat banyak! :)

Saturday, August 6, 2011

Biar Gambar Berbicara

Ecececeh. Tajuk entri sungguh tidak boleh blah lah engkau ni Syud. Sila blah sekarang!

Kejap kejap. Kalau aku blah siapa nak goreng blog?

:p

Tapi memandangkan tajuk dah cakap gambar berbicara. Maka aku nak shut up. HAHA

Selamat menjamu mata!

Nak lagi? Poie eden punya facebook. Tak larat den nak upload semua dalam entri. Hak hak hak.

Byeeee!




















P/S:
Bila tengok balik semua foto, aku rasa macam mimpi +____+

Friday, August 5, 2011

Ini Satu Cerita

SCENE #1
12:01 am, 5 August 2011

Cubaan mengada-ngada terus telefon Mr. Fiance, lalu saja-saja pusing cerita tanya itu dan ini. Sebenarnya sebelum cuba menelefon dia hantar sms begini.

"Tak balik ofis pon tak apa. Tak pergi tengok projek X pon tak apa"
(Alasan sebelumnya adalah dia nak ajak iftar. Dia tak nak balik rumah)

Haih haih. Mulalah aku terkena panic attack. OMG OMG! Tolong tolong!

OK tak apa. Cool Syuhada. Cuba halau dia. Kot-kot menjadi.

Lalu perbualan telefon kami menjadi satu perbualan berciri cubaan menghalau. HAHAHA. Takyah iftar sama, jalan KL jem dan sebagainya. Tapi atas sebab kepala tunang aku ada konkrit sedikit dia cakap takyah lah iftar dekat KL. Iftar dekat Alamanda.

Errrr....nak jawab guano neh?

Sebelum drop the phone, aku pon semangatlah minta permission;

"Awak, saya nak nyanyi ni"

HAHAHA lalu berkumandanglah suara katak kodok di dalam Saga BLM berwarna biru. Dia yang nun jauh berbatu-batu *exaggerate* lalu cakap thanks. Tak cukup thanks di handphone, dia sms thanks pulak sebanyak dua kali. :P

Sambil drive kepala ligat cari idea. Oh kemon Syuhadaa!! Cari jalan! Dia cakap takkan balik office, hurmm hurmmm.... How?

Tiba-tiba mentol menyala. Ting ting terus sms Cia. Tak kisahlah meskipon dah malam hari. Cia cakap nanti dia tolong. Oh sungguh kelegaan. Hehe

Then, teruslah cakap terharu bila dipuji bersuara merdu. Hakhakhak. Lalu tertawalah aku sorang-sorang dalam kereta dan sengih sampai ke telinga. Tahukah engkau suara aku bergetar-getar? Through handphone pon I nervous hoccay!!

Kemudian kami set to have our iftar together. Beliau dengan rakannya while Syuhada bersama Amyzahrah ;)

Sepanjang siang, contact orang tengah & Cia. Pukul 5:05pm tepat, Cia roger-roger everything dah settle. Fuhhhhhhhhhhhhh. Lega.

SCENE #2
09:35pm, 5 August 2011

Habis iftar, terus pujuk Amy untuk koir through phone. Mulanya si kecik tu insist tak mahu. Atas dasar malu ke apa pon tak berapa boleh nak dipastikan. But then, waktu lampu traffic light turned red, tetiba kami agree untuk nyanyi (again). This time duo lah pulak. HAHA

"Awak, tengah drive? Cepat-cepat! Tekan loudspeaker!"

Duo S in action! Hahaahaha. Seronok gila kami nyanyi sambil gelak-gelak dalam kereta. Perut pon dah over full. Thanks Mr. Fiance for TGIF. Maaflah adik kecik (Amy) banyak songeh. Kalau nak siku sila siku lain kali. Eh eh? (Amy tolong jangan baca. Agagagaladygaga)

SCENE #3
11:45 pm, 5 August 2011

1 miscalled, 1 sms

Errr. OK. Aku telah berfoya-foya dengan facebook lalu tidak perasan akan handphone. Ahaks. Ingatkan Mr. Fiance dah sampai rumah, rupanya belum. Tetiba dia sms macam ni;

"Ada orang beria-ia suruh balik office, ada apa-apa ke?"

Sumpahlah aku takmo jawab. Cannot! Kantoilah nanti. He hu he hu. Pusing Syuhada pusing. The marry go round. Kahkahkah.

"Kerani cakap ada pakej untuk saya. Nak singgah officelah before balik"

Ah sudah. Ha mulalah dia ni nak buat gila pergi office malam-malam buta. Lalu aku tergolek atas katil dengan panic attack (sekali lagi). Siap bergurau don't worry tu pakej kahwin je esok lusa pon boleh ambil. :))

Terpaksalah memaksa dia untuk promise terus balik rumah. It's already 12 midnight kot. Plus, dia tak tahu yang pakej yang kerani perkatakan tu dah selamat transfer ke rumah dah. Haiyya ini kerani, kacau daun sungguhlah! T______________T

And by now, I do think Mr. Fiance sudah terima his present. :)

Ucapan sempena his day;

Imran (a.k.a Mr Fiance),

Awak ni potonglah. Dah dua kali kena panic attack OK? Nasib baik bukan heart attack.HAHA. I hope you like the surprise. Gigih sangat saya mengkalutkan diri nak transfer present. Lebih gigih lagi bila nak halau awak dan tak nak kasi awak datang iftar sekali. :))

Pink?

Don't ask me why pink. Hahaahahaha. Saya pon nak tergolek-golek gelak bila tahu florist sent colour pink.

Three?

It symbolize three words; I Love You (and so dearly will forever and ever InsyaAllah)

Red?

Hehe. Sebab nak matchkan dengan my red clothes. Nanti boleh pakai sama-sama. Although I know, you hate striking colour. ;P

Ini Ucapan

"With his first hello
He gave the meaning
To this empty world of mine"

:)

Sayang,
Happy Birthday!!

I wish;
That this life becomes all that you want it to
Your dreams stay big and your worries stay small
I wish more than everything
And
I wish Allah protects and blessed you with much love


.........because you deserve them! ;)






P/S:
Sorry for my 'katak voice'. I was so nervous till I don't know how to sing (although I know I'm a good singer) HAHA

Tuesday, August 2, 2011

Of Ideas...

...and of course, photography session!

Saya sangat mengimpikan post-wed photoshoot yang gorgeous. Baik ketika majlis mahupon di luar kawasan kediaman. Errr maksud aku, outdoor photoshoot. :P

Baiklah.

Setakat ini saya sedang dalam proses membuat survey. HAHA tak habis-habis survey, entah bila tahun nak mula aku pon tak tahu. Ahaks.

Setakat ini, kalau dari album-album photographer banyak je yang aku adore. Tapi kalau adore kemudian miskin makan pasir sungai haruslah engkau mengalah. I can't imagine kami berdua hidup eating cucumber; bak kata bidalan dalam - Of Bunga Telur & Bally Shoes (sila baca literature)

Jadi idea doorgift sudah mari, simple yet adorable! :)

Tapi ini sebenarnya idea Che Nard & Achol. HAHA
Ok ok. Saya bagi kredit.
Jap jap.

Tadaaaa!
Mummy & Daddy to be :D
(OK. Dah kredit letak muka diorang. Wakakaka)

Seterusnya, sila enjoy the english style of their pre-wed photoshoot session! ;)




Anda punya bagaimana Syuhada?

Errrr. Entah. Meskipun saya menggemari vintage & classic style. Namun begitu aku tak rasa muka aku caucasian. African maybe la kot. :))

Plus, saya bertudung. Tak sesuai. Hohoho.

Oh yeah. Ini adalah entri auto-publish. Saja tulis awal-awal sebab I love sleeping. Lalala.

Dear Mr. Fiance,
Happy 1st month Anniversary!
:)

Love,

Your Fiancee
Hehehehee
*gelak gedik*



P/S:
Masih vivid dalam ingatan waktu kena soal; 'Girlfriend Im ke?'. Terus aku menggelabah ayam. Terus jawab, 'Errr..aaa' (pastu aku sengih kerang) Sebab gelabah? Saya mana pernah jadi girlfriend dia! Hish!