Sunday, August 21, 2011

A New Beginning

To a wonderful life.
Hopefully.

Dalam hati ada sedikit debar. Bukan bukan. Bukan debar nak kahwin, bukan yang itu. Ini debar sebab menukar tempat bekerja. Menukar segala-galanya. Hidup baru, kerja tempat baru, kawan baru.

Nasib baiklah kawan lama ada di sana. Nasib baiklah bakal suami ada di sana. Kalau tak sup sesumpah aku takmo pergi away from home.

Sebab?

Satu ketika dahulu saya berangan untuk settle down dekat dengan Ibu. Settle down di rumah saja so that saya boleh layan Amy. So that saya boleh pasang Astro. So that saya boleh bergembira sesuka hati.

Tapi hidup bukan di tangan kita. Seperti mana yang pernah saya gaduhkan dengan bakal suami.

'Everything about my life is very very VERYYYY unplanned. Saya plan lain. Tapi jadi lain'

Lihat?

Memang hidup di luar kawalan tangan kita. Hidup takda remote control yang boleh sesuka hati engkau nak pause, rewind takpon fastforward (which I doubt orang akan tekan sebab nanti tua kerepot hahahaha)

Dalam kelipan sebiji mata (in a blink of an eye), tetiba hidup saya berubah 360 darjah. Malah adapting kepada kehidupan bakal berumah tangga adalah menakutkan. Saya cuba untuk cool. Sangat-sangatlah mencuba aku ni kan. Tapi, kadang-kadang banyak benda berlari-lari dalam kepala otak. Haih. Sangat exhausted.

Apapun, I hope for the best.

I hope Allah leads me to the best place where I belong

P/S:
Bye-Bye Selangor!
Hello JB!