Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, August 13, 2011

Parut & Saya

Heh. Apsal tajuk tak catchy sangat pon Syuhada? Ah sadap. I nak cerita pasal muka I. Taknak baca duduk sana diam-diam. Syoh syohhh.

Err. Kalau anda ushar foto facebook mahupon blog. Selalunya foto yang dicanang-canangkan ehem adalah bersifat comel. Kahkahkah. Comel tanpa jerawat, parut dan blablabla.

Hakikatnya;

Wajah saya sangat problematik dewasa kini. Sudah berjerawat sinced last semestar di universiti. Kemudian makin teruk bila masuk alam housemanship. Makin lama makin 'jelita'. Tak cukup dengan pipi, a few months ago perkembangan memberangsangkan berlaku. Zits were all over my forehead! T______________T

Rasanya mungkin sebab stress. Takpon sebab banyak sangat toksik tak mampu aku keluarkan meskipon dah ringan hati jogging bila free. Isk isk isk.

Mr. Fiance selalu positif bila saya bebel benda ni. Usually dia akan cakap; 'Nanti baiklah tu' HAHA stress haku! Diam-diam I did lots of thing and I spent lots of money.

Proactive? Dah!

Vitamin E? Dah!

Bio-oil? Dah!

Scar lotion and cream? Dah!

Dermatologist? Dah!

Part dermatologist paling mengecewakan kalbu daku. Tahukah anda saya diprescribe dengan Cetrimide lotion dan EES 400mg BD?

Err maksud saya. Takdalah aku nak kisah sangat dapat antibiotik. Tapi derma tu tak cakap Cetrimide tu akan membuat kulit SUPER DRY. Effectnya?

Dapat parut bawah mata. Cis!

Kulit saya ni sensitif seperti bayi tahu? Pastu saya stop. Sekarang dah quite OK with Cetrimide dan kulit tidak se-oily dulu. Kalau dulu-dulu dah boleh buka stesen minyak dah! :))

Few weeks ago, saya buat aktiviti membakar duit lagi. HAHA aku kan kaya main cop-cop duit. Saya dah try detox tea (yang rasanya OMGosh tak sedap langsung). Tapi tak jalan. Last-last jumpa skin specialist dan di suggest untuk buat detox using machine. Maka duit pon terbang berkepak-kepak dengan sayapnya.

Ada effect tak Syud?

Alhamdulillah. So far dah dua treatment.At least dah takda zits baru nak keluar. Even muka sangat teruk dengan sejuta parut. Sobsobsob.

Eh aku tak kira. Nak kahwin punya pasal anything goes. Janji muka aku OK balik. Please please. Next week I'll go for laser. Kalau tak jalan juga kita boleh try plastic surgery pulak.

Eh eh? OK yang tu aku tipu. Haha.





P/S:
Sila jangan percaya pada gambar engagement saya tempoh hari. It's make up trick. Tapi satu ketika dulu yup, I got that flawless skin. Haih rindu.

No comments: