29 Ramadhan.
Hari terakhir umat Islam berpuasa buat tahun ini. Doa moga bertemu Ramadhan pada tahun seterusnya. Sebab tahun ini saya sedikit tidak berpuas hati dengan pencapaian rohaniah saya. Sangat kurang dan terbengkalai berbanding tahun lepas. Sangat-sangat jatuh merundum. Uhuks.
Tuhan, beri aku peluang bertemu lagi Ramadhan akan datang.
Even saya tahu Ramadhan akan datang akan sangat BERBEZA dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini saya masih dengan keluarga. Masih lagi Gadis Pingitan. Cececeh. Pencapaian peribadi setakat ini adalah saya kembali menganyam ketupat (juga membuat Choc Moist)
Heh takdalah susah mana. Yang penting tangan tu kena lembut. Ewah berlagak pulak engkau Syud. Lesing nak?
Tahun ini adalah tahun yang LAIN DARI YANG LAIN. Mari kita conteng balik what had happened in 1432H;
01 - Pindah kerja. Pindah sebanyak tiga kali pindah. Hijrah kali ketiga adalah paling tak terjangka. Paling tak tersangka. I thought I'll settle down dekat dengan Mummy and adik-adik saja. Hidup ini weird. Setuju?
02 - Si Dia muncul. Err tiap-tiap kali orang tanya. Saya jawab macam ni; 'Jodoh jatuh dari langit' Hahahahaa. Memang pon. Angin tak, ribut tak. Tetiba nak bertunang. Semua orang kecosss.
03 - Memiliki another family. Ya Allah, sumpahlah yang amat-amat baik. Sangat terharu dan touching hati ni tiap-tiap kali singgah sana. Padahal aku rasa aku ni entahapehape. Haha. Dahlah entahapehape. Jujur terlebih pulak tu. Tanyalah apa saja. I won't lie.
Eh cukuplah tiga. Itu pun actually bukan pencapaian. Itu rezeki. Rezeki yang kalau fikir-fikir balik rasa tak layak pon nak dapat. Aku ni dahlah elmosi sokmo. Dahlah degil. Dahlah et cetera cetera.
Tapi Allah itu sangat baik lagikan pemurah.
Dalam ketidaksempurnaan diri, Allah hadirkan saya rezeki yang sangat melimpah ruah. Alhamdulillah. I'm so grateful for everything.
Thanks Allah.
Terima kasih sebab makbulkan segala doa.
Terima kasih atas segala-galanya.
Semoga saya (dan dia) dan (bakal) anak-anak kami nanti tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur. Amin ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment