Wednesday, August 24, 2011
Cinta Hati
Labels:
My Cinta Hati
Ini Buah Hati saya. My saviour di kala aku berduka lara. Pendengar bila aku kerapkali membebel dan merambang entahapehape. Selalunya saya hanya cerita cerita dan cerita. Kali ni saya upload gambar bersama si dia :)
Kalau nak diikutkan, first time kami bergambar bersama adalah ketika kenduri kahwin Caha. Kemudian diikuti majlis pertunangan kami. Yang ini adalah gambar ketiga, gambar paling santai. Hehehehe.
Gambar gedik?
Gambar suap-suap?
Gambar close up?
Gambar kepala bercantum macam kembar siam?
HARAP MAAF. Itu tiada dalam kamus kami. In fact saya membantah dengan sekeras-kerasnya. Aku ni nampak saja macam tak malu padahal pemalu yang amat! Muahahaha sila percaya. :P
Lagipun. Sangat tidak manis berbuat sedemikian rupa. We know kami bukan muhrim. We know pertunangan itu tidak menghalalkan apa-apa. Kalau orang tanya korang ni bercinta after kahwinkah?
I will definitely say, 'Yes! Kenapa tidak?'
Anda fikir saya mengayat Sayang or Dear? Anda fikir dia panggil saya Baby (euw euww muntah darah. Hahahaa). Anda fikir kami bergedik-gedik sebut 'Sayang sayang...kalau sayang jadi bulan sayang nak jadi bintang tak?'
'Kalau sayang jadi pisang? Kanda jadi monyetnya tak?' :))
Meh sini aku lesing. Sumpahlah aku tak buat semua perkara di atas. Kami kawan dan sedang berusaha menjadi kawan baik towards each other. Supportive dalam setiap perkara. Tapi paling terharu mestilah dari dia, *nangis sambil lap mata guna tisu*
Saya bukannya comel mana pon. Tapi entah, tak tahu tang mana yang special sangat di hati dia. Hahaha. Sampai sekarang masih cuba merungkaikan misteri nusantara ini tapi nantilah, mungkin after kahwin nanti baru akan kutemui jawapannya. Haha
Dah dah. Nak mandi.
Boboyboyyyyy!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment