Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 30, 2011

Musim Elmo

Bawah ni adalah Elmo. Siapa tak tahu memanglah.

Elmo makhluk comel. Lagi-lagi bila engkau print atas shirt pastu pakai. Konon-konon engkau pon akan turut sama rasa comel la. Haha. Padahal, kalau comot tu comot lah. Takkan comot jadi comel?

Saya sedang dilanda musim elmosi. Bertitik tolak daripada stress daripada tempat kerja. I thought I'll be OK after tidur tak sedarkan diri. I thought I'll be OK after tidur bersungguh-sungguh takmo bangun-bangun. I thought I'll be OK after makan roti jala secara bersungguh-sungguh.

Rupanya...TIDAK.

Saya terasa secara tiba-tiba. OK, I'm sewel. I admit.

Dalam kereta tiba-tiba tertumpahkan air mata. Beli kangkung pon nak nangis. Ya Allah, engkau ni sewel tahu tak Syuhada?

Hee. Tahu tahu. Dah lama dah tahu aku ni sewel. Dah lama dah tahu aku ni elmosi. Dah lama juga pandai control. Tapi bila stress terus tak reti nak control. I'm out of order. Ceh.

Paling menyedihkan hati adalah I'm an attention seeker. Lagi aku tak dapat attention lagi bertambah bengang lalu tak hilang-hilang geram. Bila saya stress, all that I want adalah wind-off. Berjalan. Tapi saya tak reti cakap. Hailah perempuan. Mulut cakap lain. Hati cakap lain.

Complicated huh?

Mujurlah bila buat status Marea terus ajak pergi UTM. Tapi sebab makan lewat maka perut telah sakit yang terlalu. Gastrik secara tiba-tiba then terus terbaring. Lepas ni nak kena bawak Gelusil dalam handbag ah. Ada gastrik rupanya aku ni. Haha

Dahlah balik-balik ni kedai basikal tutup. Demmit! Rasa nak headbanging je. Lagi aku rasa nak membeli basikal lagi dihalang-halang. Cis. Nak beli sport shoe, tak tahu nak lari dekat mana. Nak main layang-layang, saya tak reti cari jalan pergi Pasir Gudang punya area tu. T______T

Eh patutlah engkau makin gemuk Syud.

Eh diam boleh tak kalau tak nak kena tampar laju-laju? Wo. Garang. Yes, aku garang. Siapa nak kahwin dengan aku memang sungguh tercabar hati. Garang. Elmosi. Degil. Comel? Tak tak. Time aku emo takda siapa rasa aku ni comel. Silap haribulan kena cop mengada-ngada.

Ala, mengada pon takda siapa nak layan.

Sedihlah. Kenapalah saya ini makhluk pelik. Kenapalah saya ni tak boleh jadi normal? Benda kecik pon nak sensitif-sensitif. Tinggi sangatlah sensitiviti sampai kadang-kadang nak cop sewel pon boleh juga.

All that I want is simple; some wind-off, jalan-jalan. Bukan MAKAN-MAKAN. All that I want is; to be soothe up, bukan OK TAKYAH JUMPA. All that I want is; to be loved and care.

Errr. Aku memang kanak-kanak kurang kasih sayang. Kasihan bukan?


Saturday, October 29, 2011

Of Merisik...

Eh Syud. Engkau dirisik sekali lagi kah? Haha. Gila engkau? Kalau kena risik lagi mahu ada jejaka meroyan dan membentak marah lalu mengatakan; 'Siapakah yang berani membuat angkara dan mengganggu (baca: kacau) daun terhadap Puteri Kecil Hati Beta?' Wah gitu. Boleh aku perasan hot. Agagagaga. Eh dah sudah perasan.

Beberapa hari yang lalu, saya berSMS dengan rakan. Aloh orang dah hebat tweeting, aku still lagi dok main sms saja. Errr dah tu? Kalau orang yang hendak dihubungi tu takda twittter, haruslah sms bukan? Plus, I'm not tweety bird. I dunno how to tweet. Maka topik ini tercetus di antara kami. Hehe

OK. Mari balik kepada basic. Kita teruskan penceritaan. Ayoh! Ayoh!

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. - Sumber: Adat Merisik

Sila teruskan pembacaan anda sendiri dengan mengklik url tersebut. Kalau malas fine. Tak payah. HAHA. Saya ulas secara ringkas, adat merisik ni dilakukan untuk bertanyakan ibu bapa dan menyampaikan hajat memiliki seorang gadis untuk dijadikan isteri. Which for me, is very very sweeeeeeeeeet hoccay!

Lalu aku sebenarnya tak berapa faham kenapa adat ini semakin dipinggirkan? Kenapa bila lelaki suka someone tak mahu approach ibu bapa first? Kenapa kena terus mengorat gadis? Ceh ceh tak gentleman. Err tunang aku excluded. Kalau dia tak approach aku dulu rasanya sampai 2020 pon tak jadi apa-apa :P

Memang betul anak dara zaman sekarang dah tak main dah duduk dapur dekat kampung tunggu kena minang. Anak dara zaman sekarang sama-sama menuntut ilmu ke menara gading, sama-sama bekerja, sama-sama mencari rezeki sebab tuntutan hidup zaman kini. Tapi, seorang anak dara tetap seorang gadis. Tetap menunggu untuk dipinang, selaras dengan adat kita yang manis itu :)

Pastu orang zaman sekarang senang-senang je label gadis-gadis berkarier ni memilih, takpon sibuk sangat kerja sampai takda masa cari pasangan. Herk like helloooooooooo! Takkan untuk kahwin kena menggedik? Terima je lelaki approach sebegini; 'Hi awak. Agak-agak bila kita boleh couple?' Couple je lebih. Kahwinnya belum tentu.

Kenapa adat merisik makin dipinggirkan?

Adakah sebab lelaki takut of rejection? Bukankah rejection itu normal? Tapi sebenarnya kadang-kala aku fikir sebab tuntutan adat meresahkan juga. Nak kahwin macam-macam benda lelaki nak kena ready. Mental, rohani, fizikal, monetary and blablabla. Hmm...then apa solution dia?

For me, orang kita mudahkan kerja. Benda baik nak buat apa bertangguh? Tak perlulah kalau semata-mata anak belajar setinggi Gunung Everest engkau nak letak hantaran sampai 20K. Tanya pihak lelaki berapa yang dia mampu bagi.

Mahar seorang isteri adalah yang paling rendah nilainya.

Tapi, lelaki yang baik akan cuba memberikan yang terbaik yang dia mampu. Kalau dah tak mampu tak apa. Perkahwinan itu macam menyiapkan sebuah rumah. Kenduri kendara tu macam pintu je. Apalah maknanya pintu berhias indah berbunga-bunga bagai kalau dalam rumah tu kosong?

Engkau mahukah lepas kahwin makan cucumber saja? Oh aku tak sanggup pleaseeeeeeee! Haha

Paling penting, tak payahlah kenduri gah-gah sangat. Selagi cukup untuk jemputan. Contoh; kalau si polan tu mampu untuk cover jemputan 500 orang je, maka si polana pon buatlah kenduri apa ada saja. Heh lama tak guna polan polana, ustazah Tauhid dulu suka betul word ni.

Comel bukan kalau anda (si gadis) diapproach secara merisik?

Pasti anda shy-shy cat like gadis-gadis dahulu kala. Kemudian menjeling-menjeling kubertentang. HAHA oii syuddd. Gatai hang sekarang no?? Eh aku tulis je. Gatal sangat tu belum tentu aku ;p

Gatal sikit je. Lalala *garu-garu ala monyet*

How about you Syud?

Hmm. Saya? Saya menerima tunang saya sebab dia merisik saya melalui saya! Haha. Maksudnya, dia menyampaikan hajat untuk meminang saya. Dia tak cakaplah; 'Awak, jom kita couple?'. Tak tak. Lantas after dia cakap beliau serius, saya terus menjadi serius dan cakap direct dekat ibu bapa.

Plus, I'm old already. I don't want to couple-couple anymore. Cukuplah 3 kali. Eh? Hahahaha. OK. Aku agak nakal zaman dulu-dulu. Tapi 3 kali itu tidak ada makna apa-apa. We didn't date. We did nothing :D

Maka sesungguhnya saya sedari saya tak sesuai bercouple. Kali terakhir saya bercouple. Ianya meletihkan. Ianya telah menumpahkan air mata saya lalu meronyokkan hati saya macam kertas. Haha. Kemudian aku give up dan bersendiri selama tiga tahun.

Lagipon istilah couple-couple ni tak ada dalam Islam. Dosa je aku couple zaman jahiliyah dulu. *insaf mode*

Kemudian waktu bersendiri saya telah berangan berbagai perkara. Haha. Antaranya;

  1. Meminang seseorang. I'm so serius about that thing. Tapi saya hold sebab si dia yang saya cuba untuk approach itu diam untuk tempoh yang agak lama. Lagipun, saya tak nak isu saya meminang menjadi alasan untuk dia mensia-siakan saya di masa depan kelak. However, dia antara lelaki yang baik yang saya kenali dan saya tak rasa dia akan buat macam tu :)

  2. Di pinang. Kahkahkah. It's either that two bukan? Tapi dipinang tu aku tak tahu celah mana akan terjadi. Siap berangan nak pergi date dengan doc. Padahal dah pindah Selayang aku berkepit dengan Amelia 24H. :p

Cuma, mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz, jodoh saya adalah (insyaAllah) dengan Mohd Imran dan saya amat pasti dia takkan sia-siakan saya.



Amin amin



Monday, October 24, 2011

Impian Percutian Saya

Saya berangan untuk bercuti lama-lama. Iaitu cuti bukan setakat 5 hari atau seminggu. Lama di sini adalah lebih daripada 7 hari. Kalau kurang tak mahu consider lama. Itu tetap pendek dan tak best.

Namun begitu *lagu sedih berkumandang* saya sedari kecil lagi sedar, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. It's not easy hidup makan gaji. It's not easy berkerja dengan Kerajaan Langit. Lebih-lebih lagi di bahagian kesihatan. But well, I had choose this, ain't I?

Now, where am I?

Oh ya. Impian percutian saya adalah, tempat berbunga-bunga. Selain berbunga di tanah, bunga juga insyaAllah akan turut sama kembang di hati. HAHA. Selain berasa romantik. Bunga juga berwarna-warni. Subhanallah. Tak pernah tengok lagi tapi memang teringin sangatlah.

Selain bunga-bungaan, saya juga teringin nak bermain snow. Teringin nak buat snowman. Takpon main baling-baling snow macam dalam cerita Winter Sonata. Baling-baling. Dapat snow. Baling-baling. Aik? Dapat rantai? Awww romantiknya! :)) Eh sengallah engkau Syud.

Next, I would love to play with Dolphin dan Whale.

Naik kapal pastu pakai shade besar-besar sambil berlagak seperti Diva. KAHKAHKAH. Sambil tu berpoyo-poyoan pakai wintercoat yang ada bulu-bulu dekat hood tu. Ahaks. Dulu-dulu sumpah teringin nak buat. Pakai dalam kelas. Confirm kena gelak 10 harkat sebab comel sangat perbuatan.

Selain bunga, snow, hidupan air. Engkau nak apa lagi Syud?

Oh. I love Island! Meskipon nanti akan hangus terbakar like BBQ Chicken. Akan tetapi, saya suka snorkelling!!!! Amat-amat suka meskipon natijahnya nanti aku akan kelihatan sangat Keling. Hahaha. Tapi tak kira! Dapat berenang-renang sungguh cool. Heh Melanin, I don't really care about you. Bukankah aku ini spesis hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpon hitam tetapi manis? :))

Setakat ini, saya memang sudah amat jatuh hati pada Pulau Perhentian. In fact, memang sudah memasang niat akan kembali lagi ke Perhentian. I will, insyaAllah.

Tapi naik kapal dan fishing is so not me.

Daripada naik kapal pastu fishing-fishing baiklah aku naik kapal pastu menari romantik. Teng teng teng, eh berangan pulak dah padahal menari zapin pon tak reti. HAHAHAA. I dream of wearing a nice gorgeous dress. Tapi dress labuh pastu orang usha haruslah aku tak mahu kan? Lainlah dapat lari ke tengah laut where there's only me and my mr.charming. Ececeh. Menggediklah Syud.

Heee. Seramlah engkau ni noks. Banyak sangat tengok chick flick. AGAGAA. Inilah padahnya. Sila jangan contohi.

Lagi?

Percutian yang perfect di kepulauan haruslah percutian di Villa tepi pulau. Ahaks. Vividly, saya masih ingat satu Villa yang saya duduk time belum akil baligh. Haha. Villa tu berpintu kayu, berlangsir putih dan di lereng bukit yang menghadap laut. Pagi-pagi bila buka mata, from your bed, dengan kedua-dua pintu terbuka luas memang best gilaaaaaa! Pastu laju-laju terus ke balkoni. Santai sambil sila panggung. Haha

Pastu dilengkapi dengan English Breakfast with Scramble Eggs. Fuhhhh. Pastu engkau minum pulak Fresh Orange sambil menggedik dengan orang tersayang. Memang Syurga. Erk! Engkau ni cerita pasal percutian ke honeymoon neh Syud? Eh eh. Kita tengah lari topik eh? Hehehe. Mintak sorry.

Lagi Syud?

Kejap. Aku tak habis berangan lagi. Err tapi tengah kehabisan idea nak menulis. Hakhak. OK lah. Sebenarnya nak bagitahu it's not easy pon to have a long vacation. Kecuali aku ni Ketua Kerajaan Langit. AGAGAGA.

So what Syud?

So I think aaaa (cakap gaya Phua Chu Kang), I think aaaa I'm going to cuti-cuti when I got baby lor. Don't play-play ha. At that moment I gantung wallpaper kepulauan dekat dinding kiri. Wallpaper flower-flower dekat dinding kanan. At the back aaa, I put some snow with snowman picture maaa. Then in front?
.
.

.

.

.

In front I put my baby maa! Hahahahaa.


With rambut tocang or rambut pony tail. Then a rocker. Then I can have 3 months punya vacation with baby crying. Kahkahkah. Kalau rasa nak pakai shade besar boleh gaklah buang tebiat sorang-sorang dekat rumah.

OK. Sekian cerita merapu. Ni sindrom banyak sangat makan budu gamaknya. Mabuk mabuk.



Sunday, October 23, 2011

Q & A

Q:
How can I not loving you....
.....when everything around us seems so perfect?



A:
I choose to love you...
....now, years ahead and till death do us apart :)





P/S:
I'm drowning in love and I just don't know how to float again. HAHA

Saturday, October 22, 2011

Real Steel - A Review

BESI BENAR. Besi yang memang benar-benar besi. Besi bukan sebarang besi. Yang ini memang besi yang awesome dan buat saya rasa nak tengok lagi dan lagi.

Eh sudahlah. Mari kita teruskan kepada review.

Dibintangi oleh Hugh Jackman (muka default Wolverine) sebagai Charlie dan Dakota Goyo (OMG! Dia sungguh comel!) sebagai Max. Heroin drop-dead-gorgeous in this movie adalah Evangeline Lily, also know as Bailey.

Charlie adalah lelaki yang memang tak berapa berguna sebab selain suka menjahanamkan robot tinju, beliau juga suka bermain mata dengan awek sampaikan Ambush (#Robot 1) kena belasah dengan seladang secara bertubi-tubi. Terus bercerai rangka dari badan. Err. I mean, besi dari badan. HAHA

Tapi rahmat Tuhan tiba-tiba muncul bilamana orang court datang dan inform dia perlu datang ke court sebab ex-gf dia sudah selamat bersemadi. Menurut orang court, dia ada seorang anak, iaitu Max (OMG! Dia sangat cute! Again) Haha

Oleh kerana Charlie ni memang sungguh tidak guna. Beliau telah menjualkan anak beliau kepada kakak ex-gf dia, Debbie yang memang beria-ia nak jaga Max. And since suami Deb yang botak tapi kaya poket itu mampu, maka Charlie harus jadi baby-sitter anaknya sampailah that couple balik dari Italy after summer ends.


Sebaik saja dapat Max dan separuh duit iaitu $50,000, Charlie sekali lagi buat gila dengan membeli Noisy Boy (#Robot 2) dan bertanding tinju sampai Noisy Boy hilang kepala lalu digantung dekat The Parade. Hahaha. Tak guna betullah Charlie ni! Although sebelum tu Max dah cakap, better ambil weak card saja. Heh degil.

Both of them kemudian menjadi pencuri besi. Masuk gudang besi-besi robot tinju dan mencari spare part. Max yang cute nak mati tu kemudian memang hampir-hampir mati sebab terjatuh dan diselamatkan oleh tangan Atom (#Robot 3).

OK. Ini part paling comel sebab Max berusaha sekeras-kerasnya nak bawak balik Atom. Charlie ayah tak guna buat bodoh je. Pagi-pagi hari waktu burung dah berkicauan, Max muncul dengan Atom dan muka comot penuh tanah. Hahaha. Sumpah comel!

Max mandikan Atom. Main lari-lari waktu malam (which I found sooooooo cutee!!). Kemudian buat aksi teleng-teleng kepala. Dakota Goyo ni senyum memang gorgeous. Cair saya. Hehe


Kemudian Max train Atom lalu buat Charlie teruja sama since dia dah tak ada robot kan kan? Haha. The cutest part adalah, bila Max menari together dengan Atom. Then Charlie cakap tarian boleh jadi their trademark, which of course works! Budak comel menari dengan robot. Siapa tak suka? You tell me! :p

Max agreed. Dengan syarat, his Daddy tolong train Atom. Hehe. Comel.

OK. Ini scene mereka berbincang. Sangat kione kawaiidesu. I love Max in his white singlet. Sangat sexy! Aik aik? Syuhada. Engkau phedophilia kah? Kahkahkah. Neh. I just love cute kids! Lagi-lagi bila dia menari. Comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! *sawan*

Dakota Goyo

Harap-harap satu hari nanti akan ada anak lelaki secomel dia. Hahahaha. But of course, his hair won't be blond. Lurus? InsyaAllah akan aku rebondkan! Yang pasti senyum kena sweet macam Mummy dia. Err maaf dah merapu.

Reviewnya tak habis lagi ke Syud?

Dah. Tak bestlah cerita semua. Sila pergi cinema takpon download je dekat internet. It's an awesome movie. Full with action and emotion. Takda adegan bawah selimut apa semua. Cuma ada satu part; travel thousand miles just to get kisses je pada pagi hari berlatar belakangkan bumbung dan bunga-bungaan.

:p

Why do I love this movie?
  1. Ia santai. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
  2. Sangat futuristic dan comel! Atom sangat biasa designnya. Tak macam Ambush dan Noisy Boy. Sangat robotic.
  3. Orang berlagak selalu rugi. Haha. Poyo itu awesome juga kadang-kala.
  4. Love bonds two hearts. (eceh)
  5. I love action!
  6. Dakota Goyo comeeeeeeeeeeeeel! Sangat comeeeeeeel!

OK dah. Lama-lama sawan anak orang tak baik. Haha. Bye bye

Wednesday, October 19, 2011

Rubber Stamp!


Ini contoh doorgift untuk kanak-kanak!
Simple, cute dan boleh dijahanamkan sesuka hati engkaulah budak-budak oiii!

Dalam paper bag anda boleh letak almost anything!
KECUALI;
Handbag
Porsche
Kapal Terbang (Errr what Syuhada???)


Dan sebagainya yang dirasakan tidak bersesuaian. Kahkahkah. Sebab tu aku letak almost. Kalau tak aku letak anything. Eh apa-apa jelah kau Syud.

Lalu untuk menyempurnakan idea ini, saya telah survey harga paper beg.

RM3.00/ 100 pcs :)

HOMAIGATTTTTT!

Murah yang terlalu! Super duper bagus untuk kanak-kanak yang memang tak reti menghargai nilai estetika. Errr abaikan. Aku sendiri tak tahu estetika tu hapekebendanya. HAHA. Sebenarnya saya tak survey. Ternampak je sebab ada sorang Uncle ini sungguh pemurah orangnya. He gave those paper beg untuk those yang tak reti bawak beg plastik kalau nak ambil ubat.

So comel :)

Untuk mereleasasikan impian doorgift simple-yet-cute nombor dua. I need CAP MOHOR! I need RUBBER STAMP!

Berikut saya letakkan contoh. Ahaks.






Sweet bukan?

OK. Yang terakhir sekali saya edit. HAHAHA. Pandai tak? Pandai tak? Tapi nombor dua yang belum akhir tu saya buat sendiri. Hek eleh. Bukan susah sangat pon. Letak border swirl-swirl. Taip nama. Siap!

Nice. Tapi I want macam nombor dua. Sebab nombor dua BULAT! Bila bulat, maka sesuai untuk saya cop-cop dekat Doillies! Ya Allah, anak siapalah yang sungguh creative lalu bersengkang mata berjaga main internet malam-malam buta macam esok tak berkerja neh?

Hehe. I'm too excited! Otak terlalu laju mahu design itu dan ini.

Syuhada. Anda bukan saja setakat comel pandai letak eye-liner dekat mata. Tapi anda juga suka buat perbuatan menawan. Eceh. Silalah tertawan dengan I please. Girl saja. Guys cannot. Hati I sudah dimiliki. Weh weh sudah Syudddddddddd!




Untuk Mr. Fiance,
Awak, saya nak yang bulat. Designkan macam nombor dua pleaseeeeee! Tak terror lah nak design-design. Paling saya terror guna paint saja. Uhuk uhuk uhuk. *menangis sebanyak satu Sungai Rajang*


P/S:
Rubber stamp for wedding sangat popular di oversea. Most of bride-to-be or families akan menempah nama mereka berserta alamat. Siap customize OK! Di jual di etsy dan sebagainya dengan harga $20 dan ke atas. Tapi kalau anda creative dan perompak macam saya, copy, paste dan crop je nama diorang. HAHA

Tuesday, October 18, 2011

Grand Canyon

Aik?

Baru semalam berkobar-kobar cerita takmo makan. Sungguh-sungguh mahu diet. Tapi harapan memanglah sekadar harapan. HAHA. Memang engkau pantang di ajak! Laju-laju tadah mulut minta sesuap nasi. Like anak burung. Eh eh. Tak. No nasi I said!

Tapi tadi survey handphone. Lalu kemudian berkeliaran mencari sesuap makanan. Haha. Dah takda Subway, anything also can. Namun, syarat tetap syarat. Sungguhpun Fusilli dan nasi tergolong dalam adek beradek tak sebapa dan seibu. Tapi tak apa. Forgiven. As long as bukan nasi.

I opt for fusion dish! ;)

For Her;
Fusilli Tom Yum!

Errr. Gambar air aku yang menggiurkan lupa nak catch! Ceh!

For Him;
Orange Froze

Padahal rasa Sunquick! HAHAHA. Sumpah! Memang Sunquick semata-mata. Si dia sungguh kecewa lalu cakap baiklah dia buat sendiri dekat rumah! Bila ais mencair bertambah-tambah sadis. Dia cakap; "Bila dah cair macam ni dah macam oren Sunquick biasa je" Hehe

For Him;
Square Nasi Plus Lauk Tak Tahu!

OK OK. Fine. Kami berdua tertipu. Saya juga dah terlupa apakah yang di order si dia. Lalu kami biarkan je. Nasib baik tak usik lagi. Hakhakhak. Pastu waiter pon datang terkedek-kedek rembat balik makanan di atas. Haha

For Him;
Pataya With Fried Prawn

Prawn rasa rangup. Presentation? Nice! Cantik. Untuk Tom Yum saya not bad. Memang boleh blah serta pedas. Cuma, bila engkau kombinasikan dengan air minuman Coffe With Banana Cream rasa dia memang langsung tak kena! HAHAHA. Aku memang suka try benda pelik-pelik. Fine :p

Going back to Grand Canyon?

Neh. Menu dia tak berapa kena dengan tekak kami. Lain kali takmo cuba lagi. Hehe


P/S:
Hari ni sajalah nak melawa. Pakai eye-liner pastu kena tegur;
'Awak pakai apa bawah mata tu?'
'Err..eye-liner. Apsal? Buruk ke?'
'Taklah. Lawa' :)

Hehe. Suka! Suka! Ceh. Siapa tak suka kena puji memang gila! :P

Monday, October 17, 2011

New Stride!


*Gambar takda kena mengena dengan entri*
:P

Catchy bukan tajuk?

Eh kejap. Patutnya aku letak apakah itu my new stride. Heh sengallah Syuhada. Hihi. Baiklah. Dengan ini saya ingin mewar-warkan new stride untuk saya. Yang tidak berkenaan tak payahlah baca, ini entri membazir. Saya takkan mencanang cerita peribadi dah untuk kepuasan pihak kamu.

My new stride: NO RICE FOR WEEKDAYS!

Kedengaran macam ridiculous. Tapi saya pernah buat dahulu kala. Hidup untuk empat bulan menjadi pemakan paratha dan sardin secara tegar. Selain jimat duit. Badan juga menjadi sangat langsing. HAHA. Pastu terasa proud tak boleh blah bila kena puji. Ahaks.

Ketika belajar, berat saya memang amat degil. Lemak-lemak semuanya tebu, eh tepu. Sudahlah tepu, pastu buatlah apa pun. Tak turun-turun. Jog everyday. Makan sup sayur hari-hari. Herbalife bluwek bluwek. Pastu slim lah sekejap. Pastu gemuk balik.

Ketika mula bekerja, berat menurun disebabkan beban kerja yang tinggi. Setiap hari engkau akan mengisi trolley yang banyak sampai mata berpinar-pinar. Pada satu ketika engkau kena menjelajah satu hospital dengan beg plastik di kiri dan kanan tangan. Delivery! Delivery! Heh. Betapa classnya profession kami kini. Siap deliver ubat sampai bed! Haha

Pastu masing-masing mula perasaan yang saya sudah mula curvy *ceh perasan*

Tapi tapi

Kita lupakan kisah klasik itu. Sebaik saja berpindah ke Johor Darul Takzim ini, saya sudah menjadi tong gas kembali. Hahahaha. Ini dibuktikan oleh weight scale di rumah emakku. Balik-balik terus panjat weight scale. Pastu terus kena heart attack.

HOMAIGAAAAAAAAAAAAAAAT!!!!! *guling-guling*

Berat naik 4 kilooooooooooooooooooo! Arghhhhhhhhhhh! Pastu laju-laju menyalahkan mana-mana individu yang dirasakan layak menerima kesalahan. Kahkahkah. Of course salahkan tunang! :P

Oleh kerana hati telah memasang tekad untuk tidak menjadi pemakan nasi bila weekdays. Maka hari ini saya telah bermula! Hehe

Apakah perasaannya Syud?

Biasa-biasa saja. Agak lapar. Tapi boleh tahanlah. Takdalah tetiba aku kena epilepsy, fitting sampai terguling-guling ke lantai. Not till that stage lah.

Ada orang cakap; diet tu diet juga tapi nasi jangan abai. Padahal, nasi itu karbo. Karbo itu anda boleh dapat dari sumber lain. No worries. I got mine from roti and it felt good! Roti itu bagus sebab tak ada minyak, lemak dan lain-lain. Haha

Saya cuma sapu few spreads dan ready-to-be-eaten! :)

Makan nasi tak salah. Cuma yang salahnya lauk-pauk Malaysia! Dan since saya tak ada masa sangat (ceh alasan padahal malas), maka saya memanglah takkan masak any makanan kesihatan. Apa yang penting..kerjasaaaamaaaa! Eh get out kau wonderpets!

OK OK. Apa yang penting, saya nak kurangkan KALORI. So, lauk pauk Malaysia memang kita sedia tahu berkalori tinggi. Minyak dia mak datuuuuuuuuuuuuk! Kalau boleh 1/3 daripada periuk isi minyak semata-mata. Kaya raya dengan minyak sungguh. Haha

So, berikut adalah point-point berkaitan diet saya;

#1 - TIADA NASI pada hari kebiasaan.
#2 - LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
#3 - If it's not A JOG then let it be CYCLING! Hehe. Macam motto event pulak dah! :p

Tunang pernah cakap; 'Alah, lepas kahwin nanti gemuk juga!'

Errr lepas kahwin kita biarkan itu jadi cerita masa depan. Cerita masa kini patutnya kena sama-sama bertekad untuk kurus. So that pada hari bahagia kita akan menjadi insan paling bahagia sebab langsing dan comel. Hahahaha.

Kalau tak comel Syud?
Kalau tak comel aku pasrahlah. Tapi untuk sekarang, yang penting usaha escalator kejayaan.






Gambatte Kudasai!

Thursday, October 13, 2011

Nate Berukben!

Oleh kerana berukben 'sangat' memberikan kerjasama. Maka mari kita lupakan sebarang gambar untuk di upload. Tadi dah cuba dah. Serius dah cuba. Ingat nak upload gambar orang derma darah. Tapi %*^%$#. Never mind Syuhada. Bawaklah beristighfar banyak-banyak.

Memandangkan esok saya bakal pulang ke rumah ibu lalu menghadap wajah adik beradek tercinta dengan hati yang suka. Maka sebelum pulang, saya ingin sharing caring dengan anda semua perkara menarik di JOHOR BAHRU.

Tunang cakap lama-lama aku muaklah. HAHAHAHA. Biasalah. Baru jumpa memang impress lebih-lebih. Mungkin selepas ini akan menikmatinya setelah dua tahun tak jumpa :P

1. Kacang Pool. Ini antara menu hangat di JB. Ia adalah hidangan roti bakal berserta kuah kacang panggang yang berisikan daging dan diserikan dengan telur mata kerbau seketul, bawang-bawang serta cili hiris. Rasanya? Macam gravy coney dog A&W. Haha

2. Mee Rebus Haji Wahid. Err. Saya tak berapa pandai makan mee rebus. Tapi not badlah. But not to the extend yang mahu makan lagi dan lagi.

3. Meatball IKEA. Yang bertatahkan jem strawberry lalu disaluti dengan gravy light berperisa barbecue (Eh ye ke?). Diserikan dengan french fries yang gemuk-gemuk di atas pinggan kindergarden berwarna-warni. OK. Aku tipu. JB takda IKEA. Sob sob sob *kesat hingus*

4. Murtabak Singapore. Meskipun terletak di Malaysia. Namun, ini boleh kita kategorikan sapi punya susu, lembu dapat nama. Err. Maksud aku. Dah memang murtabak. Dah memang buat dekat Johor. Kenapakah Singapore juga dapat nama? *&^#$^&. Kalau agak-agak nak sangat murtabak Singapore. Sila ke Zam-Zam di Singapore. Sila makankan untuk Syud murtabak Rusa. Hehehehehe.

5. Steamboat & BBQ. Kedua-dua ini sememangnya bermaharajalela di sini. Like King I must say! Pergi sana nampak steamboat. Pergi sini nampak BBQ. Memang sangat king lah pendek kata. Nampak tidak pemakanan orang Johor sihat-sihat belaka? Sudahlah sihat. Boleh didapati dimana-mana pulak tu. OK. Yang tak berapa sihat kalau engkau sumbat banyak-banyak. Pastu takmo exercise. :P

Cukup kot 5?

Any penambahan boleh letak sendiri. Gambar tidak disertakan sebab aku takda daya. Kahkahkah. Entri sebegini memang membazir.

Fine. Takyah baca. Nak mandi dan tidur.

Esok tak kerja. Yahooooo yahooooooooooooooooooooooooo! *lompat katak*

P/S:
Sebenarnya rasa macam nak tutup blog. Sebab asyik di bawah pemerhatian dan menerima tuduhan-tuduhan yang hanya Allah tahu sejauh mana kebenarannya. If let say, I close this blog, would you (reader) mind?

Sunday, October 9, 2011

Simple-Yet-Cute!

HOMAIGATTTTTTTTTT!
I'm so in love dengan doorgift sebegini.
Cute! Cute!
*sawan*



Surat Cinta

......For my Darling Fiance

Dear,

I'm happy, content and deeply in love...with you. Selain daripada 3 perkataan tersebut, bagaimanakah harus saya describe kan perasaan ini?

Semalam antara hari yang patut saya jot-downkan dalam blog. Awak tak tahu tapi saya nak bagitahulah ni. Haha. Saya rasa awak sungguh comel waktu awak cakap 'YES! YES!' dalam kereta sambil tangan buat emoticon ting ting ting chaiyyok (versi yahoomessenger). Very the comel!

Awak very comel bila awak sanggup ikut saya jadi Panel Penemuduga. Padahal you won't be sitting with me pon. Kita terpisah selama beberapa jam *ceh drama*. Orang bawak diri, aku bawak tunang. HAHAHAHA.

Thank you! Thank you! Thank youuuuuuuuuuu!

Kalau tak ada awak maka saya tak tahu siapakah bakal menemani saya di sepanjang perjalanan Mersing-JB. Mungkin saya akan tertidur-tidur takpon cakap dekat Jaja takmo joinlah! I ada motion-sickness. Cannot drive long-distance. Ceh kononnya.

Awak juga very comel bila ikut saya beli kangkung untuk Snowbie. Sangat funny bila time nak bayar awak hulur 50sen! Kahkahkah. See Snowbie. Daddy bayarkan 50 sen. Eh eh. :p

Selain very comel. Awak juga so sweet dan caring. Bila saya blink blink mata ajak makan Kacang Pool semalam awak terus senyum je. Awak tak say a word tapi tadi after saya dah edar dadah sirap merah, awak SMS; 'Tengah hari karang kita makan Kacang Pool' :)

Nah! Gambar Kacang Pool! *suka suka*

Awak ni manislah. Buat saya jatuh sayang everyday!

Love;
Your Fiance

OK. Surat dah habis. Sambung cerita pulak. :P

Semalam saya super mengantuk sebab overloaded after swimming. Hehe. Padahal sebenarnya memang habit, kalau hari tu swimming maka mata aku cepat ting-tong. Lepas tu terlepeklah aku dekat sofa after dinner with his family. Padahal konon-konon nak balik sebab esok kerja.

Sedar-sedar je dah pukul 6 pagi. Hahaha. Ya Allah hodohnya perangai engkau Syuhadaaaa! Datang rumah orang pastu tertidur secara berjemaah dengan sedara mara tunang.

I guess it happened for a reason.

Sebab saya kerja; lalu tak boleh menghantar bakal PIL ke airport. Both of them bakal mengerjakan haji.

After breakfast, dengan muka tak mandi sedaya upaya tadah muka paling boleh blah. Kalau tak boleh blah juga maka berpura-puralah boleh blah.

Aik? :))

Waktu Bakal MIL berdiri lalu memeluk dan cium pipi saya, I'm touched. Bertambah touching bila dia berbisik; 'Doakan Mak'. Terus speechless lalu tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Sudahnya saya terjawab; 'Selamat' :)) *Aku sebenarnya tak faham apakah jawapan aku tu?*

For me, after 40 days dan mereka selamat pulang. I should start calling her Mak. :)

Maka there you goes; reason kenapa hari ini saya terus membuat SMS sweet kepada darling fiance. I wrote this;

"Hello. I'm an SMS from your fiance who would like
to say how lucky she is for having you in her life &
she thinks she loves you really much!"

Chessy bukan?


Heh. Ada aku kisah? :P

P/S:
If I have to fall in love again, I will definitely choose to fall in love with you again and again :)

Friday, October 7, 2011

Gelap-Keluar!

Dalam istilah Caucasian; BLACK OUT.

Inilah. Saya nak cerita perihal kejadian yang tidak tersangkakan. Tadikan, after balik kerja. Rumah sungguh gelap gempita eh gelita. Tiada kedengaran sebarang bunyi. Sudahlah hujan turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum. Aik aik? Itu bukan iklan Cococrunch ke Syuhada?

HAHA . OK lah. Sambung sambung.

Tapi oleh kerana saya hendak menghadap Tuhan, pastilah mahu membersihkan diri. Baju kurung sudah ternoda dek kerana lopak-lopak air dari permukaan jalan raya. Err. Ayat engkau tak boleh lagi kompleks ke Syud? :P

Persoalannya sekarang, rumah gelap. Anda tahu tak perasaan nak mandi tapi rumah gelap tapi tak ada lilin?? T____________T

Fuh. Tekanan perasaan hoccay!. Tapi dek kerana mahu juga mandi, maka aku gagahkanlah diri mandi dalam gelap.

Tengah seronok main scrub-scrub dengan haruman Apricot, tetiba; 'KETING!'

HOMAIGOTTTTTTTTTT!!!!

Dengan laju-laju terus melutut ke lantai. Tangan teraba-raba ke kiri dan kanan. Tapi objek yang dicari tidak dijumpai. Tiba-tiba;

'PLUP!'

OK fine. Sejak bila engkau berputar masuk sana pulak dah? Makkkkkkkkkkkk nak nangisss!!

Bismillah. HAHA OK aku tipu. Gila engkau nak buat perbuatan semacam ni baca Bismillah? Actually pada saat itu aku berdoa dalam hati semoga saluran itu tidak dalam. I need to get my belonging back. Fast!

Tutup mata. Seluklah tanpa perasaan ragu-ragu. HAHAHAA.Tak apa. Dah gelap dah pon. Anda takkan tahu dah apa ada dalam tu. Rasanya semua bahan kumbahan sebelumnya telah selamat diflushkan. *ayat sedapkan hati*

Ya Allah. Dapat balik! Hooray!

Terus bertango dalam bilik air sungguhpon actually aku tak faham kenapa seronok sangat CINCIN RISIK saya melurut jatuh sehingga tergolek-golek ke dalam lubang......err takmo sambung :p





P/S:
Pesanan penaja - cari cincin biar betul-betul fit jari jemari anda. Kalau longgar maka macam-macamlah bakal jadi.Sebagai contoh; hari 1st pakai dulu, cincin saya masuk dalam pinggan berisi nasi dan lauk pauk. HAHA

Thursday, October 6, 2011

Syuhada & Lara

Ini bukan drama Jiwa & Lara. Yang itu sumpah aku tak tengok malah tak hingin pon nak tengok drama adaptasi novel yang penuh penipuan. Bluergh bluergh.

Ya Allah. Saya sedih.
Ya Allah. Kurangkanlah perasaan sedih ni.
Ya Allah. Janganlah bagi benda ini berulang-ulang lagi. Sangat pedih perasaan ini.

Perasaan yang tak tertanggung bila mana hmmm. Entah. Tak tahu nak story. Yang pasti, saya takmo anak-anak saya rasa apa yang saya rasa. Saya takmo takmo takmo. Saya susah nak story dekat anda sebab ini bersifat sangat personal.

Kadang-kadang bila tengok orang lain, saya selalu cemburu. Cemburu bukan setakat sedikit tapi sumpah meluap-luap sampai menitiskan air mata. Lebih daripada 1litre of tears. Itu saya boleh bagi jaminan.

Tapi kemudian. Saya kena pegang balik prinsip hidup seorang muslimah; 'Bersyukur dengan apa yang ada, Bersabar dengan apa yang tiada'. Saya selalu senyum bila dapat kiss pada pipi. Sebab kemudian jantung rasa loveable.

I miss Amy. Mana adik saya itu yang akan cium saya each time saya minta di kiss? Jauh :'(

Susahnya menjadi dewasa. Susahnya. Banyaknya tanggungjawab. Banyaknya perasaan yang nak dijaga. Lalu susah hati. Lalu rasa bersalah tak henti-henti. Lalu aku pon tengah menangis atas keyboard sambil lap muka yang penuh dengan yogurt ini. HAHAHA

Ceh sememeh. Tak comel langsung!

I hate this feelings. Siapa suruh engkau baik hati sangat?

PADAN MUKA!

Tuesday, October 4, 2011

Women (Bukan Womenizer)

UNSUR MENGIKUT GILIRAN ADIK-BERADIK
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Lihat?

Memang tak syak lagi saya ni SANGAT ROMANTIS! *gelak guling-guling*

Monday, October 3, 2011

Perfect


Dear Md Imran,

They said 'Love means you can never be apart'
And somehow, I do agree
Because you're here,
Inside of my heart
:)

Inspiration?

My all time favourite writer - James Patterson
Go and read his romantic books. I love all of 'em!

#1 - Sam's Letter To Jennifer
#2 - Suzanne's Diary For Nicholas
#3 - Sunday's At Tiffany!

He's a full-time writer and if you happened to read his name, most of them are serial killer versions (which me don't like so much). I'm searching for more his romantic novels.

Sekarang anda dah tahu kenapa saya begitu jiwang?




The-he-heee.
*jalan jingkit-jingkit kaki sambil senyum comel*

Sunday, October 2, 2011

Sebuah Cerita

Selamat Malam.

Err. Memang benar dewasa kini saya gemar berkongsi cerita-cerita. Sama ada fakta atau auta. Ha, yang itu kita tak tahu. HAHA. Hey sengallah engkau ni malam-malam hari Syud!

I love the smell after bath!

Lagi-lagi haruman shampoo Dove yang melembutkan rambut lalu membuatkan saya terasa seperti seorang bayi. Heh apa engkau merepek ni labuuuuuu?

Esok dia tak ada. Sobs. Haih kes berat dah aku ni. Wajibul ghunnah dinikahkan dengan kadar segera. Hahaha. OK bergurau. Kami ok. Under control. Setakat ini masih lagi di paksi dan orientasi yang betul. Belum weng weng :p

Maaf. Tiada foto untuk dishare. Ceh Syuhada. Kami bosan dah dengar alasan engkau tu. Kelak takkan ada yang mahu bertoleransi dan membaca cerita peribadi engkau dah. Aik? Jujur pon salah? Hehe

Tapi seriuslah. Sungguhpon memiliki seketul iPhone, namun masih tidak rajin membuat aktiviti tangkap gambar. Kalau boleh mahu saja saya share gambar DAUN KELEDEK. Sebab aku sungguh malu membangga diri tak semena-mena konon-konon pro padahal bila dah ke belakang rumah Wan aku terkial-kial.

Sebenarnya.....saya salah pokok. Kahkahkah. Bila dengar KELEDEK terus register dalam otak pokok KELADI. Ahahahaha. Malu weh rasa nak sorok muka dalam telaga.

Weekend memenatkan. Namun penuh dengan kecintaan. :)

I love goofing around dengan kanak-kanak. Mereka love Snowbie so much. Mereka love Kak Syuhada so much too. Ececeh perasan. In fact insiden paling tak terlupakan adalah bila si petah Ana bercakap;

#1 - 'Kak Syuhada kawan Abg Im ke?' (Sesudah berjam-jam kami main tak tentu hala baru nak tanya?). Lalu terkulat-kulatlah Syuhada serta tunangnya tak tahu nak jawab apa. HAHA

#2 - Ana tarik-tarik tudung saya sebanyak aku tak tahu nak storylah. Sudahnya, waktu solat Zohor dia beria-ia follow masuk toilet! Bila dah buka tudung dan nak berwuduk, tetiba aku tengok budak kecik sorang tu dah jadi statue. Mata tak berkedip macam nampak alien.

Ini huraian serta sedikit perbualan insiden #2

Kak Syu: 'Apsal tengok akak macam tu? Akak tak botak. Ada je rambut ni ha' *gelak*
Ana : 'Cantik rambut Kak Syuhada.'
Kak Syu: 'Ek? Hehe. Mekaseh' (Padahal apa cantiknya den sendiri tak tahu)
Ana : 'Alaaaaa.Janganlah ikat!'

Aik?

Marah pulak dah saya ikat rambut. HAHAHA. Comel sungguhlah. Sudahnya I told her nak ambil wuduk senang. Dua hari berkepit dengan Ana macam-macamlah dia bebelkan. Buat saya rindu pada Amy. Sobs

She is only 5. Amyzahrah is 6.

Malam semalam waktu nak tidur. Ana menyelit between kami. Sambil gaduh dengan Awa, tak habis-habis dia tanya apsal saya still dengan tudung. Apsal nak tidur pon masih pakai tudung. Err tak tahu nak jawab apa. Sudahnya aku main fight dengan dia. Don't pull my tudung Ana! :))

Balik kampung amatlah fun!

Dah lima tahun tak rasa balik kampung yang benar-benar seperti balik kampung. Dengan riuh-rendahnya. Dengan budak-budak asyik nak berkepit dan laung-laung nama macamlah saya ni diva. Makan seperti tiada esok. HAHAHA. Seriuslah. Ini kalau timbang mau dah naik berkati-kati T___________T

Apsal aku takda berasa seperti orang mahu kahwin sebab asyik melantak? Haiyya!

Dahlah lauk kampung best. Pastu bila balik dapat Gulai Asam Pedas pulak dah. Slurp slurp. Sebenarnya kalau nak buat perangai buruk pasti dah pergi cari sudu pastu ratah kuah. Haha. Hakikatnya, saya ni tak reti masak gulai Asam Pedas. Reti makan je.

Hahampeh bukan?

Pastu bukannya nak pergi menolong. Boleh pulak dah main Snowbie. Main bowling guna Wii. OK. Silalah reject I. I memang tak layak dibuat bini. Hahahaha. Sebenarnya nak tolong. Tapi tak tahu nak tolong apa. Sudahnya TOLONG TENGOK je. :))

Balik kampung sangat seronok! Ulang lagi ayat.

Saya suka balik kampung. Lain kali balik kampung saya bertekad akan rajin ke kebun. Tolong kira buah pisang ada berapa tangkai. Kahkahkah. Kali ni saya tak ke kebun sebab....

Semalam tidur-ku sumpah tidak lena. Badan berbintat-bintat hasil gigitan nyamuk-nyamuk durjana.Tahulah darah I manis!

Maka lepas Subuh sambung tidur balik. Ceh ceh alasan :p

Sebelum saya beradu; terimalah pantun gedik daripada Encik Tunang.

'Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan'


Pastu aku jawab gini;
'Perasan! Siapa nak rindu awak yang macam Doremon tu?' Hakhakhak.