Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 31, 2011

I.M.Y


'I miss you like I'm missing the sun during this heavy monsoon rain,
I miss you like I'm missing faraway home,
I miss you although I didn't say I did,
I'm arrogant, ego & childish,
And I do hope you miss me too,
As much as I do,
Miss you.'





P/S:
Motiflah aku menjiwang pagi-pagi hari ni? I miss him-lah! Dah penat dah merajuk. Sudah-sudahlah tu. Bukannya dia reti pujuk. Habis-habis pun dia buat muka tak malu sms macam tak jadi apa-apa. Haih. Makan strawberry celup milo lagi baik.

Friday, December 30, 2011

Happy Meal!

Niat utama datang bekerja pada pukul 7 pagi adalah menyiapkan segala Reten PF, KPI, CPD dan blablabla. Sila jangan tanya hapekebenda semua tu.

Lalu terperasan ada inbox message pada fb. Oh ye, belum masuk waktu bekerja maka saya on fb. Sambil menyelam minum air. Bukankah bosan buat kerja takda hiburan? (Padahal fb bosan juga pagi-pagi)

Lalu pagi itu, aku telah mengalirkan air mata sebanyak satu gelen. Mungkin lebih lagi. Maaf takda penyukat. Hakikatnya, aku memang ratu air mata. I was touched.

Tapi ego masih setinggi gunung. Lagipun, heh mana ada strawberry yang diperkatakan itu? I slept at 11pm last night kot.

Petang ini, after pulang dari bertempur di Jalan Tebrau yang tidak kucintai dengan kereta dan motor bergasak-gasak pulang dari Singapore. Saya jengukkan kepala dalam fridge.

Eh, wait a sec.... Itu apakah? (Nampak beg kertas coklat)

Dan tertulis nama saya dengan ink biru yang agak sudah comot tulisannya. Lalu laju-laju selongkar beg kertas dan jumpa....

HERSHEY'S!

Sesuai untuk menyejukkan hati yang sedia panas. Tapi apsal aku tak sejuk-sejuk lagi neh? Haih haih. Nak kena rendam dalam ais apa Syuhada?

Lalu segala isi beg kertas aku punggah keluar.
Ada Hershey, Korea's Strawberry dan kertas kuning.

Di atas kertas kuning tertera 'Imran's Happy Meal'. Hmmmm kalau macam tu bukankah patutnya Happy Meal ni untuk Imran? Bukan Syuhada punya kan?

Now, anda fikir ini romantik?

Fikirkan sekali lagi. This is the second time saya menerima sesuatu seperti INI dan kali kedua ini pun tak jauh bezanya dengan yang pertama. You have to merajuk. Tarik muncung platypus sepanjang dua depa siap boleh sangkut hanger apa semua.

Errr. Sekarang ni engkau rasa terpujuk ke apa Syuhada?

Entah. Hati rasa macam ABC. Air Batu Campur. Semua benda bercampur-campur. Life tak thrill. Life adalah sesuatu yang expected. Engkau kena merajuk baru dapat. Engkau kena minta baru dapat. Engkau kena buat perangai rasa nak lesing baru dapat.

Bunyi macam tak reti nak bersyukur kan?

Entahlah. Aku rasa kasihan dengan diri sendiri. Tapi aku lebih kasihan pada dia sebab mengasihi aku yang perangai entahapehape ni T_______________T



P/S:
Anda semua silalah jangan contohi perangai saya ni. Buruk yang amat!

Wednesday, December 28, 2011

The.Envy.Me

Saya memang kuat emosi. Kalau hari-hari dapat emo saya boleh migraine. Err bila datang penyakit ni Syud? Entah. Diagnose sendiri. HAHA

Selain kuat emosi. Saya juga kuat cemburu. Ya Allah, sumpah sudah cuba tidak berharap banyak-banyak. Sudah cuba untuk pejamkan mata dan buat tak tahu. Tapi tapi, entahlah. Sobs

Hari tu, saya nampak 5 stalks of roses tersusun cantik-cantik. Not for any special occasion pun. I bet the roses came without perlu diminta. Saya nampak lori Famous Amos yang comel-comel. Walaupun isi entah apa-apa iaitu gula-gula aneka jenis tapi entah; rasa bestnya! Haha. Bukankah aku dah cakap, perangai aku memang bukan-bukan.

I used to wrote this, 'Love itself is thrilling, if you feel like losing it, set back the spark!'

Salah saya ke demanding?

Tadi saya borak dengan Kak Ujie, Kak Ujie cakap waktu bercinta dulu bunga tak lekang dari tangan Abang Burn. Hehe. Comel!

Lelaki dan perempuan berfikir dari dua sudut berbeza. Lelaki rasa perempuan ridiculous, membazir, suka benda bukan-bukan. Perempuan pula rasa benda tu comel, romantik yada yada. Ya, kami suka dimanjakan. Kami tak suka kena layan macam kawan-kawan. Kami memang suka buat comparison. Errrr..., in another word, kami ni terukkan?

Eh ke aku sorang je yang teruk? Wawawa

Mungkin sebab kepala otak aku macam kartun. Maka aku berfikir secara kartun. Tak hidup di alam nyata. Eh tak. Sebenarnya lebih kepada seringkali disogokkan dengan cerita fairytales maka berharap-harap life akan jadi serupa fairytales.

Actually saya tak tahu apa yang saya nak, dan saya tak tahu apsal saya emo. Nak peot kah? Maigosh. Takpun ni sebab stress semua rancangan kahwin ke longkang? T___________T

Saya tak suka kena cakap. Saya tak suka kena bagitahu itu, bagitahu ini. Saya tak suka. Tak suka. Tak sukaaaaaaaa! *headbanging*

I love surprises and I love to hope.

Tapi hope is only a word, a term yang surreal. Ah sudahlah. Nak pergi kerja.

Babai belog! I love you! Cuma engkaulah papan (virtual) tempat aku menconteng buat luahan perasaan. Uhuks

Sunday, December 25, 2011

Yeayness!

Awww! So cute!
Sumber: GOOGLE

Bercakap mengenai persiapan. Yang di atas serta di bawah adalah idaman. Err idaman engkau adalah pokok Syuhada? YES! Tepat sekali. Pokok! Saya mahukan dua pokok. Satu pokok menggunakan board keras berwarna putih. Another one adalah pokok tak perlu guna board. Dalam erti kata lain, saya mahukan pokok ORIGINAL. Hehe

Pokok di atas mahu diletakkan di atas meja pengantin. Buat menyemak ruang. Hahahaha. I don't care. I love the pokok! Awesomely cute!

Ini pokok kedua. Saya dah suruh adik carikan. Harap-harap dia jumpa. Pokok ni nak diletakkan di depan khemah sebelum orang ramai berpusu-pusu masuk bersantap. Ya. Pada hari keraian saya, semua orang adalah Raja dan Permaisuri sehari. Maka kita ajak mereka bersantap =)

Sebelum masuk bersantap, I want to put a table. Meja yang simple tetapi di atasnya ada bowl berisi Doilies yang berwarna-warni (or maybe pink only sebab I is malas. HAHAHA). Doilies ini akan diikat dengan riben. Nanti tetamu boleh ambil magic pen dan scribble anything di atas kertas doilies itu. Yeayness! Comelnya kertas ucapan tu nanti.

After dah scribble, tetamu yang disayangi dijemput menggantungkan doilies siap beriben itu pada pokok kedua ini. Thank you mucho! Love you ols muah muah! :D

Setakat ini, itu saja idea yang sedang mencurah-curah ke dalam kepala otakku.

Macam tak percaya, lagi dua bulan, dua minggu, dua hari. So scary! Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan kami. Sungguhpun kami berdua ni sungguh berleka-leka dan tak reti-reti nak buat preparation :p

Thursday, December 22, 2011

Terima Kasih, Sayang!

~IF~

If it's raining tonight,
Will you be there as my shelter?

If storm comes from nowhere,
Will you be there to protect me?

If stars stop shining above my night,
Will you be my moon and be here by my side?

If I shattered into pieces,
Will you be there to hold me tight?

If the whole world walk out,
Will you stand there stood and still?

If suddenly I lost everything,
Will you still think that I'm your everything?

If tears drop down trough my cheek,
Will you wipe it and held it from falling?

If I say I don't care and walk away,
Will you grab me back and say I'm sorry?

If only I say I don't believe in if,
Will you assure me that it is not IF?


~As I hope there is no If... As I hope there is no uncertainties~
1.56.p.m , Saturday,April 12, 2008, S.A

Awak, you're my shelter. You protect me from segala-galanya. Bila saya nangis awak sentiasa cuba cari jalan supaya saya tak nangis dah. Even terpaksa layan budak-budak tak cukup akal macam saya ni, awak sabar. Sangat-sangat sabar.

When I was shattered into pieces, awak cool me down. When the whole world walk-out, you're still there, stood and still. Never give up on me even saya selalu cakap saya give up dekat awak. :D *keji*

Bila saya nak walk-away, awak grab me back. Awak, you're the only exception :)

Saya tak tahu apa yang buat awak jatuh cinta dekat saya. Saya punya seribu juta perangai buruk, kuat mengaruk, kuat nangis, kuat membebel, kuat makan, err...kuat segala-galanya. Dalam erti kata lain, mungkin ada pengaruh genetik Badang. HAHAHA

Engkau juga kuat mengarut Syuhada oii! Eh shut up kau.

Manakala awak tidak. Awak seriuslah super baik lalu melengkapi segala macam perangai saya yang tak baik dan macam tak baik-baik ni. Hehe. Bila saya cakap dekat Amy; "Ya Allah, manalah nak cari lagi sorang Imran untuk Amy ni!"

I mean it.

Bukan senang orang nak handle saya. Serius tak senang. Mungkin nampak macam comel-comel beruang luarannya. Tetapi dalamannya adalah seorang kanak-kanak yang tak berapa mumaiz. Kahkahkah. Mumaiz di sini bermaksud tak berapa cerdik akal.

Contohlah, bila saya cakap nak iftar dengan awak petang tadi. Pastu saya reply macam ala-ala nak merajuk *padahal mengada-ngada* sebab awak tak balik lagi, awak laju-laju jawab you will be there. Even lambat, tapi awak tetap datang :)

Saya memang selalu jatuh cinta lalu terharu-haru setiap kali awak buat macam tu.

Thank you awak. Terima kasih banyak-banyak sebab jatuh cinta dekat saya yang sangat tidak sempurna ni. Terima kasih sebab pilih saya sebagai bakal zaujah awak. Terima kasih sebab bawa saya ke dalam hidup awak.



.......dan terima kasih sebab selalu ada untuk melayan kerenah saya yang macam-macam hal ni.

Wednesday, December 21, 2011

Sesi Conteng & Kesedaran Sivik

Setiap kali saya dispense ubat, maka setiap kali itu juga mulut akan mengeluh; "Ya Allah, banyaknya ubaaaaat! Tak penat ke makan? Syuhada yang tengok pun naik penat". Kadang-kadang kesian.

Iyalah. Siapa yang nak sakit? Anda mahu? Anda? Anda? Ceh Syud tulis macam banyak orang tengah baca. HA HA HA

Kadang-kadang rasa macam nak nasihat je tolonglah takyah makan ubat banyak-banyak. Ingat makan ubat banyak-banyak boleh jadi perkasa ke? Pastu tolonglah. Please please ubah mentaliti tu. Bila engkau sakit, bukan setiap part yang engkau sakit tu perlukan ubat yang berbeza. Sebenarnya, Paracetamol a.k.a PANADOL tu pon boleh menahan segala macam sakit.

Dah nama pun ubat TAHAN SAKIT. Takyahlah sakit leher minta ubat lain. Sakit kepala minta ubat lain. Sakit mental...errr.. OK OK, sakit mental boleh minta ubat psikotropik. Haha

Kadang-kadang geram juga. Rasa nak sekolahkan semua orang yang dijumpai tu. Tapi masa sangat limited. Apa anda fikir kerja saya dekat kaunter tu mudah? Setakat dispense pastu cakap; 'OK pakcik. Dah ambil ubat. Boleh blah'

NO NO NO.

Sebenarnya, hatiku sungguh rawan bila acapkali daku bertanyakan nama ubat yang dimakan. Ada ke patut jawab entah? Ini boleh mendatangkan kemarahan! Haiyya! Ada yang siap jawab, "Ala, baru 10 tahun makan"

WHOATTTTTTTT?

Pastu nak tunggu berapa puluh tahun baru kenal nama ubat-ubat sendiri? Tiga puluh tahun? Seratus tahun? Grr Grrr *gigit bantal*

Take note. Setiap penyakit kronik tu ada berjenis-jenis ubatnya. Kalau nama ubat pun tak tahu macam mana kami (pegawai farmasi) ni nak tolong? Kalau setakat jawab; "Pakcik makan ubat darah tinggi yang putih-putih tu" memang boleh menaikkan darah aku sekali. Masuk lift terus ke tingkat teratas T_______________T

Ubat ni macam anda beli barang. Contohlah, beli air ais krim soda, sekejap brand F&N, kejap brand Cap Masjid. Eh tu bukan brand teh ke Syud? Err abaikan. HAHA. Tapi macam tulah. Nama brand mungkin berbeda tapi ubatnya sama. Bila dah kata berbeda maka selalunya rupa, warna dan rasa juga turut berbeda. Tapi ubatnya tetap SAMA. Ada faham? Dalam erti kata lain, tolongggggggglah tahu nama ubat (yang generik)

Klinik Kesihatan adalah primary preventer.

Tapi bila attitude jadi problem, I is sedih. Masa adalah limited (ulang lagi). Tak sempat aku nak buat syarahan panjang-panjang dekat kaunter tu sebab terpaksa berlumba-lumba dengan mesin QMS, kejar KPI Menteri. Heh, kata yang menurut perintah bukan? :P

Piagam pelanggan; "Setiap pesakit akan mendapat bekalan DALAM MASA 30 MINIT"

Maka terpaksalah saya tidak membebel panjang-panjang. Padahal sebenarnya memang rasa nak basuh dan sekolahkan je banyak patient. However, customer is always right yada yada tergunapakai di sini.

For me, lambakan pesakit di hospital dengan masalah penyakit kronik dan komplikasi buah pinggang dan lain-lain yang teruk menunjukkan kegagalan sistem. Ya, kami BERSALAH. Kami tak sempat nak sekolahkan semua orang. Kami tak sempat nak pantau macam mana anda semua ambil ubat, kawal makan/minum segala macam dan paling penting, anda tahu tak masalah yang anda hadapi sebenarnya?

Kami di primary setting BERSALAH sebab tak beri tunjuk ajar yang sempurna. Kesedaran sivik yang secukupnya.

Tapi tahukah anda orang yang paling bersalah?

OF COURSELAH ANDA! (Ha ambik kau aku capitalkan!)

Siapa suruh anda sakit? Ada kami suruh? Tak ada kan? Pastu tolong jangan jawab, 'Eh sebab kami sakit nilah sumber rezeki engkau. Kalau kami tak sakit siapa yang engkau nak bagi ubat?.'

Anda kena ingat, kalau anda seorang Islam, segala yang anda miliki kini adalah amanah Allah SWT. Kalau anda tak jaga dengan baik, satu masa nanti, saat bertemu dengan Dia, silalah jawab kenapa amanah itu tidak dijaga dengan baiik termasuklah kesihatan dan tubuh badan anda tu.

Sudahlah anda sakit. Anda tak bother langsung kepada nak memperbaiki keadaan.Anda tak tahu pun sakit anda tu macam mana. Kalau kencing manis anda main makan je sesuka hati dan sesedap rasa tekak anda. Kalau darah tinggi lagilah dua kali lima. Rasa nak buat smackdown pon ada.OK takyah bayangkan camne aku smackdown orang tua. HAHA. Hep Syuhada. Tak baik. *OK insaf-insaf*

Daripada sebutir biji ubat, anda makan dua butir, kemudian tiga butir. Kemudian berbutir-butir sampai mata aku naik rimas! Kalau betul itu disebabkan komplikasi penyakit, faktor penuaan. Maka saya maafkan. Tapi pastu tolonglah, tahu penyakit dan ubat yang anda ambil.

Lagipun, tak sempat kami dekat Klinik Kesihatan ni nak kawal anda 24jam. Nanti bila orang nasihat cakap membebel. Bila suruh start ambil insulin tak nak. Padahal gula dah cecah 20 dah. Ish ish ish. Pastu gaduh dengan doc membebel dekat aku pulak. OMG!

Kalau anda tak kontrol penyakit anda apa kami kisah? Gaji kami tetap jalan. Cuma kerja jelah makin berlambak. HAHAHAHAHA. Sorang patient ubat sampai 12 jenis. Haha sangat seronok. Bolehlah ulang-ulang cakap sampai saliva kering :p

Eh dahlah.

Banyak sangat tulis ni. Mata ngantok. Tata!

Monday, December 19, 2011

Sweet Proposal

Jujurlah. Siapa yang tak mahu dipropose secara sweet lalu tercair-cair (and maybe menangis terharu) bukan?

Saya pun teringiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin sangat-sangat! HAHAHA

Motif kau menggedik malam hari ni apehal Syud? Eh mestilah. Eh of courselah. Berkahwin itu sekali je seumur hidup tahu? (InsyaAllah).

Jadi nak sharing video di bawah. So comel :)


Sebenarnya video ini sedang dikongsikan secara berleluasa di dalam facebook. HEHE. Cik Dena, you're soooo lucky! Dapat D3100 berserta sweet proposal inside of it? Oh bulan, sungguh jatuh ke riba. Errr tapi tak applicable pada Syuhada.

Sebab?

#1 - I'm already engaged

#2 - Saya pernah punya D3100. Walaubagaimanapun, D3100 telah dijual sebab tak digunapakai. Wakakaka

#3 - Cik abang sayang dah pernah propose. Walaupun propose takda keluar bunyi langsung >.<

Tapi tapi. Dah dapat dah bunga. Walaupun bunga itu dapat setelah mengelmosi dan menghantar SMS betapa tak romantiknya beliau. Hahaha.

Proposal?

Hmm. Biarlah aku bermimpiiii (nyanyi lagu tema Tentang Dhia). Sebab cuma dalam mimpi je aku akan dipropose secara real (berdepan, face to face). Di alam nyata, sudah-sudahlah berangan tu Syuhadaaaa....

OK dah.




Sekian. Entri berakhir di sini. Bye!


Eh kejap. Sila komen dan bagitahu, ada ke patut adik-adik cakap muka saya macam Najwa Latif? Tang mana yang sama?

Story sikit sineh!

Thursday, December 15, 2011

Mimpi Manis-Manis

Fazilah Ahmad kata;
' when she emo..rasa nk pulas2 hidung dia..
when she childish..terasa spt sgt disayangi olehnya..
when talk a lot..jgn hrplah nk tdo awal...hahhahaa...
but when she not around...i miss her so much....'

I miss you too. Mucho mucho! Lagi-lagi lepas baca komen yang keterlaluan manisnya :)

Hi Pembaca! (Kalau ada).

Maaflah saya very the busy. Sekalipon tidak busy. Internet lewat kebelakangan ini amat mendukacitakan. Selain mendukacitakan, saya memang sibuk yang tidak tipu. Sungguhpon actually hari ni tadi berangan mengupload gambar barang setangkai dua, tapi aku penat. Sorrylah. Lain kali tempek foto :p

OK. Sudah kau Syuhada cakap berbelit-belit. Straight forward please!

Pertama sekali, terima kasih tidak terhingga kepada Encik Tunang kerana telah membelikan durian sebanyak satu bekas di Jusco. Pastu kami bantai makan sampai kereta berbau-bauan dengan haruman durian. HAHAHAA. Impulsive act. Tetiba je beli durian padahal patutnya beli riben. Ini semua salah SSF!

Ada ke patut tutup pukul 8 malam?

Tak patut tak patut.

Kedua, hati saya sedang dilanda kerunsingan. Lalu mulut tak habis-habis membebel itu dan ini dan menyerabutkan hati sang Teruna. Kasihan beliau. Kenapalah beliau mendapat saya yang tak sudah-sudah menserabutkan hati dan perasaan? Aiyo!

Tak mudah rupanya nak kahwin ni. Serius tak mudah. Masing-masing sedang cuba adapt diri kepada pelbagai situasi yang tidak diduga. Lagi-lagi bila dapat a predictor macam aku ni. Suka sangat predict itu dan ini. Dah siap bagi projection what-will-happen-in-future. :))

Kelakar kan?

Tak. Sumpah tak kelakar. Aku sedang berfikir secara serius lagikan waras. Saya merasakan isu-isu yang saya bawa agak berat. Sampai terdiam-diam En. Tunang. We are trying our best to make the best decision. Tak sampai hati OK tengok dia terdiam. Lagi tak sampai hati nak menimbulkan isu tu.

Kalau ikut hati nak cakap benda manis-manis je sentiasa. Kalau ikut hati rasa nak bercinta je sentiasa. Kalau ikut hati takmo cakap langsung pasal benda tu. Tapi I is runsing. Hati I rasa nak exploded lalu memuntahkan segala isi hepatocyte. Hmmm. Entahlah.

Tapi, whatever it is. Biarlah. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami.

OK. Dah. Aku tak larat menggoreng ayat dah. Masa untuk bantal!





Goodnight Everybody!





Errr..apa orang putih kata? Sweet dream? :D

Thursday, December 8, 2011

Alangkah Indahnya....

Kalau duit tumbuh dari pokok seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tak payah susah-susah nak baja. Asal tanah lembab-lembab basah penuh khasiat teruslah duit laju-laju berlumba nak tumbuh.

I'm broke.

Seriously. Aku tak tahu duit dah pergi mana tapi memang tak ada duit. HAHAHA. Ya Allah, rasa tekanan yang sangat tinggi semenjak bergelar orang dewasa neh. Orang mungkin cakap;

"Eh pegawai kot. Peliknya duit habis"

"Eh bujang kot. Ni mesti banyak berhoye-hoye neh!"

"Eh belum ada anak lagi. Ni mesti boros neh"


Again. Eh eh. Suka hati je engkau je nak cakap aku boros. Dah lama OK tidak bershopping seperti di zaman muda belia. Ketika muda belia dulu hidup ini begitu indah. Dengan poket yang tidak berapa tebal, masih mampu bergembira dan berhora-hora.

Jangan cakap anda. Saya pun takjub dan pelik lagikan musykil ke manakah semua duit-duit itu telah pergi? Hahahaha. Benarlah kata pepatah; 'Lagi besar periuk lagi besar keraknya'

Oyya. Duit saya telah habis bagi melangsaikan kembali deposit tenant.

Sebab duit deposit tenant dulu saya dah habiskan untuk furnish rumah. Hehe. Pastu terkial-kial nak cover balik. My bad :P

Lagi?

Duit saya dah habis sebab saya dah spent untuk aircond bilik saya di rumah emak. Lalu aku rasa aku bakal meminjam katil emak untuk dibuat katil PENGANTIN! Kahkahkah. Penjimatan super hebat! :p

No biggie. Janji berkatil. Nak lagi ohsome aku pergi cari tilam tatami tak pun toto buat lapik. Pastu confirm orang cop 'Maigottttt! Daifnya pengantin ni' Haha. Mulut orang memang tak boleh shut up. Kita ampunkan jelah.

Itu pun ada hati lagi nak shopping online baju babies yang super cute. Ala ala, please. Saya rela tak makan pastu meradang dekat tunang janji dapat baju baby. HAHAHAHA. I need those baju babies. Ada banyak babies menanti baju-baju tersebut.

OK. Perangai ni rupa-rupanya tak hilang lagi. Hohohoho.

I don't need duit for shopping. Itu sudah kurang sedikit nafsu. Eh tapi nanti Zaid konvo nak shopping kat jalan TAR? T_______________T

Kejap kejap. Engkau ni perlu duit nak shopping ke tak ni Syud? Alah, kalau perlu pon nak cekau mana? Sobsobsob.

Yang penting, makan. Dah macam makhluk tak cukup khasiat dah saya rasa saya ni. Dahlah sayur kurang, iron takda. Patutlah hb low kalah orang pregnant. Err kata diet, maka lauk asasi saya adalah biskut rendah lemak. Wakakaka

Seterusnya, saya ingin share baju-baju babies yang telah pon saya shop secara online. Ahaks ahaks. :P

I love the colour! Cantik dan comel. I love the headband. Simple yet cute! Lagipon colour dia sesuai for girl mahupun boy. Rasa nak bagi dekat baby Kak Shikin :D

I love the crochet hat! Seriously gorgeous. Ala kenapakah saya bukan seorang baby? *gedik mode* For baby Mak Su yang belum keluar lagi. HAHAHA.

Yang ini serius tak tahu nak bagi siapa. Ni untuk 6 bulan ke atas. Baby Deja masih terlalu kecil. Nak beli lain untuk Baby Deja. At first terberkenan another 1 set tapi nantilah, ajak tunang cari yang ada crochet flower tu :)

Tapi sumpah comel! Kalau untuk anak sendiri sumpahlah lambat lagi. Hahahaha :P

Saturday, December 3, 2011

Online Manual Book

Someone insist to me cara-cara memujuk saya. For me, this is weird. Aku sedang bertemu weirdo kah?

Tapi tak apalah. Lain belalang lain padang, lain orang lain garam. Eh ragam. Sebenarnya, tajuk ini agak berat. Sebab aku sendiri tak tahu nak pujuk diri sendiri. Most of the time aku akan nangis sampai mata bengkak macam kena gigit lebah.

Sepatutnya, kena belajar dari orang lain. Bukan saya yang ajar. HAHAHA. Sesungguhnya ini sangatlah pelik. :))

Hurmmm. Let's see. Macam mana saya mahu dipujuk? Ya Allah, apsal rasa susah nak jawab soalan ni? Tak tahu tak tahu.Eh peliklah.

OK OK. Kita mulakan dengan angan-angan.

First, satu ketika dahulu saya selalu berangan hidup seperti cerita Korea. Kahkahkah. Pastu kena selar sebab itu fairytales. Some say fairytales doesn't exist. Somehow, terpaksa jugalah agree sebab not all people are lucky to have those romantic guys macam dalam filem :p

Sebagai contoh; bila saya merajuk. Saya berangan yang that someone comes from out-of-nowhere bringing me chocs or flower. Hakhakhak. Tak kenyang pon bunga tapi haku kira apa. Aku rasa itu sweet. Tapi selalu impian dan angan-angan musnah sebab takkan jadi apa-apa pun. Err tetiba buat luahan perasan. Ulang balik; life is not a fairytale :p

Bukanlah maksudnya setiap kali nangis/emo kena bagi bunga. Bukan bukan. Kalau nak bunga hari-hari baik aku kahwin dengan Tauke Bunga! Haha. Occasionally. Tiba-tiba. Atau saja-saja. Tak payah ada sebab pun kalau nak bagi sesuatu.

Second; jangan lari topik. Kalau saya mengamuk find a way supaya tak mengamuk. Tak kisahlah nak ikut jalan highway ke, jalan kampung ke, as long as carilah jalan. Lagi jauh engkau menyimpang lagi sakit hati guwe. Sebagai contoh (lagi); if saya cakap, 'Saya ni kan menyampahkan. Tataula apsal ada orang tu nak sangat T____T'

Cubalah mengayat. Haiyya! Mengayat kena pergi kelas agaknya. Eh ada kelas mengayat tak agaknya? Ingat nak daftarkan seseorang :p

Contoh jawapan;
#1 - 'Menyampahkan bagi diorang but not me. Saya sayang je' Hahahaha
#2 - 'Eh mana boleh orang menyampah. Awakkan comel' Hahaha lagi
#3 - 'Orang tu nak awak sebab awak tak menyampahkan bagi dia :)' Hahaha ok dah shut up!

Ha. Kan sweet tu? Dari nak marah terus mencair-cair macam kena panahan mentari. Melting. Hehe. Aku dah terguling-guling gelak dekat sini sebab terpaksa memblog mengenai perkara ini. Never in life, I have to do this. Never.

Ya Allah. Kadang-kadang rasa nak lari. Kadang-kadang rasa macam tak tahu nak cakap apa. It's a mixed feelings. Tapi still, I love him. Tak boleh nak lari mana dah. Haha. Apsal ayat engkau ni terlalu pasrah Syuhada?

OK sambung.

Third, talk to me back. Tolong jangan diam. Sesungguhnya silent itu membunuh. Gila sakit oh. Sakit rasa macam bila engkau nangis tu air mata akan turun dengan lebih laju. Berjuraian. Menitik-nitik. Eh tak payah details boleh tak Syuhada? Over! Macamlah orang tak tahu nangis tu apa. Haha

Pasal structure ayat. Seriously, tak tahu. Silalah pandai-pandai susun dan cari ayat-ayat yang menarik untuk dituturkan. Maaflah. Saya tak tahu macam mana awak boleh stuck dengan seorang Ratu Air Mata.

Perangai dah serupa baby kena pujuk 24jam.

Lepas ni kalau jadi emak orang mesti lagi runsing kepala (bakal) suami. Nak pujuk baby ke pujuk isteri? Hahahaha



Cukup tiga je tips yang boleh saya share. Sekian

Friday, December 2, 2011

Dear Blog

Aku tidak tahu apakah engkau merindui aku namun begitu I miss you. Dengan amat dalam. Yours Truly, Syud.

OK tamat. Seterusnya mahu terus kepada isi entri iaitu sindrom merindui tempat main conteng-conteng. Saya capek bangat hoccay. Telah 4 hari meninggalkan tempat kerja. 4 hari suffer jadi kanak-kanak tak cukup akal. Kena torture panjat tangga 7 tingkat setiap hari. Slim? Harapanlah.

Tahukah anda saya telah 5 hari selamat menjadi Mak Ngah? Ini yang official punya, InsyaAllah (amin amin)

Kami telah menerima kehadiran Baby Deja pada hari Selasa lalu. Baby Deja sungguh comel malah mempunyai lesung pipit bila beliau menguap kecil. Her name, Khadeja Binti Khairul :)

Waktu kami sampai Baby Deja kelihatan amat penat. Mungkin akibat bertarung ketika hendak keluar dengan tidak sabar-sabar mahu menjenguk dunia. She was born one month earlier. Namun begitu, healthy dan membesar bagaikan juara. Seberat 2.98kg. Hehe. Muka bulat comel.

Kan dah kata. Bulat comel. Dalam towel seperti Thumbelina. Alololo. Rasa nak smooching smooching je tapi seganlah nak buat. Haha. Terpaksa bertahan melihat bayi comel.

Kenapakah measuring cup asyik berada pada mulut beliau Syud? Sebab beliau sangat haus tapi tak reti nak breastfeeding. Lalu kami semua rasa kasihan dan memberikan air zam-zam. Sumpah dia minum laju-laju macam tak pernah minum. Err. Eh memang tak pernah pun kan sebenarnya? :D

Yam Pui!
Tidur! Zzzz zzzz zzzz
Sepanjang induksi saya tak puas tatap muka dia. Pastu asyik belek-belek gambar dia dalam iPhone. Lalu Ida cakap sabar-sabar nanti ko adalah baby sendiri. Hahaha. Apakah statement itu?

Seterusnya, saya akan menceritakan pengembaraan saya ke Johore Premium Outlet. Hasil tangkapan dapat anda saksikan di bawah ini :p

Gorgeous!

Sebab gorgeous aku rasa excited nak sharing-sharing. Hehe. Tak pasal-pasal telah membuat pembelian secara pukal. Both of us! Tapi tak apa. Since they are for our hantaran. Maka dah ada excuse. He he he *gelak slow slow*

OK sekian.Tamatlah cerita kita untuk malam ini.

I have to go to Lala Land sambil makan Lala (yucks! haku tak suka Lala). Ciao shin ciao! Zzzzz zzz krohhh krooohhhh

Friday, November 25, 2011

Sample & Tag

OK lah. Serius. Saya takda niat nak menulis panjang-panjang pon. Niat di hati cuma nak upload gambar dalam sekeping dua. Kemudian laju-laju melentokkan kepala ke atas bantal empuk. Ya puan-puan dan tuan-tuan, ini sindrom yang anda bakal dapat lepas makan Lasagna secara bebas, main kucing atas rumput hijau kemudian ketawa berdekah-dekah tengok The Runnerman. Sekali sekala layan channel SBS not so bad I guess.

Gemuk?

Like I care. Hari lain kita boleh diet. *kononnya* Again and again. Hahahaha.

Pertamanya, entri kita pada kali ini berkisarkan rubber stamp. Tunang suruh saya design sendiri. Eh bukan. Dia suruh sketch. Tapi saya tak berapa nak reti. Saya cuma reti tengok dan tunjuk. Pastu cakap; 'Awak, nak macam ni!'

Sokay sokay. Yang penting semangat mencuba. Bila dah cuba-cuba jadilah macam di bawah ini.

{Rajah 1}

Syud, apsal nampak terbengkalai? Err memang pon. Ketiadaan idea yakni kering lagikan tandus menyebabkan saya cancel. Jadi macam tu je. Eh kejap. Kantoi tarikh! HAHAHAHA. Tak tak. Memang sengaja kantoikan. Sila masukkan dalam planner anda ;p

Seterusnya. Mari kita tatap contoh yang lebih ada gaya, mutu, keunggulan. At least more berkualiti. Boleh percayalah nak jadikan rubber stamp. Heee

{Rajah 2}

Rajah 2 way waaaaaay better than Rajah 1. Sebab at least dia siap sempurna. Tak terbengkalai dan comel. :)

OK. Cerita sample rubber stamp tamat.

Sekarang kita sambung cerita tag-tag. Ya Allah. Sudah lama saya meninggalkan zaman kanak-kanak. Menjawab tag dan menulis tag. Tapi it's OK. Thrill juga buat tag ni. Hihi.

Menjawab tag daripada Little Syud ini. Eh sebenarnya pernah juga satu masa dulu guna nama Little Syud. Tapi sekarang dah matang so tak pakai dah. Cecewah. Adik Syud Wafa, sila jangan touching :p

Kita mulakan dengan;

{11 Facts About Me}

{01} Sensitif dan bersikap elmosi tak tentu hala. Kadangkala rasa pyscho dan mereng pon ada juga. Hahahaha. Ini boleh disahkan oleh rakan-rakan terdekat dan yang paling dekat dah tentu tunang saya yang terpaksa dengar aku nangis through fon sambil kesat hingus *ceh tak senonoh*

{02} Mempunyai lesung pipit yang mencairkan hati *perasan mode* Eh takmo percaya sudah. Tapi orang selalu geram dan cakap nak pinjam lesung pipit. Err kalau boleh bagi pinjam pasti saya kenakan surcharge tambahan! Hahahaha

{03} Menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga sehingga ke usia 18 tahun. Tup tup dapat adik baru di kala diri ini sudah menjadi anak dara yang manis. Tapi I'm not manja. Saya manja cuma dengan certain people saja. Most of the time, saya independent dan berkepala batu.

{04} Sangat obsess kepada berat badan. Namun begitu kuat makan! Err pastu suka bebel-bebel gemuk gemuk sampai tunang dah tak tahu nak buat apa. Kalau boleh sumbat mulut ni dengan kapas gamaknya dia dah buat kot. Hehe. Tapi dia takkan sampai hati. Saya tau ;p

{05} Kuat tidur! Pergh. Complete package. Kuat makan. Kuat tidur. Memang sesuai jadi Snorlax! HAHAHA.

{06} I'm talkative. Saya boleh bercakap dari celik mata sampailah waktu tidur. Kadang-kala saya pelik macam mana bateri mulut saya tak habis-habis. Aku rasa pakai sel kering la der. Hohoho.

{07} Ada soft spot pada babies dan toddler. Saya rasa mereka comel dan menggeramkan. Tapi bila dah atas 3 tahun rasa annoying pulak dah. Haha. Tak boleh ke mereka kekal di bawah usia 3? :P

{08} Bersuara Buluh Perindu. Aik Syud, apsal aku rasa macam masuk bakul angkat sendiri neh? Bakul engkau koyakkah? Haha. Tak tak. Saya perasan je.I love singing! Tapi tak pernah berangan nak jadi Najwa Latif sungguhpon adik-adik cakap muka I sama macam dia *perasan lagi*

{09} Memiliki parut pada kedua-dua belah kaki. Kesan 'budak baik' :D

{10} Dah 2 tahun saya memiliki masalah kulit muka yang keterlaluan. Dulu muka cantik bagai telur dikupas (ewah poyo). Sekarang macam jalan tak siap tapi under construction. Err, maksudnya di sini, sedang dalam proses pulih kembali. Harap kulit akan clear secepatnya. Amin amin

{11} Telah bertunang dengan lelaki terbaik untuk saya dan diharapkan agar berkahwin pada Mac 2012 sehingga ke akhir nyawa. Amin amin :)

Next?

Jawab soalan budak kecik tu. Soalan & jawapan adalah seperti berikut;

1. Nama penuh?
Nursyuhada Azzman

2.Target kahwin?
Nikah - 10/03/2012 (insyaAllah)

3.Nama penuh orang tersayang?
Mohd Imran Mohd Noor

4.Hobi?
Tidur :))

5.Model Handphone?
Iphone 4

6.Kalau hantu lintas depan jalan?
Baca Ayat Kursi (eh tapi harap takyahlah jumpa)

7.Bestfriend yang paling best?
Nor Zahidah Mohd Nasir

8.Kenangan manis?
Dilamar :)

9.Kenangan pahit?
Err banyak. Malas nak ingat

10. Cita-cita?
Cikgu Tadika. Doktor.Pegawai Farmasi. Isteri Mithali. Hahaha

11. First impression kenal Syud Wada?
Rajinnya minah ni contact senior :)

Boleh tak tak mau soal orang lain dah? Hahahaha. Bye bye! ;p


Wednesday, November 23, 2011

Tiada Gambar

Selalunya post pasti terlekat sekali dengan gambar barang sekeping dua. Kalau mood rajin maka akan jadi berkeping-kepingan. Lagi-lagi kalau internet selaju bullet train. Makin laju aku rasa nak update macam-macam.

Entri kali ini tidak akan ada gambar. Cuma ada aksara-aksara yang tertulis secara rambang. Direct output dari kepala otak aku yang sedang kelaparan dan sebentar lagi akan makan cereal dan honey. Kononnya diet. Konon-kononnya la :p

Tajuk kita pada kali ini adalah 'Impian Perkahwinan Saya'

Err aku sekarang kurang mengerti. Kenapakah ketika sekolah tajuk karangan tak pernah seindah ini? Kenapa kanak-kanak tak diberikan peluang bercita-cita tinggi sedari kecil? Dalam erti kata lain. Berangan sejak dari bangku sekolah! Hahaha. Oh. Mungkin faktor usia kot. Kecik-kecik tak baik banyak berangan bukan-bukan.

Eh tapi tak salah apa?

At least nanti bila dah dewasa tak adalah macam aku ni. Tak ada hala tuju yang pasti. Sekejap nak kahwin macam ni. Sekejap nak macam tu. Tapi yang macam tu tu banyak sangat wang ringgit harus dihabiskan. Dah habis banyak-banyak nanti dicop saudara syaiton. Nauzubillahminzalik.

OK OK. Mari kita set your mind Syuhada. Jangan cepat sangat terpesona tengok orang punya wedding. Memanglah cantik warna lain. Memanglah nampak awesome bila berduit. Masalahnya, dress-dress tersebut overprice! Expensive dalam erti kata lain.

Engkau bayangkan jelah. Kalau baju untuk 2 orang paling murah RM1880. Ye gorgeous. Sumpahlah aku terliur. Masalahnya, baju tu FOR RENT. Bukannya lepas bayar hampir 2K itu maka baju gorgeous itu jadi hak milik kamu. Itu tak masuk lagi pelamin & make up. No no no. Lupakan.

Jadi. Untuk baju saya tutup mata. Saya terima apa aja yang ada. Hahaha. Tolonglah kamu-kamu. I is miskin. I don't want membazir. Tak apa. Saya percaya senyuman manis pada hari itu dah cukup bermakna buat saya :)

Hmmm. Sekarang saya ada buah fikiran supaya dress kami nampak not bad. Saya mahu it to be white & silver. Hahahaha. Aku ni gila tahu? Tetiba bertukar kepala otak :p

Tapi tapi. Ye. Pink belacan tetap my main theme. Harap-harap rakan taulan pakai warna tersebut. Putih, silver, pink belacan. Oh! Bukankah sweet? :) :) :)

Next

Saya teringin nak ada Candy Buffet. Tapi itu KIV la. Itu cost. Lagipun macam tak berapa perlu. Sedangkan nak buat pelamin mini waktu nikah pon tunang dah cakap no. Tunang cakap dekat surau takyahlah. I is sentap noks. Tapi I diam-diam jelah. Lagipun, betul gak. Apa ke gila aku nak pasang mini pelamin dekat surau? Hish!

Kalau nikah dekat rumah kan best.

Tak apalah. Aku nikah dekat rumah dalam mimpi jelah. Hahaha. Lagi Syud? Hmm. Let's see. Flower-flower girl punya dress dah beli dah. Kecuali untuk Amy. Alahai kesian minah tu. Tinggi sangat macam galah sampai tak tahu nak cari dress dekat mana.

Lantern?

Dah rent. Tapi tunggu confirmkan khemah. Khemah pun cost. Rasa nak kahwin bawah pokok je. Hahahaha. Tapi macamlah banyak sangat pokok yang engkau nak kahwin bawah pokok :p

Next?

Eh aku lapar. Tak mampu nak berfikir. Lain-lain kali fikir. Hehehe. Bye!

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Terbaru

...dalam kehidupan saya yang ingin dikongsikan buat yang jauh di mata tapi dekat di hati =)

I love this picture! Mucho!

Sebenarnya saya malu-malu ayam saat kawan-kawan suruh kami bergambar together duduk bersanding. Ececewah. Malu tapi mahu.

Terbaru dalam kehidupan adalah membebel tak henti-henti dan konon-konon risau pasal tak ready. Preparation tak siap apa lagi. Pastu dah buas eh puas membebel terus senyap. HAHAAHAHAHA. Entah hapehape punya perangai.

Maka seterusnya saya ingin membebel tak ada hujung pangkal. Sila takyah baca sebab otak aku tengah ting tong.

Tadi saya beli groceries. Ambil secara berdikit-dikit memandangkan poket sumpah mengalami kemerosotan pitih.

Sekali time bayar...

Cashier: "RM80.15 semua sekali"
Saya : *pasrah tak cakap apa-apa terus hulur duit* Hahahaha

Ya Allah mahalnya barang zaman sekarang! Mahalnya mahalnya! Ni baru beli sikit je barang ikut anak tekak. Kalau ikut anak-anak? OMG! (Bakal) suami, sila sediakan wang saku secukupnya :p

Weekend lalu telah cuba fitting kali pertama. Sekarang sedang berada dalam delima. Eh silap, dilema. Satu, baju putih tu macam biasa-biasa je sungguhpon waktu saya keluar ada makcik dan pakcik cakap; 'Cantiknyaaaa'. Lalu aku perasan tak sudah-sudah. Haha

Makcik, please explain. Baju cantik ke orangnya? Saya confuse :p

Dua, tudung dia tak cun. Dahlah tak cun. Pastu aku rasa sexy. Takmo takmo. Eventhough kahwin tu sekali seumur hidup tapi tak mahulah buat dosa kering. Selama hidup engkau pakai tudung tutup dada. Time kahwin tiba-tiba terpaksa mendada. Hish. Simpang malaikat 44!

I want tudung bawal. Titik. Takpun tudung Ariani yang gorgeous banyak batu ke. Hehehe. Pastu sumpah aku tak tahu nak pakai bila dah. Saya ni tak reti bergaya orangnya. Balik-balik tudung bawal plain je dok sarung 24 jam.

Tiga, bila tengok orang lain pakai colour lain rasa terliur macam tengok Classified Chicken Pizza. Hahahaha. Tapi, putih tu suci. Dalam gambar pon nampak menarik apa. Errr mak confuse noks!

OK. Tamat cerita main kahwin-kahwin.

Cerita seterusnya akan disambung bila saya punya masa dan takda kerja nak merepek. Nak pergi basuh baju. Bye bye!

Thursday, November 17, 2011

Perihal Si Adik

Saya punya adik perempuan. Berbeza umur berbeza rupa. Beliau comel. Saya tidak. Beliau putih. Saya gelap tetapi manisnya ada. Hahahaha. Eh sini kau Syud aku nak sekeh. :P

Beliau lahir waktu saya sudah pon menjadi anak dara yang manis. Ececeh. Gelis. Tapi adik saya ini boleh tahan manis juga. Eh tengok kakaklah pleaseeee. Ahaks ahaks. Setakat ini, saya sudah berusia 24 manakala beliau cuma berusia 6 tahun.

Tapi mari sini saya listkan perkara-perkara manis yang kerapkali beliau lakukan sehingga menumpahkan air mataku kerana terharu yang keterlaluan :)

#1 - Memeluk saya kuat-kuat lalu mencium pipi secara comel
I love to be kissed by. Sumpah suka. Setiap kali kena cium aku rasa perasaan kasih sayang mengalir dalam-dalam. Ewah ayat tatahan. Even kadang-kadang kena accuse memiliki baby di dalam perut tapi tadehal lah itu semua. (Padahal pastu elmosi. Haha)

#2 - Menegur di facebook lalu cakap miss you miss you
Adik saya pandai taip I miss you I love you ohkeh. Samada facebook mahupon sms. Selalunya saya pujuklah so that dia tak sedih-sedih. In fact, few weeks ago dia merayu suruh saya pindah balik duduk rumah. Tersentuh hati ini. Uhuks

#3 - Jujur yang kadang-kala buat engkau geram
Kalau dah buncit, engkau biarkanlah dia memeluk engkau erat-erat. Lalu terimalah ayat supernova berkuasa tinggi seperti; 'Angah, ada baby ke dalam perut?' OMG. Terkesima daku!

#4 - Matang sungguhpon cuma berusia 6 tahun
Mungkin faktor persekitaran mematangkan beliau. Pada usia 6 beliau dah pandai menaip secara jaya. Dah pandai calling dan memorize segala nombor. Dah pandai cakap macam orang besar-besar. Dah pandai make up dan membankruptkan manusia sekeliling! :))

I miss you Sayang.

I miss you golek-golek dengan Angah.

I miss you kissing Angah.

I miss you peluk dan melekat macam siput.

I miss you bila you volunteer nak ikut Angah anywhere I go.

Dulu Angah pernah cakap; 'Nanti Angah kahwin Amy mesti sedih kan kan?' sambil si kecik tu menggesel-gesel mengada-ngada. Haha. Pastu dia laju-laju deny. 'Ala, time Angah kahwin Amy dah besar. Amy tak nangis punya' Hehehehe. Comel je.


:)


Amyzahrah Syafiqah,
You're my baby sis
Always and forever




Sunday, November 13, 2011

Thank You Love!

Dear Love,

Thank you. Tanpa awak, siapalah yang akan bawa family saya pergi Orchid Festival dekat Singapore. Tanpa awak, siapalah nak tolong payungkan saya bawah hujan lebat yang turun mencurah-curah bagai ke ladang gandum. Aik? Macam kenal motto ini Syud. Plagiat Cococrunch. HAHA. Mintak sorry :p

Tanpa awak, siapalah yang nak dengar saya membebel macam burung belatuk tak reti shut up. Tanpa awak, siapalah nak hantar dan ambil saya ke Larkin dan Senai tiap-tiap kali saya bercita-cita nak pulang ke rumah Bonda.

Tanpa awak, siapalah yang nak manjakan saya macam awak manjakan saya. :)

Dan tanpa awak, ada banyak lagi benda yang tak dapat saya nak tuliskan dah sebab list dia panjang sangat. It goes on and on and on dear.

I'm lucky to have you in my life. From the moment I know you, I knew I did the right thing. From our first date, I had prayed to Allah may this be the last. May you be The Right one.

Dan saya percaya, penantian saya sebelum ini tak sia-sia. Saya percaya. Keputusan saya memilih awak out of others adalah tepat. Err. Ini bukan atas pengaruh kecintaan yang meluap-luap ke apa. Bukan.

Kata orang, gemuk itu tandanya bahagia. Hahahaha. Pastu yang aku ni tertekan dengan tekanan perasaan melampau apahal? Errr adalah halnya! Nak kahwin mana boleh gemuk. Nanti baju tak muat. Tak pasal-pasal kena tempah baju. Hu takmo takmo.

Distance makes the heart grows fonder.

Saya harap hati kita akan selalu dekat, even saya refuse to have any outing with you. Not anymore. Ini bertujuan untuk menjaga kemaslahatan perut yang sudah sedia kembang. Hahahaha. Ya Allah, sumpahlah gemuk. Tak tipu. Baju seluar semua ketat. In fact, tadi kami beli baju I Love SG. Konon-konon bolehlah berpoyo-poyoan macam sweet pakai baju sama together.

Sekali.....

TAK MUAT!

Hahahahaha. Gelak dalam tangisan dibuatnya. Pastu salahkan awak sebab asyik induce saya makan. Padahal it was all my fault. Tak exercise pastu asyik sumbat mulut dengan dinner. Huhu. Takpa takpa. Usaha escalator kejayaan! Mari diet sama-sama :p

Kalau awak tanya, (err which awak tak tanya pon). Kenapa saya bother cerita benda-benda lepas dekat awak?

Sebab, saya nak awak tahu even sebelum ni hati saya tergelincir pada orang lain (eh tersangkut sekejap haha) tapi saya pilih awak. Even hati saya dulu pernah sakit nak mati dan buat saya rasa jadi macam kerek, tapi saya pilih awak. Even kalau saya tiba-tiba terpaksa buat pilihan lagi pun, saya rasa saya akan tetap pilih awak.

Sebab?

Waktu pertama kali kita keluar, saya rasa Allah permudahkan hati saya untuk say yes. Eh dating tu tak betul tapi setakat tengok binatang dekat Zoo, I don't think that is wrong. Waktu pertama kali kita keluar, balik-balik je saya terus berdoa semoga awak be the last one.

Malah, banyak kali kita (saya cari) gaduh pon awak tetap sabar. Awak cakap saya emo sikit je padahal saya rasa saya Super Elmosi! :D

Kalau Super Saiya takpa ah. Rasa gak hebat boleh bercantum dan buat Kamehameha. Eh Son Goku sila blah. Tetiba cerita Dragon Ball pulak dah. Hehe

Awak, thank you. Saya rasa nak cakap thank you banyak-banyak. Biar sampai lidah tergeliat pon tak kisah. Tetap juga nak cakap thank you. Tetap juga nak cakap I love you. Er tak kisahlah kalau orang cakap blog aku dah macam luahan perasaan. Tak kisah langsung.

Sebab? (eh berapa banyak kali sebab daaa)

Haha. Eh blog aku. Sukahatilah. Sebab tunang aku sangat baik. Dia tak pernah bising aku gemuk or muka bermasalah. Balik-balik aku juga bebel tak habis-habis. Kadang-kala terasa nak sumbat mulut sendiri supaya diam. Hahaha. Tapi gagal.

Tunang saya sangat baik sampaikan saya asyik nak nangis terharu. Er tapi time emo tak ingat dah semua tu. Ingat nak mengamuk je. Hu hu hu. My bad.

I love you for everything that you had brought into my life. I love you for listening to all my ramblings. I love you for your care and all. I love you for who you are, and what I am when I am with you :)

Sebab?

Eh sebab I love him la! Ada faham? Tak nak love jejaka lain dah. Nak love dia, dia dan hanya dia.


Mohd Imran Mohd Noor,
I love you so much!
I love you bakal suami!

Only Allah knows how much I love you.
Only Allah knows how much I'm grateful for having you in my life.
Only Allah knows that I can't wait to be your wife


:)

P/S:
Ini entri mengada-ngada. Masa akan berlalu pantas dan saya berharap masa akan berlari laju-laju. Supaya hubungan kami akan halal dan saya boleh berhenti mengada-ngada dalam entri. Hee

Thursday, November 10, 2011

Tackle Menackle

Morning - Broga Trip
June, 27th 2010

Foto di atas adalah foto pertama kali saya dan tunang hiking together. Kami hiking ramai-ramai. Main hujan, makan sandwich, merapu. Haha. It was fun! Seriously sangat seronok. Tapi sebenarnya saya langsung tak bercakap pon dengan dia.

And little did I know, that the rainy morning, is the starter for everything that I have right now.

:)

Saya masih ingat lagi. I thought him as a very skema one. Kami siap main sukahatimulut je panggil dia CIKGU. Ahaks ahaks. Dahlah dia ni jenis jalan laju-laju. Perempuan-perempuan ayu (not including me) semua telah melembik di belakang. Motion sickness, dizziness dan kepala berpusing laju-laju.

Saya masih ingat lagi. After Broga trip, saya nampak foto beliau dengan budak kecik. Hati kecilku berbisik-bisik comel; 'Eh not bad. Ada talent jadi bapak orang.' HAHAHA. Oi oi jahatlah engkau ni Syud. ;p

Saya masih ingat lagi. Pernah at one moment of my life, ramai betul orang bising-bising pasal jodoh. Heh bosan gila punya topik. Tapi dalam otak takda calon pon. Last-last terus rasa nak minta phone number dia. Err tapi tak jadi sebab tak rasa macho. Kahkahkah :p

And he said this to me, few weeks ago; 'Tak apa. Saya yang cari phone number awak'

Saya masih ingat lagi. Waktu dia betul-betul datang convocation saya. Rasa macam...'Err. Dia ni apahal?' Hahaha. Serius tak memahami langsung maksud kedatangan beliau itu. Dalam erti kata lain aku memang suci dan anggap kawan-kawan saja nak datang meriahkan majlis walaupun tak kenal sangat pon.

And I'm so glad that you came that day although we barely spoke with each other :)

Saya masih ingat lagi. Waktu dia ajak keluar for the very first time. Yang itu lagilah aku rasa lengai gila. Kahkahkah. Rasa macam, apa kena mengena dia datang KL dengan saya? Sumpahlah. Tak faham. Tapi pastu main bantai je perasan and tanya dia; 'Are you asking me out?' :p

And I'm so shocked being proposed 4 days after we had that date

Eh maksud saya disini adalah dilamar untuk dijadikan seorang suri hidup. Bukan dilamar jadi girlfriend ke apa. Bukan bukan. Saya syaklah. Dia memang dah lama usha saya. Tapi takmo ngaku dia tu stalker! Hahahaha

He completes me.

No one can beat him. Trust me. Dia uruskan almost everything in my life. Daripada nak suruh matikan setem, pos barang, tukar duit raya, betulkan plate kereta, buatkan roadtax,pujuk saya nangis, angkat barang-barang saya,betulkan basikal, basuh kereta saya dan blablabla. Sampai naik lupa dah nak list-up everything. Err. Berbunyi pembulian di sini tapi dia rela. HAHA.

Paling comel. Tadi, saya minta coffee delivery. Terus laju-laju dia datang bawak White Coffee! OMG! Bakal suami siapakah yang begitu sweet ini? I love you lah Sayang. You sangat awesome! :)

And now Syud, what had you done for him?

Err entah. Kadang-kadang kalau nak listkan what had I done for him, rasa macam tak ada pon. Selain suka cari gaduh dan menyerabutkan otak. Saya tak tahu apa specialnya saya ni. Entah. Macam takda pon?

Dahlah aku ni kuat bebel macam Woody Woodpecker. Pastu kalau cari gaduh serah pada yang pakar. Tapi opposite attraction punya law memang terguna pakai dalam my relationship. Sebab kami sangat berbeda. Meskipon begitu, it doesn't mean that we can't live together :)

Maka untuk itu, kita akhiri entri jiwang ini dengan sedikit SMS jiwang;

Him : 'Boyfie tu apa?'
Me : 'Boyfie tu Boyfriend cum Buah Hati'




P/S:
Kalaulah saya tahu awak ni sweet macam sekarang, dari atas Broga lagi saya dah tackle awak habis-habisan! :p

Tuesday, November 8, 2011

Kalau...

....saya ada nama panggilan lain untuk tunang saya, what will it be?

#1 - Sayang
I know he loves this tapi kami masih reserve. Eh gila engkau? Aku nak panggil nama dia pon asyik-asyik 'awak, awak' kadang-kadang nak je panggil 'eh burung wak-wak' Hehe. Tipu. Nak sebut Imran pon kadang-kadang tak reti ;p

#2 - Super Hero
Serius superhero TERBAEK! Boboboi pon confirm tumpas kalau ajak fight dengan buah hati saya ni. You name it. He is my posmen. My pomen. My mechanic. My driver. Blablabla HAHAHA. Sampaikan orang cakap saya jahat and suka buli dia. Err. Eh dia yang rela apa?

#3 - Dear
Kaddang-kaddang (maknanya jaranggg jaraaaaaaang) bila saya nak tanya something, or pujuk dia suruh buat something maka aku pon mulalah men-dear dear melalui SMS. Haha.

Lagi?

Err. Lagi tak ada. Saya ngantuk. Nak tidur. Penat kayuh basikal tadi pastu penat makan sate. Syud, apsal kedengaran tak membantu? Eh diam. Dah mengayuh mestilah lapar. Pastu takkan tanak recharge battery?






P/S:
Rupanya bukan aku sorang je yang punya masalah peningkatan berat badan di muka bumi ni bila dah jatuh cinta. Tiayot pon sama. Mari berusaha langsing kembali! *buat gaya tangan ultraman*

Thursday, November 3, 2011

Mangatar Kami

Ya Allah.
I love this so much!

HAHAHA. Sangat comellah aku pakai tudung merah (tanda Elmosi). Pastu terjumpalah pulak baju kotak-kotak warna lusuh yang Mr. Cool Fever suka sangat tu ;p

Errr. Kenapa Cool Fever Syud?
Sebab dia memang COOL!

And I love this cool guy really really reaaaaaaaaaaaaaally much!
Titik!

:)

Tuesday, November 1, 2011

Resipi: Kacang Pool

Ya Allah. Tunang siapakah yang comel petang-petang hari terus bertekad mahu masak Kacang Pool?

Walaupon elmosi pastu suka tulis luahan perasaan sebanyak berkajang-kajang huruf dan perkataan tapi bila hati dah soft, terus bermood baik-baik dan mahu memasak.

Eh Syud. Rasanya kenal je orang tu. Bukan engkaukah? Err no no. Bukan saya *denial* :p

Ok. Mari teruskan cerita. Petang hari, si tunang ni berhati mulia tetiba la offer diri nak jadi chef. Siap print dua tiga jenis resipi. HAHA. Nampak mudah nak membuat Kacang Pool. Tapi sebenarnya, eh memang mudahlah.

After mengkaji beberapa resipi dan berasak dengan orang ramai dekat Giant, maka resipi dibawah telah diubahsuai mengikut sesedap hati saya.


RESIPI KACANG POOL (4 - 5 orang makan)
7 Biji Bawang Putih
7 Biji Bawang Merah
1 Sudu (B) Ketumbar
1 Sudu (B) Jintan Kasar
Seinchi Halia
(Kisar halus kemudian tumis bahan-bahan di atas sehingga naik bau)
1/2 Peket Daging Kisar
(Masukkan daging kemudian goreng sehingga masak)
1 Tin Kacang Foul
(1/2 Tin dikisar, 1/2 Tin lagi dimasukkan terus ke dalam periuk)
1 Sudu Paste Tomato
(Supaya ada warna dan cantik tertarik)
Garam dan gula secukup rasa

SIAPPP!

Untuk Hiasan:
Hirisan Bawang Besar & Cili Hijau
Telur Mata Kerbau
Limau


And now....

Mari lihat hasilnya!
.

.

.

*drum rolls*
.

.

*berdebaran*
.

.

*kecemasan*

.

Eh Syud main-main pulak. Lempang nak? Eh eh OK OK. Takmo

Ya Allah Awesome!

Tak sia-sia bergasak dengan orang ramai. Tak sia-sia redah hujan. Tak sia-sia gedik beli kelongsong besi untuk telur semata-mata nak nampak cun macam dekat Larkin. Haha. Memang sebiji rasa macam dekat kedai tu. Silap haribulan. Kalau rajin sikit boleh jadi lagi superb.

Next time saya nak tumis dengan cili kering sekali kot. Maybe the taste akan jadi super great. No no. Let's say, SUPER AWESOME!

Apa yang penting? KERJASAMA~~~~!!

Kami adik-beradik berganding bahu memasak di dapur. Hehe. Mana terkurang kami lebihkan. Mana yang lebih kami cuba kurangkan ;p

Oh ya. Reminder. Kalau nak cari Kacang Foul, sila cari di GIANT. Tempat lain macam tak wujud pula kacang ni. Pelikness.

Rupa dia?


(Googled)

Ha. Ambik kau! Sebesar-besar gambar aku bagi! HAHAHAHA.

Selamat mencuba! ;)

Sunday, October 30, 2011

Musim Elmo

Bawah ni adalah Elmo. Siapa tak tahu memanglah.

Elmo makhluk comel. Lagi-lagi bila engkau print atas shirt pastu pakai. Konon-konon engkau pon akan turut sama rasa comel la. Haha. Padahal, kalau comot tu comot lah. Takkan comot jadi comel?

Saya sedang dilanda musim elmosi. Bertitik tolak daripada stress daripada tempat kerja. I thought I'll be OK after tidur tak sedarkan diri. I thought I'll be OK after tidur bersungguh-sungguh takmo bangun-bangun. I thought I'll be OK after makan roti jala secara bersungguh-sungguh.

Rupanya...TIDAK.

Saya terasa secara tiba-tiba. OK, I'm sewel. I admit.

Dalam kereta tiba-tiba tertumpahkan air mata. Beli kangkung pon nak nangis. Ya Allah, engkau ni sewel tahu tak Syuhada?

Hee. Tahu tahu. Dah lama dah tahu aku ni sewel. Dah lama dah tahu aku ni elmosi. Dah lama juga pandai control. Tapi bila stress terus tak reti nak control. I'm out of order. Ceh.

Paling menyedihkan hati adalah I'm an attention seeker. Lagi aku tak dapat attention lagi bertambah bengang lalu tak hilang-hilang geram. Bila saya stress, all that I want adalah wind-off. Berjalan. Tapi saya tak reti cakap. Hailah perempuan. Mulut cakap lain. Hati cakap lain.

Complicated huh?

Mujurlah bila buat status Marea terus ajak pergi UTM. Tapi sebab makan lewat maka perut telah sakit yang terlalu. Gastrik secara tiba-tiba then terus terbaring. Lepas ni nak kena bawak Gelusil dalam handbag ah. Ada gastrik rupanya aku ni. Haha

Dahlah balik-balik ni kedai basikal tutup. Demmit! Rasa nak headbanging je. Lagi aku rasa nak membeli basikal lagi dihalang-halang. Cis. Nak beli sport shoe, tak tahu nak lari dekat mana. Nak main layang-layang, saya tak reti cari jalan pergi Pasir Gudang punya area tu. T______T

Eh patutlah engkau makin gemuk Syud.

Eh diam boleh tak kalau tak nak kena tampar laju-laju? Wo. Garang. Yes, aku garang. Siapa nak kahwin dengan aku memang sungguh tercabar hati. Garang. Elmosi. Degil. Comel? Tak tak. Time aku emo takda siapa rasa aku ni comel. Silap haribulan kena cop mengada-ngada.

Ala, mengada pon takda siapa nak layan.

Sedihlah. Kenapalah saya ini makhluk pelik. Kenapalah saya ni tak boleh jadi normal? Benda kecik pon nak sensitif-sensitif. Tinggi sangatlah sensitiviti sampai kadang-kadang nak cop sewel pon boleh juga.

All that I want is simple; some wind-off, jalan-jalan. Bukan MAKAN-MAKAN. All that I want is; to be soothe up, bukan OK TAKYAH JUMPA. All that I want is; to be loved and care.

Errr. Aku memang kanak-kanak kurang kasih sayang. Kasihan bukan?


Saturday, October 29, 2011

Of Merisik...

Eh Syud. Engkau dirisik sekali lagi kah? Haha. Gila engkau? Kalau kena risik lagi mahu ada jejaka meroyan dan membentak marah lalu mengatakan; 'Siapakah yang berani membuat angkara dan mengganggu (baca: kacau) daun terhadap Puteri Kecil Hati Beta?' Wah gitu. Boleh aku perasan hot. Agagagaga. Eh dah sudah perasan.

Beberapa hari yang lalu, saya berSMS dengan rakan. Aloh orang dah hebat tweeting, aku still lagi dok main sms saja. Errr dah tu? Kalau orang yang hendak dihubungi tu takda twittter, haruslah sms bukan? Plus, I'm not tweety bird. I dunno how to tweet. Maka topik ini tercetus di antara kami. Hehe

OK. Mari balik kepada basic. Kita teruskan penceritaan. Ayoh! Ayoh!

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. - Sumber: Adat Merisik

Sila teruskan pembacaan anda sendiri dengan mengklik url tersebut. Kalau malas fine. Tak payah. HAHA. Saya ulas secara ringkas, adat merisik ni dilakukan untuk bertanyakan ibu bapa dan menyampaikan hajat memiliki seorang gadis untuk dijadikan isteri. Which for me, is very very sweeeeeeeeeet hoccay!

Lalu aku sebenarnya tak berapa faham kenapa adat ini semakin dipinggirkan? Kenapa bila lelaki suka someone tak mahu approach ibu bapa first? Kenapa kena terus mengorat gadis? Ceh ceh tak gentleman. Err tunang aku excluded. Kalau dia tak approach aku dulu rasanya sampai 2020 pon tak jadi apa-apa :P

Memang betul anak dara zaman sekarang dah tak main dah duduk dapur dekat kampung tunggu kena minang. Anak dara zaman sekarang sama-sama menuntut ilmu ke menara gading, sama-sama bekerja, sama-sama mencari rezeki sebab tuntutan hidup zaman kini. Tapi, seorang anak dara tetap seorang gadis. Tetap menunggu untuk dipinang, selaras dengan adat kita yang manis itu :)

Pastu orang zaman sekarang senang-senang je label gadis-gadis berkarier ni memilih, takpon sibuk sangat kerja sampai takda masa cari pasangan. Herk like helloooooooooo! Takkan untuk kahwin kena menggedik? Terima je lelaki approach sebegini; 'Hi awak. Agak-agak bila kita boleh couple?' Couple je lebih. Kahwinnya belum tentu.

Kenapa adat merisik makin dipinggirkan?

Adakah sebab lelaki takut of rejection? Bukankah rejection itu normal? Tapi sebenarnya kadang-kala aku fikir sebab tuntutan adat meresahkan juga. Nak kahwin macam-macam benda lelaki nak kena ready. Mental, rohani, fizikal, monetary and blablabla. Hmm...then apa solution dia?

For me, orang kita mudahkan kerja. Benda baik nak buat apa bertangguh? Tak perlulah kalau semata-mata anak belajar setinggi Gunung Everest engkau nak letak hantaran sampai 20K. Tanya pihak lelaki berapa yang dia mampu bagi.

Mahar seorang isteri adalah yang paling rendah nilainya.

Tapi, lelaki yang baik akan cuba memberikan yang terbaik yang dia mampu. Kalau dah tak mampu tak apa. Perkahwinan itu macam menyiapkan sebuah rumah. Kenduri kendara tu macam pintu je. Apalah maknanya pintu berhias indah berbunga-bunga bagai kalau dalam rumah tu kosong?

Engkau mahukah lepas kahwin makan cucumber saja? Oh aku tak sanggup pleaseeeeeeee! Haha

Paling penting, tak payahlah kenduri gah-gah sangat. Selagi cukup untuk jemputan. Contoh; kalau si polan tu mampu untuk cover jemputan 500 orang je, maka si polana pon buatlah kenduri apa ada saja. Heh lama tak guna polan polana, ustazah Tauhid dulu suka betul word ni.

Comel bukan kalau anda (si gadis) diapproach secara merisik?

Pasti anda shy-shy cat like gadis-gadis dahulu kala. Kemudian menjeling-menjeling kubertentang. HAHA oii syuddd. Gatai hang sekarang no?? Eh aku tulis je. Gatal sangat tu belum tentu aku ;p

Gatal sikit je. Lalala *garu-garu ala monyet*

How about you Syud?

Hmm. Saya? Saya menerima tunang saya sebab dia merisik saya melalui saya! Haha. Maksudnya, dia menyampaikan hajat untuk meminang saya. Dia tak cakaplah; 'Awak, jom kita couple?'. Tak tak. Lantas after dia cakap beliau serius, saya terus menjadi serius dan cakap direct dekat ibu bapa.

Plus, I'm old already. I don't want to couple-couple anymore. Cukuplah 3 kali. Eh? Hahahaha. OK. Aku agak nakal zaman dulu-dulu. Tapi 3 kali itu tidak ada makna apa-apa. We didn't date. We did nothing :D

Maka sesungguhnya saya sedari saya tak sesuai bercouple. Kali terakhir saya bercouple. Ianya meletihkan. Ianya telah menumpahkan air mata saya lalu meronyokkan hati saya macam kertas. Haha. Kemudian aku give up dan bersendiri selama tiga tahun.

Lagipon istilah couple-couple ni tak ada dalam Islam. Dosa je aku couple zaman jahiliyah dulu. *insaf mode*

Kemudian waktu bersendiri saya telah berangan berbagai perkara. Haha. Antaranya;

  1. Meminang seseorang. I'm so serius about that thing. Tapi saya hold sebab si dia yang saya cuba untuk approach itu diam untuk tempoh yang agak lama. Lagipun, saya tak nak isu saya meminang menjadi alasan untuk dia mensia-siakan saya di masa depan kelak. However, dia antara lelaki yang baik yang saya kenali dan saya tak rasa dia akan buat macam tu :)

  2. Di pinang. Kahkahkah. It's either that two bukan? Tapi dipinang tu aku tak tahu celah mana akan terjadi. Siap berangan nak pergi date dengan doc. Padahal dah pindah Selayang aku berkepit dengan Amelia 24H. :p

Cuma, mungkin dah tertulis di Luh Mahfuz, jodoh saya adalah (insyaAllah) dengan Mohd Imran dan saya amat pasti dia takkan sia-siakan saya.



Amin amin



Monday, October 24, 2011

Impian Percutian Saya

Saya berangan untuk bercuti lama-lama. Iaitu cuti bukan setakat 5 hari atau seminggu. Lama di sini adalah lebih daripada 7 hari. Kalau kurang tak mahu consider lama. Itu tetap pendek dan tak best.

Namun begitu *lagu sedih berkumandang* saya sedari kecil lagi sedar, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. It's not easy hidup makan gaji. It's not easy berkerja dengan Kerajaan Langit. Lebih-lebih lagi di bahagian kesihatan. But well, I had choose this, ain't I?

Now, where am I?

Oh ya. Impian percutian saya adalah, tempat berbunga-bunga. Selain berbunga di tanah, bunga juga insyaAllah akan turut sama kembang di hati. HAHA. Selain berasa romantik. Bunga juga berwarna-warni. Subhanallah. Tak pernah tengok lagi tapi memang teringin sangatlah.

Selain bunga-bungaan, saya juga teringin nak bermain snow. Teringin nak buat snowman. Takpon main baling-baling snow macam dalam cerita Winter Sonata. Baling-baling. Dapat snow. Baling-baling. Aik? Dapat rantai? Awww romantiknya! :)) Eh sengallah engkau Syud.

Next, I would love to play with Dolphin dan Whale.

Naik kapal pastu pakai shade besar-besar sambil berlagak seperti Diva. KAHKAHKAH. Sambil tu berpoyo-poyoan pakai wintercoat yang ada bulu-bulu dekat hood tu. Ahaks. Dulu-dulu sumpah teringin nak buat. Pakai dalam kelas. Confirm kena gelak 10 harkat sebab comel sangat perbuatan.

Selain bunga, snow, hidupan air. Engkau nak apa lagi Syud?

Oh. I love Island! Meskipon nanti akan hangus terbakar like BBQ Chicken. Akan tetapi, saya suka snorkelling!!!! Amat-amat suka meskipon natijahnya nanti aku akan kelihatan sangat Keling. Hahaha. Tapi tak kira! Dapat berenang-renang sungguh cool. Heh Melanin, I don't really care about you. Bukankah aku ini spesis hitam-hitam si tampuk manggis, sungguhpon hitam tetapi manis? :))

Setakat ini, saya memang sudah amat jatuh hati pada Pulau Perhentian. In fact, memang sudah memasang niat akan kembali lagi ke Perhentian. I will, insyaAllah.

Tapi naik kapal dan fishing is so not me.

Daripada naik kapal pastu fishing-fishing baiklah aku naik kapal pastu menari romantik. Teng teng teng, eh berangan pulak dah padahal menari zapin pon tak reti. HAHAHAA. I dream of wearing a nice gorgeous dress. Tapi dress labuh pastu orang usha haruslah aku tak mahu kan? Lainlah dapat lari ke tengah laut where there's only me and my mr.charming. Ececeh. Menggediklah Syud.

Heee. Seramlah engkau ni noks. Banyak sangat tengok chick flick. AGAGAA. Inilah padahnya. Sila jangan contohi.

Lagi?

Percutian yang perfect di kepulauan haruslah percutian di Villa tepi pulau. Ahaks. Vividly, saya masih ingat satu Villa yang saya duduk time belum akil baligh. Haha. Villa tu berpintu kayu, berlangsir putih dan di lereng bukit yang menghadap laut. Pagi-pagi bila buka mata, from your bed, dengan kedua-dua pintu terbuka luas memang best gilaaaaaa! Pastu laju-laju terus ke balkoni. Santai sambil sila panggung. Haha

Pastu dilengkapi dengan English Breakfast with Scramble Eggs. Fuhhhh. Pastu engkau minum pulak Fresh Orange sambil menggedik dengan orang tersayang. Memang Syurga. Erk! Engkau ni cerita pasal percutian ke honeymoon neh Syud? Eh eh. Kita tengah lari topik eh? Hehehe. Mintak sorry.

Lagi Syud?

Kejap. Aku tak habis berangan lagi. Err tapi tengah kehabisan idea nak menulis. Hakhak. OK lah. Sebenarnya nak bagitahu it's not easy pon to have a long vacation. Kecuali aku ni Ketua Kerajaan Langit. AGAGAGA.

So what Syud?

So I think aaaa (cakap gaya Phua Chu Kang), I think aaaa I'm going to cuti-cuti when I got baby lor. Don't play-play ha. At that moment I gantung wallpaper kepulauan dekat dinding kiri. Wallpaper flower-flower dekat dinding kanan. At the back aaa, I put some snow with snowman picture maaa. Then in front?
.
.

.

.

.

In front I put my baby maa! Hahahahaa.


With rambut tocang or rambut pony tail. Then a rocker. Then I can have 3 months punya vacation with baby crying. Kahkahkah. Kalau rasa nak pakai shade besar boleh gaklah buang tebiat sorang-sorang dekat rumah.

OK. Sekian cerita merapu. Ni sindrom banyak sangat makan budu gamaknya. Mabuk mabuk.



Sunday, October 23, 2011

Q & A

Q:
How can I not loving you....
.....when everything around us seems so perfect?



A:
I choose to love you...
....now, years ahead and till death do us apart :)





P/S:
I'm drowning in love and I just don't know how to float again. HAHA

Saturday, October 22, 2011

Real Steel - A Review

BESI BENAR. Besi yang memang benar-benar besi. Besi bukan sebarang besi. Yang ini memang besi yang awesome dan buat saya rasa nak tengok lagi dan lagi.

Eh sudahlah. Mari kita teruskan kepada review.

Dibintangi oleh Hugh Jackman (muka default Wolverine) sebagai Charlie dan Dakota Goyo (OMG! Dia sungguh comel!) sebagai Max. Heroin drop-dead-gorgeous in this movie adalah Evangeline Lily, also know as Bailey.

Charlie adalah lelaki yang memang tak berapa berguna sebab selain suka menjahanamkan robot tinju, beliau juga suka bermain mata dengan awek sampaikan Ambush (#Robot 1) kena belasah dengan seladang secara bertubi-tubi. Terus bercerai rangka dari badan. Err. I mean, besi dari badan. HAHA

Tapi rahmat Tuhan tiba-tiba muncul bilamana orang court datang dan inform dia perlu datang ke court sebab ex-gf dia sudah selamat bersemadi. Menurut orang court, dia ada seorang anak, iaitu Max (OMG! Dia sangat cute! Again) Haha

Oleh kerana Charlie ni memang sungguh tidak guna. Beliau telah menjualkan anak beliau kepada kakak ex-gf dia, Debbie yang memang beria-ia nak jaga Max. And since suami Deb yang botak tapi kaya poket itu mampu, maka Charlie harus jadi baby-sitter anaknya sampailah that couple balik dari Italy after summer ends.


Sebaik saja dapat Max dan separuh duit iaitu $50,000, Charlie sekali lagi buat gila dengan membeli Noisy Boy (#Robot 2) dan bertanding tinju sampai Noisy Boy hilang kepala lalu digantung dekat The Parade. Hahaha. Tak guna betullah Charlie ni! Although sebelum tu Max dah cakap, better ambil weak card saja. Heh degil.

Both of them kemudian menjadi pencuri besi. Masuk gudang besi-besi robot tinju dan mencari spare part. Max yang cute nak mati tu kemudian memang hampir-hampir mati sebab terjatuh dan diselamatkan oleh tangan Atom (#Robot 3).

OK. Ini part paling comel sebab Max berusaha sekeras-kerasnya nak bawak balik Atom. Charlie ayah tak guna buat bodoh je. Pagi-pagi hari waktu burung dah berkicauan, Max muncul dengan Atom dan muka comot penuh tanah. Hahaha. Sumpah comel!

Max mandikan Atom. Main lari-lari waktu malam (which I found sooooooo cutee!!). Kemudian buat aksi teleng-teleng kepala. Dakota Goyo ni senyum memang gorgeous. Cair saya. Hehe


Kemudian Max train Atom lalu buat Charlie teruja sama since dia dah tak ada robot kan kan? Haha. The cutest part adalah, bila Max menari together dengan Atom. Then Charlie cakap tarian boleh jadi their trademark, which of course works! Budak comel menari dengan robot. Siapa tak suka? You tell me! :p

Max agreed. Dengan syarat, his Daddy tolong train Atom. Hehe. Comel.

OK. Ini scene mereka berbincang. Sangat kione kawaiidesu. I love Max in his white singlet. Sangat sexy! Aik aik? Syuhada. Engkau phedophilia kah? Kahkahkah. Neh. I just love cute kids! Lagi-lagi bila dia menari. Comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaa! *sawan*

Dakota Goyo

Harap-harap satu hari nanti akan ada anak lelaki secomel dia. Hahahaha. But of course, his hair won't be blond. Lurus? InsyaAllah akan aku rebondkan! Yang pasti senyum kena sweet macam Mummy dia. Err maaf dah merapu.

Reviewnya tak habis lagi ke Syud?

Dah. Tak bestlah cerita semua. Sila pergi cinema takpon download je dekat internet. It's an awesome movie. Full with action and emotion. Takda adegan bawah selimut apa semua. Cuma ada satu part; travel thousand miles just to get kisses je pada pagi hari berlatar belakangkan bumbung dan bunga-bungaan.

:p

Why do I love this movie?
  1. Ia santai. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
  2. Sangat futuristic dan comel! Atom sangat biasa designnya. Tak macam Ambush dan Noisy Boy. Sangat robotic.
  3. Orang berlagak selalu rugi. Haha. Poyo itu awesome juga kadang-kala.
  4. Love bonds two hearts. (eceh)
  5. I love action!
  6. Dakota Goyo comeeeeeeeeeeeeel! Sangat comeeeeeeel!

OK dah. Lama-lama sawan anak orang tak baik. Haha. Bye bye